window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022?

Haris Β· Oct 15, 2020 03:00 PM

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022? 01

PT Toyota Astra Indonesia baru sahaja melancarkan 2 model facelift iaitu Toyota Fortuner 2021 dan Toyota Innova 2021. Kedua-dua model tersebut yang dihasilkan di Indonesia merupakan antara model paling laris Toyota di negara tersebut.

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Fortuner 2021 sudah pun diintip sebelum ini dengan rekaan terbaru. Keteguhan Toyota Fortuner adalah disebabkan asas kerangka ladder frame FIRM (Frame with Intergrated Rigidity Mechanism) yang turut dikongsi dengan Toyota Hilux.

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022? 01

Antara penambahan pada Toyota Fortuner 2021 termasuklah rekaan baharu bumper hadapan dan gril, lampu depan dan lampu kabus LED serta rekaan rim terbaru.

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022? 02

Pada bahagian dalam pula, Toyota Fortuner 2021 varian TRD turut dilengkapi dengan kamera pandangan 360 darjah, pad pengecas nirwayar dan bukaan but belakang berkuasa dengan fungsi kick to open.

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022? 03

Bagi Toyota Innova 2021 pula, sebagai MPV kegemaran rakyat Indonesia dan dihasilkan di Indonesia, pastinya Indonesia menjadi negara terawal yang menerima kemaskini. Tidak mengejutkan, rekaan yang dilancarkan sama seperti intipan kami tempoh hari.

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022? 04

Varian Luxury Grades, atas; varian Venturer, bawah 

Pembaharuan yang dikenakan serba ringkas dengan jalur gril atas dan bawah yang diseragamkan. Penggunaan warna hitam membantu memberikan imej yang lebih utilitarian kepada MPV segmen C ini. Pilihan tambahan spoiler belakang yang sporty dan rim 17 inci rekaan terbaru juga turut melengkapi imej tersebut.

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022? 05

Toyota Indonesia turut teruja untuk mengumumkan bahawa Toyota Innova sebagai sebuah kereta keluarga akan dilengkapi dengan penapis udara (car ionizer). Fungsi ini hanya ditawarkan pada varian paling atas Toyota Innova 2021.

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022? 06

Kedua-dua model tersebut sememangnya memerlukan kemaskini di Malaysia. Generasi Toyota Innova di Malaysia yang ada sekarang hadir pada tahun 2018 manakala kemaskini Toyota Fortuner hadir pada tahun 2016. Berkemungkinan besar, Toyota Innova akan dilancarkan dahulu pada awal tahun 2022 dan disusuli dengan pelancaran Toyota Fortuner 2021 ini.

Toyota Fortuner dan Toyota Innova 2021 dilancarkan di Indonesia! Bakal hadir di Malaysia tahun 2022? 07

Masih ada ruang untuk Toyota Fortuner 2021 di Malaysia? Nyatakan komen anda di bahagian komen.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Fortuner 2.4 AT 4x4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda