window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 2022 baharu lebih 4 peratus lagi mahal daripada pra-facelift. Bila boleh dapat kereta?

Mersita · Jun 10, 2022 09:00 AM

Proton X70 2022 baharu lebih 4 peratus lagi mahal daripada pra-facelift. Bila boleh dapat kereta? 01

Apabila Proton X70 2022 baharu dilancarkan hari ini, perubahan paling ketara ialah enjin 1.5 liter berpengecas turbo 3 silinder. Perkara yang mungkin ramai tak perasan ialah kenaikan harganya daripada model sebelum facelift iaitu sekitar 4 peratus.

Apabila X70 dipasang tempatan (CKD) dilancarkan pada awal tahun 2020, Proton bukan saja menambah lebih banyak varian dan kelengkapan pada model ini, namun harganya juga diturunkan bagi membolehkan SUV segmen C ini dijual pada harga mampu-milik.

Proton X70 2022 baharu lebih 4 peratus lagi mahal daripada pra-facelift. Bila boleh dapat kereta? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memandangkan X70 kereta CKD, SUV ini layak menerima pengecualian penuh cukai SST apabila kerajaan mengumumkan insentif khas sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi selepas ‘lockdown’ Covid-19.

Selepas pengecualian SST, harga jualannya bermula pada RM 89,900 bagi varian Standard, RM 101,000 bagi Executive, RM 113,100 bagi Premium, dan RM 115,800 bagi Premium X.

Harga Proton X70 2020 selepas pengecualian SST
Varian Harga
Standard RM 89,900
Executive RM 101,000
Premium RM 113,100
Premium X RM 115,800

Juga baca: Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD!

Proton X70 2022 baharu lebih 4 peratus lagi mahal daripada pra-facelift. Bila boleh dapat kereta? 01

Senarai harga baru bagi X70 yang baru saja dilancarkan tadi bermula dari RM 93,900 untuk varian Standard, RM 105,500 untuk Executive, RM 111,300 untuk Executive AWD, RM 117,900 untuk 1.5 TGDI Premium, dan yang paling mahal iaitu RM 121,800 untuk 1.8 TGDI Premium.

Harga Proton X70 2022
Varian Harga
Standard RM 93,900
Executive 2WD RM 105,500
Executive AWD RM 111,300
1.5 TGDI Premium RM 117,900
1.8 TGDI Premium RM 121,800

Senarai harga ini hanya sah sehingga 30 Jun 2022, maka ini adalah harga tanpa SST. Ini menjadikan X70 baharu kira-kira RM 4,000 ke RM 4,500 lebih mahal berbanding sebelum facelift.

Proton X70 2022 baharu lebih 4 peratus lagi mahal daripada pra-facelift. Bila boleh dapat kereta? 02

Sebab kenaikan harga ini besar kemungkinannya disumbang oleh kenaikan kos material dan logistik, iaitu impak langsung berhubung dengan isu berterusan dalam rantaian bekalan global. Malangnya, bagi kita, isu rantaian bekalan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Proton, malah semua industri lain termasuklah makanan.

Seperti yang kami jelaskan tadi, perlu diingatkan yang harga-harga terkecuali SST ini hanya sah bagi kenderaan yang didaftarkan sebelum berakhirnya 30 Jun 2022 (namun, ada tempoh lega sebulan iaitu sehingga Julai 2022).

Proton X70 2022 baharu lebih 4 peratus lagi mahal daripada pra-facelift. Bila boleh dapat kereta? 03

Memandangkan isu bekalan alatan otomotif yang masih berterusan, besar kemungkinannya pelanggan yang menempah X70 baharu mereka pada hari ini tidak akan menerima kereta mereka dalam bulan ini.

Proton X70 2022 baharu lebih 4 peratus lagi mahal daripada pra-facelift. Bila boleh dapat kereta? 04

@wapcar_zamil Amacam gang, baloi beli ke tidak? #protonx70 #carmalaysia #learnontiktok #fypmalaysia #tahukahanda #x70 #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda