window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bakal ganti Rush, produksi Toyota Yaris Cross 7 penumpang berasas DNGA akan mula di Indonesia pada Jun 2023

Faisal ยท Mar 29, 2023 09:00 AM

Bakal ganti Rush, produksi Toyota Yaris Cross 7 penumpang berasas DNGA akan mula di Indonesia pada Jun 2023 01

Lakaran dari emenes_co.

Sebelum ini, kami banyak melaporkan bahawa Toyota Yaris Cross 2023 di Indonesia akan lain daripada model di pasaran seperti Eropah, Jepun, Australia dan Singapura. Dan kini, produksi Yaris Cross yang berbeza ini nampaknya akan mula dalam separuh pertama tahun 2023.

Bakal ganti Rush, produksi Toyota Yaris Cross 7 penumpang berasas DNGA akan mula di Indonesia pada Jun 2023 02

Berdasarkan laporan yang diperoleh dari OtoDriver, produksi Yaris Cross yang berasaskan DNGA ini akan bermula pada bulan Jun. Menariknya, laporan sama turut memberitahu terbitan Indonesia itu bahawa Yaris Cross tersebut akan mengganti Toyota Rush.

Juga bacaToyota Indonesia bakal lancar satu model hibrid segmen B pada tahun 2023 - Rush atau Veloz?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bakal ganti Rush, produksi Toyota Yaris Cross 7 penumpang berasas DNGA akan mula di Indonesia pada Jun 2023 01

Unit sama yang diguna pada Toyota Vios baharu kita.

Sumber sama juga melaporkan bahawa ia akan menggunakan nadi 1.5L 2NR-VE, enjin sama yang digunapakai pada Avanza dan Toyota Vios baru. Dari segi kuasa, unit ini menghembuskan antara 102 โ€“ 105 PS dan 136 โ€“ 140 Nm tork, bergantung pada model.

Bakal ganti Rush, produksi Toyota Yaris Cross 7 penumpang berasas DNGA akan mula di Indonesia pada Jun 2023 02

Toyota Yaris Cross model TNGA.

Kalau anda nak tahu, OtoDriver ada bertanya dengan Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) mengenai komen terhadap maklumat yang terdedah setakat ini dan Toyota hanya memjawab, โ€œHarap-harap, di masa akan datang akan ada banyak lagi modelโ€.

Bakal ganti Rush, produksi Toyota Yaris Cross 7 penumpang berasas DNGA akan mula di Indonesia pada Jun 2023 03

Untuk makluman anda, Toyota Rush dan Daihatsu Terios yang dijual di Indonesia sejak tahun 2017 amatlah popular tetapi saingan juga makin sengit. Jadi, logiklah kalau penggantinya dikeluarkan seawal pertengahan tahun ini.

Bakal ganti Rush, produksi Toyota Yaris Cross 7 penumpang berasas DNGA akan mula di Indonesia pada Jun 2023 04

Di Malaysia, Perodua Aruz mungkin menerima satu pembaharuan memandangkan Perodua sememangnya berancang untuk mengeluarkan satu model kemaskini selepas pelancaran Axia D74A tempoh hari.

Juga bacaLepas Axia D74A, Perodua mengesahkan sekurang-kurangnya satu lagi model baru - Aruz, Bezza atau Myvi 2023?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Yaris Cross International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda