window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini!

Zamil Syaheer Β· Apr 5, 2022 10:00 AM

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 01

  • Posisi GR Corolla berada di atas GR Yaris
  • Casis badan berasaskan Corolla biasa. Secara teori, harga boleh sama / lebih murah daripada GR Yaris
  • Kaki DCT/automatik boleh blah - GR Corolla hanya didapati dengan transmisi 6MT

Pelancaran model baharu seterusnya untuk UMW Toyota Motor ialah Toyota Veloz, yang akan menggantikan Avanza yang kini dihentikan. Walau bagaimanapun, jika anda telah mengklik pada rencana ini, kami pasti itu bukan model yang menarik minat anda.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 02

Varian Core

Setelah debut global Toyota GR Corolla beberapa hari  yang lepas, kami kini boleh mengesahkan bahawa peminat Malaysia boleh mengharapkan UMW Toyota Motor untuk melancarkan hatchback pacuan semua roda 304 PS dan manual 6-kelajuan pada tahun depan.

Pelancaran GR Corolla di Malaysia adalah dijangka, memandangkan semua model GR lain telah pun dilancarkan / akan dilancarkan (GR86) di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 01

Varian Circuit Edition

Bukan itu sahaja, Malaysia ialah pasaran Toyota yang paling penting di rantau ini untuk model GR. Ini kerana kita mempunyai peruntukan rasmi tertinggi untuk  GR Yaris yang dikatakan kurang daripada 250 unit di Asia Tenggara.

Harga masih belum diumumkan (walaupun di Amerika Syarikat)  kerana model itu hanya akan dijual di Jepun pada separuh kedua 2022, tetapi harga permulaan Mk8 2022 Volkswagen Golf R pada RM 356,412 akan memberi anda petunjuk awal.

Baca juga: Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder!

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 02

Circuit Edition menambah sayap belakang yang lebih besar dan bumbung gentian karbon

Berbeza dari Golf R, GR Corolla akan menarik ramai pemandu peminat yang berbeza dan lebih tulen, kerana ia hanya tersedia secara eksklusif dengan transmisi manual 6-kelajuan. Jika anda tidak boleh mengendalikan tiga pedal dengan dua kaki, kereta ini bukan untuk anda.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 03

Manual 6-kelajuan, brek tangan 'old school'

Di mana Golf R hanyalah Golf yang telah mengenakan pakaian gim untuk menarik perhatian gadis, GR Corolla ialah atlet Olimpik kereta yang tulen, jenis yang hanya jarang aktif Instagram.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 04

Brek parkir elektrik Corolla hatchback biasa telah dibuang untuk brek tangan mekanikal GR Corolla. Kerja yang kelihatan mudah tetapi sangat mahal untuk kereta volum rendah. Hanya terjadi apabila CEO gila kereta 'tibai' akauntan

Volkswagen Golf R dibuat oleh syarikat yang Ketua Pegawai Eksekutifnya Herbert Diess sangat aktif di Twitter, terlalu mencuba untuk berkawan baik dengan Elon Musk (Tesla), tetapi tidak tahu cara untuk memakai sut perlumbaan.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 05

Presiden Akio Toyoda di tempat kerja. Anda ingin membeli kereta prestasi daripada seorang lelaki dalam sut perniagaan atau sut perlumbaan?

Pembangunan GR Corolla bagaimanapun, diawasi secara langsung oleh Akio Toyoda, yang juga dikenali oleh nama glamor ‘mat kereta' beliau - Morizo.

Tiada produk GR boleh lulus untuk pengeluaran sehingga Presiden Akio Toyoda cukup yakin untuk melekatkan pelekat alias Morizo padanya untuk berlumba. Bagi pemandu yang benar-benar berminat, ‘pedigree’ lebih penting daripada lencana di hadapan.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 06

Morizo ialah alias perlumbaan Presiden Toyoda. Tiada model GR akan ditandatangani sehingga Akio yakin untuk berlumba sendiri

Walau bagaimanapun, memandangkan GR Corolla diasaskan pada Corolla hatchback (tidak dijual di rantau kita), secara teori ia sepatutnya lebih murah untuk dibina berbanding badan unik GR Yaris – bonus untuk peminat Malaysia yang perlu membayar cukai import dan eksais yang tinggi.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 07

Tombol gear GR Corolla mendapat tandatangan Morizo

Namun begitu, casis GR Corolla tidaklah 100% sama dengan Corolla biasa. Jauh sekali. Walaupun ia menggunakan suspensi MacPherson Strut hadapan dan double wishbone di belakang dengan hatchback Corolla biasa (masih cukup mengagumkan untuk kereta biasa), unit yang digunakan oleh GR Corolla ialah unit spesifikasi rali yang sama sekali berbeza dengan 60 mm lebih lebar di hadapan dan 85 mm lebih lebar di belakang.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 08

Tiga pedal, ketinggian dan jarak sempurna untuk anjakan ke bawah tumit kaki

Fender depan dan belakang yang lebar juga unik untuk GR Corolla. Struktur sekunder dalam badan juga berbeza.

Untuk ketegaran yang lebih baik, badan GR Corolla mendapat pendakap tambahan pada ‘wheel well’ belakangnya, terowong bawah lantai dan lantai di hadapan tangki bahan api – untuk memastikan suspensi dan ‘mount’ stereng kekal kukuh pada tempatnya apabila tertakluk kepada daya selekoh yang boleh menyebabkan badan kereta biasa menjadi lentur.

Seperti GR Yaris, GR Corolla juga akan mendapat bumbung gentian karbon yang ringan.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 09

Di mana hatchback Corolla biasa dibina di kilang Tsutsumi volum tinggi, GR Corolla akan dibina di kilang Motomachi.  Ini adalah kilang sama yang sedang membina GR Yaris dan Lexus LC yang sangat cantik.

Sebelum membina kereta ini, kilang Motomachi juga membina Lexus LFA.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 10

Cop kelulusan Shimoyama - 'tokong' pusat pemanduan dan pengendalian Toyota

Kuasa datang daripada enjin pengecas turbo 3 silinder 1.6 liter G16E-GTS yang sama seperti GR Yaris, tetapi menghasilkan 304 PS dan 370 Nm - 32 PS lebih daripada GR Yaris. Tork adalah sama untuk GR Yaris untuk pasaran Amerika Utara, tetapi ia 10 Nm lebih daripada GR Yaris spesifikasi Eropah (dan Malaysia, 360 Nm).

Kuasa dihantar ke keempat-empat roda melalui sistem pacuan semua roda 3-mod GR-Four yang sama seperti GR Yaris, dengan ‘limited slip differential’ Torsen pada kedua-dua gandar. Jarak roda GR Corolla yang lebih panjang mungkin merupakan salah satu sebab mengapa ia boleh mengendalikan lebih kuasa.

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 11

Pelancaran model GR seterusnya untuk UMW Toyota Motor ialah Toyota GR86 2023. GR Corolla sepatutnya menyusul sejurus selepas itu.

Baca juga:  Mana peminat Initial D? UMWT bakal melancarkan Toyota GR86 2022 serba baru tidak lama lagi

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 12

Dengan ini, UMW Toyota akan mempunyai hampir 4 buah kereta untuk peminat pemanduan sebenar - GR Supra ialah kereta sport transmisi automatik gaya grand tourer, GR86 ialah coupe pacuan roda belakang 2 pintu manual 6-kelajuan termurah yang boleh anda beli secara rasmi, GR Yaris yang terhad kepada 25,000 unit, dan kini ini, GR Corolla hatchback ‘on steroid’ empat pintu yang cukup selesa untuk tugas keluarga.

Baca juga: Kos penyelenggaraan Toyota GR Supra. Mahal ke murah?

Bosan tengok Golf? Toyota GR Corolla boleh dilancarkan di Malaysia selepas Toyota GR86 2023 tiba di sini! 13

Lagipun, ia adalah Toyota, anda boleh yakin bahawa kereta itu akan dipasang dengan sangat baik. Memandangkan ia juga memakai lencana Corolla, jika anda menjaganya, GR Corolla boleh diturunkan kepada anak-anak anda pada masa depan, apabila setiap kereta adalah pod elektrik memandu sendiri yang membosankan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota GR Corolla 1.6T MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda