Proton pernah mempertontonkan pelan produk 5 tahun akan datang bermula tahun 2019 ketika pelancaran Proton X70 CKD. Dalam jangkamasa tersebut, kelihatan 2 sedan sedang dirancang untuk pelancaran tahun 2021 dan 2022.
Proton pernah mempertontonkan pelan produk 5 tahun akan datang bermula tahun 2019 ketika pelancaran Proton X70 CKD. Dalam jangkamasa tersebut, kelihatan 2 sedan sedang dirancang untuk pelancaran tahun 2021 dan 2022.
Buat masa ini, tiada sebarang khabar angin buat model sedan daripada Proton untuk segmen C dan ke atas.
Hal ini mungkin disebabkan oleh model sedan segmen C seperti Proton Waja, Proton Inspira dan Proton Preve dilancarkan ketika zaman kejatuhan Proton memberikan tanggapan yang kurang enak walaupun model tersebut adalah model yang bagus.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa model sedan segmen C masih mempunyai peminat yang tersendiri. Oleh yang demikian, tidak keterlaluan jika Proton patut merancang untuk kembali ke pasaran saloon segmen C dengan mensasarkan pengguna Proton yang mahu menaik taraf kereta mereka.
Spekulasi ini dibuat berdasarkan langkah Proton yang sudah mendaftarkan tanda nama ‘Proton S50’. Tidak seperti harimau menangis, ‘harimau’ ini memang telah memiliki tanda nama tersebut sebagai cap dagangan.
Lakaran yang dibuat oleh rakan setugas kami, Arif Chan, membayangkan Proton S50 dibina berdasarkan Geely Binrui. Model Geely Binrui ini dibangunkan berasaskan platform BMA, platform yang sama dengan Proton X50.
Dalam lakaran ini, gril Infinite Weave yang sinonim dengan Proton digunakan. Geely Binrui dikuasakan oleh enjin 1.4 liter turbo dengan transmisi CVT automatik. Output kuasa yang dicatatkan adalah 141 PS kuasa kuda dan 235 Nm tork. Tak kurang hebat, kan?
Jualan yang memberangsangkan oleh model SUV Proton mungkin memberi petanda bahawa Proton dapat bersaing sihat sebagai sebuah jenama kelas tinggi. Namun begitu, model Proton S50 ini mungkin sekadar angan-angan sahaja.
Apa yang peminat tegar Proton perlukan ketika ini adalah model Proton Iriz dan Proton Persona facelift dengan talaan transmisi CVT untuk melawan dominasi Perodua Myvi. Sekurang-kurangnya, itulah yang terlintas dalam kajian perancang produk Proton maka siapalah kita untuk menidakkannya?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Proton S50 Estimated Version
Upgrade
Add your car
2022 Honda Civic S i-VTEC 1.8
2021 Proton Persona Standard 1.6
Komen