window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely cipta klon Toyota Hiace, enjin turbodiesel diganti trenkuasa EV 136 PS, jarak pandu 235 km

Faisal Β· Apr 6, 2023 01:00 PM

Geely cipta klon Toyota Hiace, enjin turbodiesel diganti trenkuasa EV 136 PS, jarak pandu 235 km 01

Apa yang anda lihat ini adalah Geely Farizon E6. Nampak sebiji macam van komersial Toyota Hiace generasi ke-5 kan?

Kalau anda nak tahu, Farizon adalah jenama EV komersial buat Geely.

Geely cipta klon Toyota Hiace, enjin turbodiesel diganti trenkuasa EV 136 PS, jarak pandu 235 km 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, Farizon E6 menggunakan motor elektrik belakang yang menghasilkan 136 PS, bukannya enjin petrol mahupun diesel. Secara amnya, Farizon E6 ditawarkan dengan pilihan bateri berkapasiti 41.86 kWj dan 50.25 kWj.

Geely cipta klon Toyota Hiace, enjin turbodiesel diganti trenkuasa EV 136 PS, jarak pandu 235 km 01

Port mengecas GB/T. Kredit foto dari Autohome.

Kapasiti kecil memberikan jarak pandu 200 km, manakala yang besar menawarkan sehingga 235 km (kedua-dua angka berdasarkan kitaran C-WTVC). Kelajuan tertinggi yang boleh dicapai pula adalah 100 km/j.

Untuk pengecas pantas DC, mengecas dari 0 – 100% hanya mengambil masa 1 jam. Pengecas AC di rumah pula makan masa 9 jam.

Geely cipta klon Toyota Hiace, enjin turbodiesel diganti trenkuasa EV 136 PS, jarak pandu 235 km 02

Kredit: Autohome.

Dari segi reka bentuk Farizon E6, apa yang berbeza adalah gril dan bampar depannya ada aksen biru dan bahagian tepinya ada bumbung dua lapis. Model yang ada pintu gelangsar pula hanya ada pintu di satu belah sahaja.

Geely cipta klon Toyota Hiace, enjin turbodiesel diganti trenkuasa EV 136 PS, jarak pandu 235 km 03

Berbanding Toyota Hiace, bahagian belakang Farizon E6 menerapkan lampu yang lebih moden dan bamparnya juga berbeza.

Geely cipta klon Toyota Hiace, enjin turbodiesel diganti trenkuasa EV 136 PS, jarak pandu 235 km 04

Masuk ke bahagian dalam, papan pemukanya lebih kurang sama dengan Toyota Hiace. Cumanya, bahagian konsol tengah nampak lebih moden. Baris depan pula hanya ada dua tempat duduk tetapi kapasiti ruang kargonya boleh tampung sampai 1,415 kg.

Geely cipta klon Toyota Hiace, enjin turbodiesel diganti trenkuasa EV 136 PS, jarak pandu 235 km 05

Di China, harga Geely Farizon E6 bermula dari 193,800 CNY (~RM 123k) – 258,800 CNY (~RM 165k).

Juga bacaGeely Farizon FX didedah, trak pikap berasaskan Proton X70! Boleh jadi Proton Arena?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Toyota Hiace Panel Van 2.5 Turbo Diesel

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia