window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411!

Haris · Oct 14, 2020 02:00 PM

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru sahaja melancarkan 2020 Volkswagen Passat R-Line. Sedan segmen D continental ini pertama kali didedahkan pada majlis pelancaran Volkswagen Tiguan Allspace dan Volkswagen Arteon R-Line.

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 01

2020 Volkswagen Passat R-Line menyertai barisan model dengan lencana R-Line seperti Volkswagen Golf, Tiguan dan Arteon. Sebagai sebuah model prestasi tinggi, 2020 Volkswagen Passsat R-Line bukan sekadar tambahan kosmetik sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perbezaan dengan Volkswagen Passat Elegance

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 01

Sekilas pandang, Volkswagen Passat R-Line memberikan imej yang lebih sporty berbanding Volkswagen Passat Elegance. Gril bumper hadapan berjalur hitam dengan lencana R-Line di hadapan dan sisi. Rim 19 inci Verona aloi turut melengkapi Volkswagen Passat R-Line secara keseluruhan.

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 02

Pada bahagian dalam, Passat R-Line masih serupa dengan Passat Elegance dengan perbezaan pada tempat duduk kulit Nappa hitam dengan lencana R-Line dijahit pada sandaran belakang, perincian gentian karbon, stereng R-Line dan pedal aluminium sporty. 

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 03

Pada bahagian pemandu, konsol meter sepenuhnya secara digital memberikan maklumat yang jelas terhadap pemandu dengan 9.2 inci sistem infotainment dengan kawalan suara dan isyarat tangan di samping fungsi Android Auto melalui sambungan USB-C dan Apple Carplay secara nirwayar.

Selain dari tambahan aksesori

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 04

Enjin 2.0 TSI masih dikekalkan pada Volkswagen Passat R-Line yang digandingkan dengan transmisi DSG 7 kelajuan jenis basah. Enjin tersebut mampu menjana sehingga 190 PS kuasa kuda dan 320 Nm tork.

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 05

Teknologi DCC (Dynamic Chasis Control) pula turut dilengkapi pada 2020 Volkswagen Passat R-Line memberikan pemandu lebih pilihan keselesaan dalam menakluki pelbagai jenis bentuk jalan. Ketahui lebih lanjut mengenai DCC di sini.

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 06

Untuk menambah lagi keselesaan pemanduan dan hantaran kuasa, VW Passat R-Line turut dilengkapi dengan XDS yang merupakan differential lock elektronik untuk cengkaman yang lebih baik.

Harga dan warna

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 07

2020 Volkswagen Passat R-Line ditawarkan pada harga RM 203,411 sepanjang tempoh pengecualian cukai ini. Pembeli akan turut menerima 300W Helix Soundbar berharga RM 2,400 secara percuma selagi stok masih ada. 

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411! 08

Ditawarkan dalam 6 warna seperti di atas. Volkswagen Passat R-Line turut dilengkapi dengan 3 tahun servis percuma dengan jaminan selama 5 tahun tanpa had jarak perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Ini atau Volkswagen Arteon R-Line? Nyatakan di bahagian komen.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda