Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM

Faisal · Feb 2, 2021 09:30 PM

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 01

Selain Fortuner facelift, UMW Toyota Motor turut melancarkan Toyota Innova facelift dan ia bermula dari RM 111,622.

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 02

Didatangkan dengan tiga varian secara CKD, Toyota Innova 2021 menyaksikan peningkatan harga di antara RM 1,588 hingga RM 4,119 berbanding sebelum ini. Pecahan harga varian (termasuk pengecualian cukai SST yang sah sehingga 30 Jun 2021) adalah seperti berikut:

Harga Toyota Innova facelift 2021 mengikut varian
Varian Harga
2.0 E RM 111,622
2.0 G RM 121,483
2.0 X RM 129,677

Dari segi rupa paras, Toyota Innova 2021 memperagakan beberapa sentuhan yang baru. Antaranya, gril depan berbentuk trapezoid seperti Toyota Hilux serta beberapa ciri yang serba moden. Toyota Alphard bajet? Jauh sama sekali.

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 03

Secara keseluruhan, kemaskini yang diterapkan sebenarnya mirip seperti Toyota Innova di Indonesia dan Thailand.

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 04

Uniknya, pasaran di Malaysia tidak hadir dengan sentuhan warna hitam di bahagian plat pendaftaran belakang. Walau apapun, varian 2.0 X didatangkan dengan rekaan spoiler yang baru - seperti Toyota Venturer di Indonesia.

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 05

Bercakap mengenai nama, memandangkan varian teratas masih kekalkan lencana “X”, nama Innova “Zenix” berkemungkinan akan mula diguna pada generasi seterusnya.

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 06

Pada bahagian interior, Toyota Innova 2021 hadir dengan sistem infotainment sesentuh 9 inci. Unik untuk varian 2.0 G dan 2.0 X ialah sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta kamera 360-darjah Panoramic View Monitor (PVM).

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 07

Seperti sebelum ini, susunan kerusi kapten yang eksklusif buat varian 2.0 X turut dikekalkan. Sebagai varian teratas, ia juga dilengkapi dengan kerusi kulit dan trim kayu gelap.

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 08

Dari segi trenkuasa pula, Toyota Innova 2021 masih lagi menggunakan enjin 2.0L aspirasi natural (139 PS/183 Nm tork) yang dipadankan ke roda belakang melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 09

Dari segi ciri keselamatan, Toyota Innova 2021 menampilkan peningkatan yang ketara. Secara standard, ia didatangkan dengan:

  • 7 beg udara
  • ABS, EBD, dan Brake Assist (BA)
  • Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control System (TCS)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Hill-start Assist Control (HAC)

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 10

Khusus untuk varian 2.0 G dan 2.0 X ialah ciri Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA). tidak hairanlah Toyota Innova 2021 mendapat penarafan ASEAN NCAP sebanyak 5 bintang.

Toyota Innova facelift 2021 dilancarkan di Malaysia – bermula RM 111k, kamera 360-darjah, BSM 11

Secara umumnya, Toyota Innova 2021 didatangkan dengan tempoh waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan. Sekiranya berminat, anda boleh lihat panduan kami terlebih dahulu mengenai gaji minima untuk bayaran bulanan yang diperlukan.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Toyota Innova International Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru