window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya?

Haris · Jul 14, 2020 07:00 PM

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 01

Sebut sahaja Mazda CX-5, tentu anda akan membayangkan Mazda CX-5 dengan warna merah. Oleh itu, apa signifikannya warna merah pada Mazda ini? Mengapa warna merah Mazda sangat menjolok mata?

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 02

Bagi yang belum mengetahui, Mazda terkenal dengan falsafah rekaan KODO (KODO Design). Falsafah rekaan KODO selalunya diikuti dengan slogan ‘Soul of Motion’. Soul of Motion menggambarkan pergerakan alam yang dijelmakan dalam konteks rekaan KODO.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Contoh paling mudah, tahukah anda bahawa lampu signal pada setiap model Mazda mengambil inspirasi degupan jantung? Jika anda berpeluang terserempak dengan mana-mana model Mazda, sila perhatikan lampu signal mereka.

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 01

Selain itu, jika anda memerhatikan rekaan Mazda yang beralun, rekaan tersebut sebenarnya mengambil inspirasi daripada pengukir Jepun yang membentuk garis angin pada badan kereta dengan tangan. Angin dan tangan pengukir menunjukkan kehidupan. Sampai begitu sekali ketelitian Mazda dengan falsafah rekaan KODO.

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 02

Oleh disebabkan itu, tidak hairanlah jika warna merah pada Mazda turut mengikut falsafah rekaan KODO ini. Warna merah pada Mazda dipanggil dengan nama Soul Red Crystal. Kisah penciptaan warna merah Soul Red Crystal adalah gambaran komitmen Mazda terhadap rekaan yang sempurna.

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 03

Warna merah Soul Red Crystal bermula daripada pemilihan warna. Bagi golongan lelaki memang warna merah apa pun adalah warna merah tetapi sebenarnya ada banyak tona warna merah. Pemilihan warna merah tersebut bertujuan untuk menilai tahap reflektif cahaya yang terbias pada permukaannya.

Tahap reflektif cahaya pada warna merah tersebut pula mestilah sesuai dengan garisan pada badan kereta. Hal ini kerana pereka warna Mazda, Akihiro Hosono ingin menonjolkan lagi garisan tersebut dengan pembiasan cahaya. 

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 04

Pereka warna dan pakar pengecat kedua-duanya bekerjasama dalam menghasilkan Soul Red Crystal. Kedua-duanya berjaya menghasilkan warna dengan kejituan yang diidamkan namun cabaran terbesar baru bermula.

Model konsep yang selalu ditonjolkan dibuat daripada tangan. Mustahil untuk tangan manusia menghasilkan kejituan dan kelajuan pembuatan kilang. Mereka perlu menterjemah apa yang dihasilkan tangan kepada aspek mekanikal. 

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 05

Jepun memang terkenal dengan Takumi Masters iaitu pekerja mahir dalam aspek pembuatan kereta. Oleh itu, Mazda telah menghasilkan robot Takuminuri (pakar cat) yang khusus untuk meniru hasil kerja tangan pakar pengecat Mazda.

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 06

Apa yang membezakan warna merah Mazda ini? Hasil 2 pakar dalam bidang masing-masing tentunya mempunyai sentuhan keajaiban. Warna merah hati yang sedikit pekat selalunya menyerap cahaya. Dengan kehebatan pereka warna dan pakar pengecat, warna tersebut menerima pembiasan cahaya yang cukup untuk menyerlahkan warnanya.

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 07

Caranya adalah dengan menggunakan 3 struktur lapisan untuk warna Soul Red Crystal ini. Lapisan pertama lebih gelap daripada lapisan kedua untuk memberikan warna merah yang pekat. Lapisan terakhir pula hanyalah lapisan jernih bagi meningkatkan tahap reflektif warna Soul Red Crystal ini.

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 08

Akihiro Hosono

Mengapa Mazda bersusah payah menghasilkan warna merah ini? Memetik kata-kata Akihiro Hosono "Bagi kami, warna merah adalah satu-satunya warna yang dapat menunjukkan semangat dan dedikasi Mazda yang mendalam terhadap seni pembuatan kereta,”

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya? 09

Apa impaknya kepada Mazda? Di UK, 1 daripada 4 kereta Mazda yang terjual adalah berwarna Soul Red Crystal pada tahun 2017. Tidak kurang hebatnya jika kita memandang jalan raya sendiri. Warna Soul Red Crystal turut dijual dengan harga premium.

Begitulah caranya Mazda membuat warna paling merah di dunia dalam industri automotif. Kini, tentunya anda akan lebih menghargai seni yang bergerak di atas jalan ini.

Kredit: Careta, InsideMazda, Mazda

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mazda 2 Hatchback 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda