window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pertumbuhan penjualan kenderaan kekal positif pada bulan September - MAA

Haris · Oct 20, 2020 11:00 AM

Pertumbuhan penjualan kenderaan kekal positif pada bulan September - MAA 01

Seiring dengan inisiatif tempoh pengurangan cukai oleh kerajaan, industri automotif menyaksikan pertumbuhan positif secara bulanan berturut-turut. Terbaru, bulan September 2020 menyaksikan pertumbuhan sebanyak 7% berbanding bulan Ogos 2020.

Pertumbuhan penjualan kenderaan kekal positif pada bulan September - MAA 02

MAA berkata jualan kenderaan penumpang melonjak kepada 51,422 unit pada September 2020 berbanding 40,267 unit pada September 2019. Selain itu, penjualan kenderaan komersial juga turut meningkat kepada 5,022 unit daripada 4,399 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hal ini menunjukkan pertumbuhan penjualan kenderaan secara tahunan (September 2020 vs September 2019) adalah sebanyak 26%.

Pertumbuhan penjualan kenderaan kekal positif pada bulan September - MAA 01

Bulan Ogos menyaksikan pelancaran dan pratonton beberapa model baharu seperti Volkswagen Tiguan Allspace 2020, Arteon 2020, Passat R-Line 2020, Honda City 2020.

Pertumbuhan penjualan kenderaan kekal positif pada bulan September - MAA 02

Selain itu, terdapat juga pelancaran model premium seperti MINI Cooper SE 2020, BMW X3 M dan X4 M, Audi Q3 Sportback 2020 serta Mercedes-Benz C200.

Pertumbuhan penjualan kenderaan kekal positif pada bulan September - MAA 03

Nissan Almera Turbo 2020 turut dipertontonkan pada awal bulan September 2020 di samping beberapa model mewah seperti Porsche Taycan, Ferrari SF90 Stradale dan McLaren 765LT.

Pertumbuhan penjualan kenderaan kekal positif pada bulan September - MAA 04

Mengenai unjuran untuk bulan Oktober 2020, MAA menjangkakan jumlah jualan akan lebih rendah daripada pada bulan September 2020 kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), serta sentimen pengguna yang berhati-hati selepas berakhirnya tempoh moratorium secara automatik pada 30 September lalu.

Sumber: Bernama

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda