Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput?

Bulan lepas, UMW Toyota telah melancarkan Toyota Innova facelift 2021. Dengan julat harga RM 111,622 ke RM 129,677, MPV yang lasak ini ditawarkan dengan varian E,G, dan X.

Juga bacaToyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi?

Kami kini sedang giat menguji pandu Toyota Innova 2.0X. Sementara itu, mari kami rumuskan 3 kebaikan dan keburukan yang terdapat pada MPV yang boleh dipercayai ini.

Kebaikan

  • Kabin yang luas dan praktikal
  • Tempat duduk yang selesa
  • Mudah untuk dipandu

Keburukan

  • Enjin tidak cukup tork
  • Tiada ADAS Toyota Safety Sense, hanya BSM
  • Enjin bising setiap kali dihidupkan

Kebaikan – Kabin yang luas dan praktikal

Sebagai sebuah MPV di segmen C, Toyota Innova memiliki kabin yang cukup lapang. Ruang kepala dan kaki untuk baris pertama dan kedua tidak menjadi masalah langsung.

Malah, kelegaan kaki dan kepala untuk tempat duduk di baris ketiga juga masih boleh memuatkan 1 bola tenis.

Bercakap mengenai tempat duduk, pelbagai konfigurasi boleh disesuaikan untuk keutamaan tujuh penumpang ataupun mengangkut barang.

Terdapat pelbagai tempat meletak barang tambahan seperti dulang, bekas kaca mata, dan tempat pemegang botol.

Pada masa yang sama, kabin ini mempunyai pelbagai ruang untuk anda meletak dan menyimpan apa-apa sekalipun. Menariknya, anda boleh memuatkan sehingga 13 botol minuman dalam satu masa. Hebat kan?

Kebaikan – Tempat duduk yang selesa

Bagi anda yang belum tahu, varian X didatangkan dengan kerusi ‘Captain’ di baris kedua. Kerusi ini diibarat seperti tempat duduk peribadi yang lebih istimewa. Eksklusif untuk varian ini juga ialah kerusi jenis kulit.

Secara keseluruhan, tempat duduk di dalam Toyota Innova cukup selesa. Ia menyokong di tempat yang sepatutnya tanpa menekan sesuatu bahagian secara keterlaluan. Ditambah pula dengan bahan kulit yang berkualiti, pengalaman berada di dalam Toyota Innova sangat memuaskan.

Dari segi ergonomik, kesemua tempat duduk boleh dilaras mengikut posisi yang ideal. Malah, tiada satupun bahagian yang menghalang anggota badan kami sewaktu berada di dalam kabin ini.

Kebaikan – Mudah untuk dipandu

Walaupun bahagian dalamnya luas, saiz sebenarnya tidaklah begitu besar. Disebabkan itu, pemanduan di kawasan yang sempit tidak sesukar seperti yang disangka. Pemanduan dalam bandar juga terasa mudah kerana ia tidak begitu lebar ataupun panjang.

Di samping itu, Toyota Innova mempunyai suspensi yang cukup selesa. Walaupun dengan casis jenis ladder frame, MPV ini tetap menyerap permukaan jalan yang tidak rata dengan baik. Mengenai casis ini, gegaran tetap ada. Cumanya, ia terlalu sikit untuk anda perasan. Dengan talaan suspensi yang selesa, kualiti pemanduan Toyota Innova terasa cukup santai dah bersahaja.

Keburukan – Enjin tidak cukup tork

Toyota Innova facelift didatangkan standard dengan enjin 2.0L aspirasi natural Dual VVT-i yang menghasilkan 139 PS dan 183 Nm tork. Dengan berat kereta sebanyak 1,735 kg, enjin ini terasa agak lemau. Walaupun transmisi 6 kelajuannya cukup responsif, kami tetap perlu menekan minyak dengan banyak. Itupun tanpa membawa sebarang penumpang. Bayangkan pula kalau kesemua tempat duduk dipenuhkan.

Secara teknikal, enjin ini tidak mempunyai tork yang cukup untuk menggalas berat MPV ini. Di Indonesia, Toyota Innova ditawarkan dengan pilihan enjin 2.4L turbodiesel yang menghasilkan 149 PS dan 360 Nm tork.

Bagi kami, enjin ini patut ditawarkan pada Toyota Innova kerana ia jauh lebih gagah. Untuk kereta yang berat seperti ini, jumlah tork memainkan peranan yang sangat penting. Tetapi, rakyat Malaysia sering menganggap enjin diesel sebagai sesuatu yang lekeh. Pada masa yang sama, UMW Toyota juga tidak mahu anda menganggap MPV ini sebagai sesuatu yang ‘low-class’.

Keburukan – Tiada ADAS Toyota Safety Sense, hanya BSM

Toyota Innova facelift tidak didatangkan dengan sebarang ciri bantuan keselamatan pemandu ADAS. Yang ada cuma Blind Spot Monitor (BSM). Itupun tanpa sebarang bunyi amaran.

Juga bacaApa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Bagi kami, sebuah MPV harus ada ciri keselamatan yang rapi kerana ia membawa penumpang dengan lebih ramai berbanding kereta keluarga jenis sedan. Tambahan pula, teknologi sudah berada di tahun 2021. Sekurang-kurangnya, ciri brek kecemasan automatik (AEB) patut ada.

Keburukan – Enjin yang berbunyi bising setiap kali dihidupkan

Ingat lagi tak Perodua Kembara dan Toyota Unser? Toyota Innova mempunyai satu sifat yang sama dengan mereka, iaitu enjin yang berbunyi seperti ribut angin kencang setiap kali dihidupkan. Kalau anda perasan, enjin van komersial juga berbunyi seperti ini. 

Inilah kipas yang buatkan enjin ini berbunyi seperti ribut kencang. Kalau anda lihat, ia tetap berputar sedangkan ketika ini, enjin masih sejuk. Penyaman udara pun tidak dihidupkan.

Diatas sebab-sebab yang tertentu, Toyota mereka enjin ini untuk bersambung terus dengan kipas radiator. Maka itu, untuk kebanyakan masa, kipas akan berpusing selari dengan putaran enjin. Walaupun ketika enjin tidak memerlukan penyejukan ataupun penyaman udara tidak dihidupkan sekalipun, kipas ini akan tetap meraung.

Bagi kami, bunyi yang kuat ini tidak begitu kedengaran apabila kesemua pintu ditutup. Tetapi kalau anda di luar, bunyi sebegini mungkin buatkan anda rasa seperti memiliki sebuah kenderaan komersial.

Konklusi

Toyota Innova 2.0X facelift 2021 mempunyai ruang kabin yang luas dan praktikal. Malah, ia cukup selesa untuk memuatkan tujuh sekeluarga. Pada masa yang sama, ia agak mudah untuk dipandu kerana saiznya tidak terlalu besar.

Namun begitu, MPV segmen C ini agak kekurangan dari segi ciri keselamatan moden yang mana ia hanya datang dengan Blind Spot Monitor (BSM). Dari segi enjin, ia bukan setakat bising sewaktu mula dihidupkan, tetapi ia juga agak semput untuk mengikut kelajuan trafik, terutamanya apabila menaiki bukit.

Sekiranya anda tidak kisah dengan enjin yang ada pada Toyota Innova sekarang, MPV ini boleh menjadi sebuah kereta yang paling berguna untuk kebanyakan keluarga.

Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Innova

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2021 Toyota Innova 2.0 Facelift in Malaysia, Better than a Recon Toyota Wish/Used Vellfire?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Toyota Innova
Cek Lebih