Proton Persona patut bersara, ganti dengan model Geely SS11 akan datang!
Zamil Syaheer · Mar 16, 2021 11:59 AM
0
0
Dengan trend SUV yang kian hangat, agak syok sebenarnya untuk melihat imej intipan sedan baru seperti Geely ini.
Terjemahan kasar: Geely SS11 dikatakan mempunyai jarak roda seperti segmen C, tetapi harganya seperti sedan segmen B. Model ini dijangka mula dijual pada Mei 2021 dengan anggaran pengeluaran tahunan sebanyak 220k unit.
Segmen pasaran berbeza di China.
Pada Disember 2020, kami melaporkan bahawa Geely telah memulakan kerja pengembangan pada sedan serba baru yang diberi nama Geely SS11. Sedan bini dikatakan mempunyai jarak roda seperti sedan segmen C tetapi dengan harga segmen B.
Seperti reka bentuk sedan Geely terkini, SS11 baru mempunyai garis badan yang ringkas dan tidak keterlaluan. Malah, rupa bahagian belakang tampak sama dengan sedan dalam barisan Geely iaitu Dihao GL dan Vision. Lihat saja reka bentuk lampu dan garisan krom yang bersambung.
Tambahan pula, kod SS11 juga mengisyaratkan bahawa sedan baru ini menggunakan platform BMA, seperti SX11 (Proton X50).
Info tentang trenkuasa masih lagi samar-samar, tetapi sumber dari China mengatakan bahawa Geely SS11 mungkin akan menggunakan enjin 1.0 liter bercas turbo (136 PS, 180 Nm) atau unit 1.5 liter aspirasi natural (108 PS, 145 Nm).
Apabila Geely SS11 mula dijual pada bulan Mei, ia akan bersaing dengan pesaing segmen seperti Toyota Vios dan Honda City.
Adakah Geely SS11 akan ditawarkan di Malaysia?
Platform BMA, dikembangkan oleh Geely-Volvo's CEVT, digunakan oleh Proton X50
Pada saat ini, Geely SS11 nampak seperti calon yang sesuai untuk menggantikan Proton Persona kerana ia bakal menjadi sedan aras-mula dengan ciri dan kelengkapan yang sesuai.
Sesi wawancara baru-baru ini dengan ketua perancang Proton Azlan Othman dan naib presiden Geely Design Shanghai Guy Burgoyne juga menunjukkan bahawa Proton akan berubah arah dari sekadar rebadge sederhana (Proton X50, Proton X70) ke perubahan sepenuhnya.
Oleh itu, Persona generasi seterusnya berdasarkan Geely SS11 dengan reka bentuk unik Proton boleh wujud di masa hadapan.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.