window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pertama di ASEAN, Mazda CX-5 2022 facelift bakal membuat debut rasmi di Indonesia, CBU Jepun

Zamil Syaheer Β· Mar 18, 2022 04:30 PM

Pertama di ASEAN, Mazda CX-5 2022 facelift bakal membuat debut rasmi di Indonesia, CBU Jepun 01

  • Mazda CX-5 2022 bakal tiba di Indonesia seawal bulan depan
  • CBU Jepun
  • Facelift CX-5 untuk Malaysia lama lagi

Bagi mereka yang menantikan Mazda CX-5 2022 facelift baharu yang anggun untuk dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, sorry bossku, kerana Indonesia bakal menerimanya dahulu. Untuk pasaran Indonesia, Mazda CX-5 diimport (CBU) dari Jepun.

Pertama di ASEAN, Mazda CX-5 2022 facelift bakal membuat debut rasmi di Indonesia, CBU Jepun 02

Warna baru: Zircon Sand

Ia juga menandakan ketibaan pertama CX-5 yang dikemas kini di rantau ASEAN.

Pertama di ASEAN, Mazda CX-5 2022 facelift bakal membuat debut rasmi di Indonesia, CBU Jepun 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

PT Eurokars Motor Indonesia (PT EMI) telah mengeluarkan imej acah bagi Mazda CX-5 2022 facelift baru di Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW) yang sedang berlangsung. Rakan sekerja kami di Autofun Indonesia menyebut bahawa Mazda CX-5 2022 facelift baru akan debut pada 1-April 2022.

Pertama di ASEAN, Mazda CX-5 2022 facelift bakal membuat debut rasmi di Indonesia, CBU Jepun 01

Mereka juga menambah bahawa dua varian akan tersedia pada tarikh tersebut, iaitu CX-5 Elite Edition dan CX-5 Kuro Edition.

Pertama di ASEAN, Mazda CX-5 2022 facelift bakal membuat debut rasmi di Indonesia, CBU Jepun 02

Model pandu kiri

Walaupun Mazda mempunyai kilang di Kulim yang memasang CX-5, pelancaran tempatan model itu tidak akan berlaku secepat mungkin kerana Mazda memerlukan masa untuk penyediaan pemasangan tempatan. Terdahulu, kami menganggarkan bahawa Mazda CX-5 2022 baru boleh dilancarkan di sini pada akhir 2022 atau awal 2023.

Baca juga: Dibina di kilang yang sama, Mazda CX-50 dan Toyota Corolla Cross adalah sepupu yang terasing

Pertama di ASEAN, Mazda CX-5 2022 facelift bakal membuat debut rasmi di Indonesia, CBU Jepun 03

Hanya 1 trenkuasa yang ditawarkan di sana: enjin petrol 2.5 liter 4 silinder aspirasi natural  yang mampu menghasilkan 190 PS pada 6,000 rpm dan 252 Nm pada 4,000 rpm. Enjin itu disambungkan ke transmisi automatik penukar tork 6-kelajuan Mazda yang telah dicuba dan diuji.

Pertama di ASEAN, Mazda CX-5 2022 facelift bakal membuat debut rasmi di Indonesia, CBU Jepun 04

Sebagai imbasan ringkas, Mazda telah membuat penampilan sulung Mazda CX-5 facelift 2022 pada September 2021, menampilkan penggayaan yang lebih agresif, warna baru, serta penalaan suspensi yang disemak semula. Model itu mula dijual di Jepun dua bulan kemudian pada November 2021.

Baca juga: Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda