window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback?

Haris · Aug 5, 2021 11:59 AM

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 01

Ketika Proton Saga yang pertama diperkenalkan pada tahun 1985, ia hanya ditawarkan dalam bentuk sedan. Dibangunkan berdasarkan Mitsubishi Lancer Fiore, Proton Saga adalah taruhan pertama Malaysia dalam mengharungi cabaran automotif pada zaman itu.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 02

Lebih menarik lagi, Mitsubishi Lancer Fiore mempunyai kembar hatchback yang tersendiri. Model hatchback yang dimaksudkan adalah Mitsubishi Mirage yang ketika itu masih dalam generasi ke-2.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, Proton menolak model tersebut kerana mahu tampil dengan rekaan tersendiri.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 01

Di situlah hadirnya Proton Saga Aeroback. Langkah ini dilihat tepat pada ketika itu kerana rekaan hatchback konvensional kurang digemari di Malaysia. Kehadiran Proton Saga Aeroback pula memberi kebanggaan dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Malah, pasaran eksport Proton (UK misalnya) juga cenderung terhadap rekaan hatchback berbanding sedan.

Mitsubishi Mirage pula akhirnya menjadi sebuah Proton. Model generasi keempat menyaksikan kelahiran Proton Satria yang dibangunkan berdasarkan Mirage generasi ke-4. Jadi bagaimana agaknya jika Proton Saga 'hatchback' dibangunkan berdasarkan Mirage generasi ke-2 tersebut?

Diinspirasikan oleh telur

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 02

Nampak bujur

Mitsubishi Mirage generasi kedua diperkenalkan di Jepun pada tahun 1983 dan hadir dengan pilihan hatchback 3 pintu, hatchback 5 pintu, dan sedan. Ketika itu, dunia masih lagi sebuah tempat yang ringkas justeru inspirasi rekaan kereta ini juga ringkas - bujur telur.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 03

Mitsubishi Lancer Fiore

Perbezaan antara Mitusbishi Mirage sedan dan Mitsubishi Lancer Fiore (Proton Saga gen-1) lebih kepada visual sahaja. Lancer Fiore lebih sporty dan dipasarkan sebagai model yang lebih premium. Tawaran 2 sedan dalam 1 segmen ini akhirnya menggigit Mitsubishi kembali beberapa tahun kemudian.

Baca: Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude!

Pendekatan Mitsubishi untuk model Mitsubishi Mirage generasi kedua adalah untuk menghasilkan "kenderaan santai yang energetik" dengan menggabungkan sebuah kereta yang praktikal tetapi padat dengan variasi enjin berprestasi tinggi dan efisien bahan api.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 04

Klasik tak bermakna ia popular

Di beberapa halaman buku sejarah Mitsubishi Jepun, reka bentuk dan sudut aerodinamik Mitsubishi Mirage didakwa diilhamkan oleh telur. Ketika era 80-an, rekaan berkotak memang terkenal - 'dilihat' tegap, kukuh dan mampu bertahan untuk tahun mendatang.

Siap ada varian prestasi!

Selain daripada pilihan enjin yang ditawarkan terlalu banyak (dari 1.3 liter NA hingga 1.6 liter turbocaj), Mitsubishi turut memperkenalkan beberapa peningkatan aerodinamik bermula dengan Aero Boy pada tahun 1984 dan kemudian 1600 Turbo Aero GT pada tahun 1985.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 05

Kit badan aerodinamik ini diilhamkan oleh kereta lumba yang bertanding dalam siri pertandingan Mirage Cup yang berlangsung dari tahun 1980-an hingga 1990-an di Jepun. Versi aerodinamik Mitsubishi Mirage ini kebanyakannya hanyalah mod visual kerana puncak kuasa tetap mengeluarkan daya sama.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 06

Rim yang mungkin dicemuh ketika zaman sekarang

Tiada peningkatan prestasi, tiada masalah. Kit badan aerodinamik lebih berfungsi sebagai kapsul masa yang menangkap trend zaman 80-an. Ketika itu, fender badan lebar dan grafik turbo menjadikan Mitsubishi 1600 Turbo Aero GT kelihatan estetik dengan zamannya.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 07

Mitsubishi 1600 Turbo Aero GT dihasilkan berdasarkan Mitsubishi 1600 GSR-T dan dikuasakan oleh enjin 1.6 liter 4G32T yang menghasilkan 120 PS dan 172 Nm. Puncak kuasa ini mungkin kedengaran tak berkuasa tetapi berkat daripada berat kereta yang ringan, ia menghasilkan pecutan yang tajam dan pengendalian yang baik.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 08

Walaupun dengan puncak kuasa tersebut, enjin Saturn turbocaj juga dikatakan cukup efisien dengan kadar penggunaan bahan api pada 20.5 km / L atau sekitar 4.88 L / 100 km. Angka ini juga adalah lebih baik daripada beberapa kereta yang dijual pada hari ini!

Apa lagi varian menarik?

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 09

Marion (atas) X1X (bawah)

Pada tahun 1986, Mitsubishi Mirage generasi ke-2 menerima kemas kini yang dipanggil Mirage NOW. Dua varian baru yang menyasarkan pembeli wanita dan lelaki masing-masing dimanggil Marion dan X1X.

Varian Marion dikuasakan oleh enjin 1.3 liter 4G13 Orion dan dilengkapi dengan stereng kuasa dan penyaman udara sebagai ciri standard. Kereta ini sangat digemari oleh pembeli wanita, ditambah dengan harganya yang murah serendah JPY 888,000 (~ RM 34k) sahaja.

Sementara itu, varian X1X adalah sebuah hot hatch maskulin sejati, dengan gaya 80-an. Dikuasakan oleh enjin 1.6 liter turbocaj seperti yang dilihat pada model 1600 GSR-T, hot hatch X1X ini turut dilengkapi dengan bahagian yang direka oleh F.A. Porsche termasuklah stereng dan rim aloi aluminium.

Ada varian Jackie Chan

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 10

Ada satu lagi varian Mirage istimewa yang muncul pada tahun 1986 tanpa bumbung. Jackie Chan dan Mitsubishi Motors mempunyai sejarah bersama yang panjang dan banyak model Mitsubishi muncul dalam filem awal beliau.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 11

Salah satu model yang sangat menarik digunakan dalam filem Armor of God dilihat terlalu futuristik walaupun pada zaman tersebut. Digelar Mitsubishi Mirage Spyder, kereta konsep itu adalah berdasarkan Mitsubishi Mirage hatchback 3 pintu dan dalam filem itu ia adalah 'kereta Bond' untuk Jackie Chan.

Mitsubishi Mirage Spyder hampir tidak mempunyai cermin hadapan dan turut dilengkapi dengan televisyen, telefon, dan turbo berkembar. Sebilangan kecil mungkin dibuat untuk filem itu kerana kecenderungan Jackie Chan untuk melakukan aksi lagak ngeri sendiri.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 12

Produksi Mitsubishi Mirage generasi ke-2 berakhir pada tahun 1987 apabila digantikan oleh generasi ke-3. Mitsubishi Mirage generasi baharu akan memperkenalkan tanda nama Cyborg yang legenda.

Hatchback Mitsubishi ini pernah digembar-gemburkan menjadi Proton Saga Hatchback? 13

Imej 'render' Saga Hatchback zaman dahulu
(Sumber: Wheels Malaysia, April 1985)

Sekiranya Proton mengambil jalan mudah dengan mengambil Mitsubishi Mirage generasi ke-2 untuk rebadge, inilah antara model yang bakal dilihat atas jalan pada hari ini. Pada pendapat anda, adakah Proton mengambil langkah yang tepat dengan penghasilan Saga Aeroback pada ketika itu, atau tidak?

Bacaan Lanjut:

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain!

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga Iswara – 15 Ogos 1992, 29 tahun lalu!

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda