window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k!

Haris Β· Jan 14, 2021 09:00 PM

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 01

Toyota Yaris Cross 2021 melakukan debut pertama di ASEAN dengan pelancaran di Singapura. Ditawarkan dengan enjin hybrid dalam 2 varian, harga Toyota Yaris Cross bermula dari SGD 102k (~ MYR 311k) dan SGD 107k (~ RM 326k)

Varian dan Spesifikasi Toyota Yaris Cross

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 02

Toyota Yaris Cross varian Excite

2 varian yang ditawarkan adalah varian Toyota Yaris Cross Active dan Toyota Yaris Cross Excite. Perbezaannya adalah model Excite ditawarkan dengan lampu hadapan dan belakang LED termasuklah dengan tawaran 2 tona.

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kedua-duanya menggunakan enjin tiga silinder 1.5 liter NA hibrid Dynamic Force M15A-FXE yang menjana 111 PS/120 Nm dengan transmisi CVT.

Toyota Yaris Cross dibangunkan berdasarkan platform TNGA-B (Toyota New Global Architecture) yang turut digunakan pada model Toyota GR Yaris dan Toyota Yaris generasi keempat di Jepun.

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 01

Prestasi yang sangat mengagumkan untuk Toyota Yaris Cross adalah ia mampu mencatatkan penggunaan minyak serendah 3.8 liter / 100 km.

Ciri dan kelengkapan

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 02

Antara ciri-ciri menarik termasuklah cermin sisi lipat automatik, brek parkir elektronik (EPB), sistem tanpa kunci Smart Entry, kluster instrumen digital dan sistem infotainment skrin sesentuh 8-inci yang menyokong fungsi Android Auto dan Apple CarPlay.

Varian Excite mempunyai tambahan paparan head-up (HUD) dan satu lagi port USB.

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 03

Pada bahagian belakangnya pula, Toyota Yaris Cross dilengkapi dengan power tailgate dan kapasiti but belakang sebanyak 390 liter.

Tempat duduk belakang juga boleh dilipat 40:20:40 untuk praktikaliti pengguna.

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 04

Toyota Yaris Cross juga dilengkapi dengan suite penuh Toyota Safety Sense yang merangkumi:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Lane Departure Assist (LDA)
  • Automatic High Beams (AHB)
  • Blind Spot Monitor with Rear Cross-Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Parking Support Brake with Sonar (PKSB)

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 05

Toyota Yaris Cross disasarkan sebagai sebuah model SUV kompak bagi model Toyota. Ia juga disasarkan untuk negara maju yang lebih mengambil berat terhadap kadar pelepasan karbon.

Pelancaran di Malaysia?

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 06

Sayangnya, model Toyota Yaris Cross berkemungkinan besar tidak akan ditawarkan di Malaysia.

'Wakil' Toyota di rantau ini yang lebih realistik adalah Toyota Raize / Daihatsu Rocky / Perodua D55L sebagai sebuah model pembangunan bersama.

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 07

Kurang wajar bagi Toyota untuk membawa masuk Toyota Yaris Cross kerana alasan di atas dan juga kehadiran model Toyota Corolla Cross yang hampir pasti akan dipasang secara CKD.

Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k! 08

Walaubagaimanapun, tidak mustahil untuk Toyota Yaris Cross untuk ditawarkan di Malaysia pada masa hadapan apabila pasaran SUV kompak / segmen B lebih matang dengan jumlah jualan yang lebih besar.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Yaris Cross International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda