Pagi semalam, kita dikejutkan dengan trajedi di lampu isyarat simpang empat yang melibatkan sebuah pemilik Perodua Myvi yang diragut nyawanya di tempat kejadian akibat rempuhan yang kuat dari bahagian sisi.
Menurut rakaman dashcam oleh pemandu lain, kemalangan yang berlaku di Muar itu didapati berpunca dari sebuah Toyota Hilux milik seorang lelaki berusia 69 tahun yang datang laju dari belah kanan akibat melanggar lampu isyarat merah.
Tindakan pemandu lelaki itu mengundang padah apabila perbuatannya mencetuskan rempuhan melintang dengan Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang ibu yang berusia 41 tahun. Malah, anak perempuannya yang berusia 19 tahun juga mengalami kecederaan parah sehinggakan dikejar ke hospital.
Pada masa yang sama, Toyota Hilux tersebut turut menjejaskan 4 lagi kenderaan yang menunggu di lampu isyarat simpang empat tersebut yang mana ia terdiri dari Nissan Grand Livina, Nissan Urvan, van Ford Spectron, dan sebuah lagi Toyota Hilux. Menariknya, mangsa berwarga asing yang memandu Ford Spectron hijau itu telah melarikan diri sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian. Malah, lelaki tersebut dilaporkan bekerja di Malaysia tanpa sebarang permit.
Walau bagaimanapun, sample darah dan air kencing pemandu Toyota Hilux berkenaan sudahpun dihantar ke Jabatan Kimia untuk saringan alkohol dan dadah.
Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutn Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}