window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya

Zamil Syaheer · Nov 21, 2021 10:00 AM

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 01

Jika Perodua Myvi digelar sebagai ‘King’ di jalan raya Malaysia, gelaran Ratu mungkin dimiliki oleh Honda HR-V generasi kedua. B-SUV kompak ini dianggap sebagai perintis kepada segmen yang semakin berkembang dan popular apabila ia diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2015.

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 02

Selepas enam tahun dijual dan menjadi ‘trendsetter’, Honda Malaysia bakal membawa masuk HR-V generasi ketiga serba baharu (dijual di Jepun sebagai Vezel). Sebagai tanda penghormatan terakhir pada model ini, Honda telah melancarkan HR-V SE edisi terhad.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi tidak seperti pengeluar lain yang hanya ‘tepek’ kit badan dan ‘sticker’, sebaliknya, Honda menambah ciri keselamatan.

Juga baca: Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA!

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 01

Bermula dari RM 105,364, HR-V SE pada asasnya ialah varian asas HR-V 1.8 E yang berharga RM 1,364 lebih. Dari luar, anda tidak dapat mengetahui bahawa ini adalah model edisi terhad, kecuali lencana SE pada pintu belakang.

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 02

Malah bahagian dalamannya serupa dengan varian E dan tiada aksesori Mugen/Modulo mahupun jahitan HR-V SE pada upholsteri atau plak pada papan pemuka. Tetapi lihat pada tiang-A dan anda akan nampak sesuatu yang menonjol keluar.

Juga baca: Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru?

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 03

Inillah ciri keselamatan tambahan pada HR-V. Anda mendapat monitor titik buta (BSM), bantuan pertukaran lorong, amaran rentas trafik belakang (RCTA) dan amaran membuka pintu.

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 04

Tetapi ciri keselamatan (dan lencana SE) bukanlah satu-satunya tambahan yang anda perolehi pada HR-V SE kerana ia juga dilengkapi dengan perakam video digital (DVR), dulang penyimpanan barang serta pengatur batang di bahagian but.

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 05

Walaupun HR-V SE menambah monitor keselamatan yang kelihatan asas, SUV itu sendiri sudah padat dengan beberapa ciri keselamatan penting termasuk 6 beg udara, ABS dengan EBD dan kamera undur.

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 06

Trenkuasa pada HR-V SE tidak berubah daripada varian petrol yang lain. Enjin i-VTEC 1.8 liter 4-silinder aspirasi semula jadi menghasilkan 142 PS dan 172 Nm, dipadankan dengan automatik CVT.

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 07

Selain HR-V SE, Honda Malaysia juga telah memberikan kemas kini kepada HR-V Hybrid yang kini didatangkan dengan lampu depan LED, lampu kabus hadapan dan lampu belakang. Selain itu, ia turut menampilkan stereng kulit kombinasi tiga jejari baharu.

Juga baca: Honda HR-V Hybrid 2021 diperbaharui di Malaysia, kini ada lampu LED, bermula RM 114k

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 08

Kuasa pada HR-V Hybrid datang daripada unit petrol-hibrid 1.5 liter (152 PS/192 Nm) yang disambungkan pada transmisi automatik DCT 7-kelajuan. Sementara itu, harga untuk HR-V Hybrid bermula dari RM 113,954 (tanpa SST, sah sehingga 30-Jun 2022).

Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya 09

HR-V kekal sebagai kereta penting di Malaysia tetapi usianya yang tua semakin ketara apabila saingan memperkenalkan model yang lebih canggih dan moden. Walau bagaimanapun, HR-V ini masih merupakan pembelian yang berbaloi untuk mereka yang mahukan B-SUV yang praktikal dan luas.

Tambahan pula, varian SE menambah beberapa ciri keselamatan dengan hanya lebih sedikit daripada RM 100k.

Juga baca: Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda