Kehadiran Proton di Mesir sejak tahun 2004 telah menyaksikan pembangunan beberapa model kepada pemanduan sebelah kanan. Model Proton Saga generasi ketiga pemanduan kanan (RHD) baru sahaja dilancarkan dan kini sebuah lagi model Proton di sana bakal menerima kemaskini.
Pembaca Wapcar.my, Gordon Sam telah berkongsi foto Proton Exora RC di bumi Mesir. Model Proton Exora pemanduan kanan memang sudah berada di Mesir tetapi hanyalah model Proton Exora sebelum RC.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Model Proton Exora RC mungkin akan diperkenalkan sebagai model facelift atau ‘Running Change’ kepada model Proton Exora yang berada di Mesir sekarang. Selain Proton Saga dan Proton Exora, Proton Preve juga masih dijual di sana.
Spesifikasi trenkuasa dan ciri kelengkapan adalah sama dengan Proton Exora yang ada di Malaysia. Walaubagaimanapun, menurut Gordon Sam lagi, Proton Exora RC di Mesir tidak mempunyai skrin sesentuh seperti yang ada di pasaran domestik.
Pengimport tunggal bagi model Proton di Mesir adalah syarikat Alpha Ezz Elarab dengan kapasiti untuk membangunkan model CKD di sana. Kerjasama strategik ini menyaksikan Proton cuba menembusi pasaran Timur Tengah Afrika Utara (MENA) dengan menjadikan Mesir sebagai hab serantau.
Selain daripada Mesir, Kenya juga adalah negara yang telah ditembusi Proton dengan perancangan pembangunan model CKD. Berkemungkinan besar, Kenya akan menjadi hub untuk untuk pasaran Afrika Tengah.
Proton Exora RC pasaran Mesir dikhabarkan hanya dijual sebanyak 2 varian sahaja iaitu varian Executive yang berharga EGP 245,000 (RM 64,172) dan varian Premium berharga EGP 270,000 (RM 70,720). Nampak kompetitif ya harga di sana dengan pasaran domestik?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });