window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova Zenix: UMW failkan tanda dagangan - pelancaran 2021?

Faisal Β· Dec 15, 2020 03:00 PM

Toyota Innova Zenix: UMW failkan tanda dagangan - pelancaran 2021? 01

Pada Oktober yang lalu, Toyota Innova facelift telah dirasmikan di Indonesia. Menariknya, Toyota Innova di sana mempunyai dua penampilan yang berlainan iaitu Kijang dan Venturer.

Toyota Innova Zenix: UMW failkan tanda dagangan - pelancaran 2021? 02

Toyota Innova Venturer di Indonesia

Di Malaysia, Toyota Innova facelift akan dilancarkan pada tahun 2021. Berdasarkan Malaysia Intellectual Property Office (MyIPO), nampaknya pasaran Malaysia akan menerima varian baru iaitu Innova Zenix.

Toyota Innova Zenix: UMW failkan tanda dagangan - pelancaran 2021? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, nama ini telah ditanda dagang pada 4 Disember yang lalu. Dengan status “under formality validation”, nampaknya nama ini akan digunakan pada Toyota Innova facelift nanti.

Bukan sahaja di Malaysia, nama "Zenix" turut ditanda dagang di Filipina.

Toyota Innova Zenix: UMW failkan tanda dagangan - pelancaran 2021? 01

Untuk pengetahuan anda, Toyota sering menggunakan nama yang unik untuk varian yang teratas seperti Fortuner Legender di Thailand dan Hilux Rogue di Malaysia.

Toyota Innova Zenix: UMW failkan tanda dagangan - pelancaran 2021? 02

Berkenaan rupa paras, Innova Zenix berkemungkinan mengikuti visual Innova Venturer di Indonesia. Sebagai varian teratas, Innova Venturer hadir dengan roda 17 inci, kerusi kapten di barisan kedua dan pembersih udara.

Toyota Innova Zenix: UMW failkan tanda dagangan - pelancaran 2021? 03

Bahagian enjin Toyota Innova di Malaysia

Di Indonesia, Innova Venturer ditawarkan dengan enjin 2.0L (139 PS/183 Nm tork) dan enjin 2.4L diesel (149 PS/360 Nm tork). Pasaran Malaysia berkemungkinan menerima enjin petrol dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Toyota Innova Zenix: UMW failkan tanda dagangan - pelancaran 2021? 04

Sekiranya anda berminat dengan adik Toyota Alphard ini, dapatkan maklumat terperinci di sini. Jika anda berminat dengan model Toyota yang lain untuk pelancaran tahun 2021, anda boleh klik di sini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda