window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMWT acah pelancaran model baharu, petanda Toyota Vios atau Toyota Innova baharu?

Haris Β· Feb 21, 2023 11:00 AM

UMWT acah pelancaran model baharu, petanda Toyota Vios atau Toyota Innova baharu? 01

UMW Toyota Motor telah memulakan tahun 2023 dengan penuh bergaya apabila baru sahaja melancarkan sehingga 5 model terkini (baharu, generasi baharu dan varian kemaskini baharu) minggu lepas namun langsung tidak mengurangkan momentum syarikat itu untuk menawarkan lebih banyak model baharu.

UMWT acah pelancaran model baharu, petanda Toyota Vios atau Toyota Innova baharu? 02

Terbaru, Toyota Malaysia telah tampil dengan imej acah "Akan Datang" dengan tema "Defy" (Cabar).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sehubungan itu, video acah di laman web rasmi Toyota Malaysia turut tampil dengan ayat "Cabar had di mana perjalanan anda bermula dan berakhir. Pengiraan detik pelancaran telah bermula. Tunggu." sambil menambah tarikh 24.02.2023.

Berdasarkan rujukan sebelum ini, tema "Defy" pernah digunakan untuk model baharu di pasaran lain untuk pelancaran Toyota Camry baharu. Oleh yang demikian, ia mungkin merujuk kepada model sedan justeru Toyota Vios baharu D92A adalah calon yang sesuai.  

Baca: SAH! Toyota Vios 2023 D92A bakal dilancarkan di Malaysia, akan mengegarkan pasaran sedan segmen B!

UMWT acah pelancaran model baharu, petanda Toyota Vios atau Toyota Innova baharu? 01

Toyota Innova Zenix pasaran Indonesia

Sungguhpun begitu, Toyota Malaysia turut menggunakan "Cabar Jangkaan" kerana terdapat satu lagi model yang juga sesuai untuk dilancarkan di Malaysia. Toyota Innova generasi baharu yang telah dilancarkan di Indonesia tahun lepas sememangnya ditunggu-tunggu rakyat Malaysia dan sesuai untuk "mencabar jangkaan" awal tadi.

Sebagai peminat Toyota, apa kata tunggu detik 24-February 2023, Jumaat ini untuk mengetahui apakah yang tersirat. Mungkin, hanya tempahan dibuka untuk salah satu daripada model yang dinyatakan?

Baca: Toyota Innova Hybrid bakal dilancarkan pada 2023? UMWT sahkan model hibrid ke-2 untuk Malaysia

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda