Mitsubishi Xpander 2020 telah disahkan untuk dilancarkan pada tahun 2020. Sementara itu, kita hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi sebelum Disember menjengah.
Nampaknya, pihak Mitsubishi Motors Malaysia sedang sibuk mempersiapkan pelancaran untuk Mitsubishi Xpander ini. Varian berwarna Merah Metalik yang anda lihat ini boleh didapati untuk pasaran Indonesia dan Filipina sahaja. Thailand tak dapat warna ni!
Sebelum itu, warna Hitam Jet sudah pun diintip sebelum ini, menandakan bahawa kita mungkin akan menerima warna ini juga. Hal ini bermakna, 2 warna sudah disahkan untuk pasaran Malaysia.
Di Filipina, Mitsubishi Xpander yang sangat digemari ramai telah pun menerima modifikasi brek tangan elektronik yang menggantikan brek tangan manual biasa yang gedabak. Memang kreatif modifikasi Filipina ni.
Selain itu, Mitsubishi Xpander adalah MPV 7 tempat duduk yang paling laris di Indonesia. MMM berharap agar pelancaran model ini akan membantu mereka bersaing semula dalam pasaran kenderaan 7 tempat duduk yang kompetitif.
Mana tidaknya, 2 kenderaan 7 tempat duduk di Malaysia yang dominan adalah Perodua Aruz dan Honda BR-V. Mitsubishi Xpander mempunyai enjin empat silinder 1.5 liter NA yang mampu menjana sehingga 105 PS kuasa kuda dan 141 Nm tork yang dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatik.
Kredit gambar: SY
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L
Upgrade
Add your car