window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry Hybrid facelift 2021 tiba di Indonesia, 10 peratus lebih murah berbanding dulu!

Haris · Oct 29, 2021 08:00 PM

Toyota Camry Hybrid facelift 2021 tiba di Indonesia, 10 peratus lebih murah berbanding dulu! 01

Toyota Camry Hybrid masih mempunyai peminat tersendiri apabila mula menerima facelift 2021 untuk pasaran Indonesia. Model ini masih mengekalkan trenkuasa yang sama namun dengan sedikit peningkatan dan juga kekurangan.

Kekurangannya adalah Camry Hybrid varian 2.5 HV kini berharga dari IDR 767 juta (RM 224k).

Toyota Camry Hybrid facelift 2021 tiba di Indonesia, 10 peratus lebih murah berbanding dulu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Indonesia kini mengamalkan cukai kenderaan berdasarkan pelepasan karbon. Oleh yang demikian, sistem percukaian baharu ini telah mengakibatkan penurunan harga sekitar IDR 83 juta (RM 24k) daripada harga sebelum ini, IDR 850 juta (RM 248k).

Enjin 4-silinder 2.5 liter A25A-FKS yang menghamburkan 178 PS dan 202 Nm tork dengan bantuan transmisi automatik CVT. Terdapat bantuan motor elektrik yang menambah 20.6 PS untuk lebih kuasa dan penjimatan minyak.

Toyota Camry Hybrid facelift 2021 tiba di Indonesia, 10 peratus lebih murah berbanding dulu! 01

Dari segi luaran, Toyota Camry Hybrid facelift 2021 ini kelihatan lebih bersepadu, dengan gril hadapan yang dikemaskini. Melengkapi keseluruhan rekaan tersebut adalah rim 16-inci dengan rekaan jejari berkembar dua-tona yang lebih menarik.

Pada bahagian belakang, terdapat perubahan kecil namun masih lagi mengekalkan rekaan keseluruhan yang sama.

Toyota Camry Hybrid facelift 2021 tiba di Indonesia, 10 peratus lebih murah berbanding dulu! 02

Bergerak ke bahagian dalam, ia masih lagi sebuah Toyota Camry yang dikenali dengan skrin infotainment 9-inci, lampu ambien, kawalan kerusi elektronik pada perehat lengan baris belakang dan bumbung moonroof yang lebih besar.

Toyota Camry Hybrid facelift 2021 tiba di Indonesia, 10 peratus lebih murah berbanding dulu! 03

Varian Camry Hybrid turut ditawarkan dengan ciri keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi AEB, LKA dan sebagainya. Ciri keselamatan standard seperti 7 beg udara, Lampu Tinggi Automatik dan Kawalan Stereng turut disediakan.

Kehadiran Toyota Camry Hybrid facelift 2021 di Indonesia ini memberi petanda bahawa ia juga mungkin akan tiba ke Malaysia dalam masa terdekat. Kali terakhir ditawarkan di Malaysia pada generasi sebelum (XV50) dan masih belum ditawarkan untuk model generasi sekarang (XV70).

Toyota Camry Hybrid facelift 2021 tiba di Indonesia, 10 peratus lebih murah berbanding dulu! 04

Strategi hibrid UMW Toyota nampaknya lebih tertumpu kepada Toyota Corolla Cross Hybrid, memandangkan sistem percukaian berasaskan kapasiti Malaysia. Oleh itu, kemungkinan besar penjana kuasa konvensional akan terus berfungsi di Toyota Camry pasaran kita.

Pengecualian cukai juga tidak membantu kerana ia hanya meliputi model EV bateri dan bukannya model hibrid seperti Toyota Camry Hybrid, Toyota Corolla Cross Hybrid dan Honda City RS.

Baca: Bajet 2022 – kereta EV: 0% cukai import, eksais & road tax, RM 2.5k rebat untuk cukai pendapatan

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda