window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya?

Faisal · Oct 19, 2020 04:00 PM

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 01

Honda City 2020 telah dilancarkan pada minggu lepas bagi menggantikan generasi sebelumnya yang telah beransur sejak tahun 2014.

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 02

Berbanding dengan Honda Civic, Honda City berharga lebih mampu milik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 01

Dengan itu, anda mungkin tertanya-tanya akan kemampuan untuk membiayai sebuah Honda City.

Berapakah gaji yang diperlukan?

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 02

Sebagai contoh, mari kita mulakan dengan Honda City 1.5 S. Dengan harga atas jalan sebanyak RM 74,191 tanpa insurans serta pengecualian SST sehingga 31 Disember 2020, bayaran bulanan yang diperlukan adalah sekitar RM 740. Angka ini dikira berdasarkan kadar faedah 2.27 % melalui tempoh pinjaman 9 tahun.

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 03

Anda mungkin pernah terbaca akan petua yang menggalakkan pembeli untuk membayar kereta tidak melebihi 20 % daripada gaji bulanan mereka. Dengan itu, anda harus mempunyai gaji bulanan sekurang-kurangnya RM 3,800.

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 04

Kos tambahan seperti harga insurans, penyelenggaraan, tayar, dan lain-lain pula sepatutnya tidak melebihi 30 % daripada gaji bulanan anda.

Walau apapun, bayaran yang diperlukan ini hanyalah untuk varian permulaan.

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 05

Untuk Honda City 1.5 V yang berharga RM 86,561 pula, bayaran bulanan yang diperlukan adalah sekitar RM 870.

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 06

Dengan mengira faktor yang sama, anda harus bergajikan sekurang-kurangnya RM 4,500 sebulan sebelum membuat pembelian.

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 07

Walau bagaimanapun, kadar faedah bank sentiasa berubah. Untuk itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan bank dari semasa ke semasa untuk mendapatkan tawaran yang paling menarik.

Adalah tempoh pinjaman 9 tahun sesuai?

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya? 08

Untuk pengetahuan anda, kami tidak mengalakkan anda untuk mengambil pinjaman dengan jangka masa yang panjang sebegini. Hal ini berikutan kerana anda akan menanggung beban penurunan harga yang ketara setelah kereta berusia lebih dari 5 tahun.

Pada masa yang sama, anda digalakkan untuk mengambil tempoh pinjaman 5 tahun kerana ia memberikan keseimbangan di antara jumlah faedah yang perlu dibayar dan purata penurunan harga.

Sebagai perbandingan, tempoh pinjaman 9 tahun untuk Honda City 1.5 S menghasilkan kadar faedah sebanyak RM 14,000 berbanding RM 7,500 sekiranya anda memilih tempoh pinjaman 5 tahun. Adakah anda mahu membayar faedah sebanyak itu?

Kos penyelenggaraan Honda City

Honda City (anggaran perbelanjaan setiap bulan)
Model 1.5 V 1.5 S, 1.5 E
Tayar (RM)

30/bulan

2 tahun:~800

40/bulan

2 tahun:~1000

Purata kos servis (RM)

60

(~730/tahun)

60

(~730/tahun)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda