window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita?

Mersita · Oct 7, 2020 02:00 PM

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita? 01

Berita tentang TC Manufacturing (Labuan) Pte Ltd yang memasuki Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT SGMW untuk mengkaji potensi dan kebolehlaksanaan peluang perniagaan produk kenderaan PT SGMW di Malaysia telah mencetus minat ramai baru-baru ini.

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita? 02

Untuk makluman, PT SGMW memegang hak pengedar jenama Wuling di Indonesia. Pasaran Indonesia pula sedang menjangkakan kedatangan model MPV bersaiz sederhana, Wuling Victory / Baojun RS-5, di sana. Menurut GM Authority, model ini akan mula dipasarkan di China pada Oktober 2020 dan ia akan memasuki pasaran global bermula 2021.

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita? 03

Di Indonesia pula, ia dijangka akan bersaing terus dengan Toyota Innova. Wuling Victory bersaiz lebih besar sedikit berbanding Innova dan mempunyai konfigurasi 3 baris dengan 6 tempat duduk.

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita? 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempat duduknya agak unik bagi kita untuk MPV segmen ini dimana kerusi kapten barisan keduanya mempunyai perehat kaki yang boleh dilunjurkan serta penyandar yang boleh dibaringkan. Ditambah pula dengan ‘panoramic sunroof’, Victory menawarkan keselesaan pemandu kelas pertama.

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita? 01

Ruang kabinnya juga tampak kemas dengan kemasan dua tona hitam-krim, dilengkapi pula dengan skrin paparan terapung 12.3 inci. Perincian lain termasuklah panel instrumen digital dan stereng pelbagai fungsi.

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita? 02

Wuling Victory ini dikuasakan oleh enjin turbo 4 silinder 1.5 liter yang menjana 177 PS dan 290 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT 8 kelajuan. Sebagai perbandingan, enjin ‘inline-4’ DOHC Dual VVT-i 2.0 liter Toyota Innova menjana 102 PS dan 183 Nm. MPV Wuling baharu ini mempunyai tetapan suspension MacPherson strut di depan dan ‘torsion beam’ di belakang.

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita? 03

Dari segi keselamatan pula, Victory dilengkapi dengan sistem ADAS Wuling baru yang merangkumi ‘adaptive cruise control’, ‘autonomous emergency braking’, kawalan penstabilan, 4 kamera HD, 6 sensor radar dan 6 beg udara.

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita? 04

Pasaran MPV di Malaysia mungkin agak perlahan, tapi saingan bagi MPV bajet rendah bawah RM 100 ribu yang berbaloi hampir tiada melainkan Proton Exora. Autohome melaporkan yang Wuling Victory mungkin akan dijual pada harga bermula 80,000 yuan – 100,000 yuan (~RM 48,983.92 - ~RM 61,229.90).

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita? 05

Wuling Victory merupakan model pasaran global pertama bagi Wuling dan mereka menyasarkan model ini untuk pasaran membangun di Amerika Latin, Timur Tengah, dan Asia Tenggara. Siapa tahu, jika perancangan Tan Chong Motor Holdings Bhd dengan PT SGMW Motor Indonesia membuahkan hasil, kita bakal terima beberapa model baharu dari pesaing baru pula nanti?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda