Akhirnya, Proton X50 bakal dilancarkan secara rasmi esok!

Zamil Syaheer · Oct 26, 2020 01:00 PM

Akhirnya, Proton X50 bakal dilancarkan secara rasmi esok! 01

Sehari sebelum pelancaran rasmi Proton X50 esok, Proton telah memuat naik beberapa video promosi untuk SUV segmen B ini.

Akhirnya, Proton X50 bakal dilancarkan secara rasmi esok! 02

Video di laman Facebook Proton mengetengahkan prestasi, keselamatan, keselesaan dan penyambungan pintar di Proton X50. Anda boleh lihat di bawah:

Bakal dilancarkan melalui siaran langsung di Facebook Proton, mereka mendakwa sudah menerima lebih daripada 20,000 tempahan.

Proton X50 ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa 1.5 liter bercas turbo. Unit pertama menggunakan teknologi multipoint fuel injection yang menghasilkan 150 PS dan 226 Nm tork, manakala unit kedua adalah direct fuel injection yang lebih berkuasa, menghasilkan 177 PS dan 255 Nm tork. Kedua enjin ini dipacu oleh transmisi 7 kelajuan dwi-klac automatik yang menghantar kuasa ke roda depan.

Ia juga menawarkan beberapa ciri yang pertama dalam kelasnya, seperti Intelligent Cruise Control (ICC, gabungan Adaptive Cruise Control serta Lane Keeping Assist) dan Auto Park Assist (APA), kedua fungsi ini tiada pada Proton X70.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru