Mitsubishi Triton merupakan sebuah trak pikap yang serba boleh. Malah, pemanduannya tidak leceh langsung kerana ia betul-betul seperti kereta biasa.
Juga baca: Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik?
Mitsubishi Triton merupakan sebuah trak pikap yang serba boleh. Malah, pemanduannya tidak leceh langsung kerana ia betul-betul seperti kereta biasa.
Juga baca: Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik?
Istimewa untuk kaki offroad yang gemar menggembara dunia, Mitsubishi Motors Germany kini menawarkan sesuatu yang unik di pasaran Jerman. Turut dikenali sebagai Mitsubishi L200, trak pikap yang istimewa ini adalah hasil kerjasama Mitsubishi Motors Germany dengan GentleTent untuk menghasilkan versi yang lengkap sekali dengan khemah.
Pembeli yang berminat dengan khemah ini ditawarkan dengan pilihan pakej GT Roof, sepertimana yang anda dapat lihat pada Triton biru di atas. Satu lagi pilihan yang ada ialah pakej GT Pickup, seperti di gambar yang pertama.
Juga baca: Gadis ubahsuai kereta jadi ‘Camper Myvi’. Myvi Boleh!
Untuk maklumat anda, khemah ini didirikan dengan menggunakan pemampat udara mudah alih ataupun pam tangan. Setelah angin diisi, khemah ini berupaya menghasilkan lantai seluas 1.5 meter persegi dengan kelegaan kepala sehingga 2.1 meter tinggi. Pada masa yang sama, ia dilengkapkan dengan 5 rongga udara ala tingkap dan satu tempat keluar masuk.
Secara teknikal, khemah ini boleh memuatkan 2 orang. Malah, tilam saiz penuh pun boleh dimuatkan dalam khemah ini. Jadi, anda boleh khayal dan lena di bawah jutaan bintang.
Sebenarnya, GentleTent turut menghasilkan khemah untuk pengeluar lain. Tetapi, Mitsubishi Motors Germany mengambilnya terus sebagai aksesori yang rasmi.
Menariknya, Mitsubishi Motors Germany turut menawarkan aksesori berkelah yang lain. Antaranya termasuklah gas memasak Primus, besen membasuh, sumber kuasa 12V, dan sumber air. Dah macam di rumah kan?
Untuk pengetahuan anda, pakej khemah GT Roof bermula dari harga €2,338 (RM 11,640). Khemah GT Pickup pula berharga dari €3,410 (RM 16,630).
Tetapi itulah. Pakej unik ini hanya terdapat di pasaran Jerman. Kalau anda idamkan sangat, boleh cuba gabungkan khemah berkelah biasa dengan Mitsubishi Triton anda. Kami yakin kaki offroad di luar sana pasti boleh.
Di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia bakal melancarkan Triton Athlete tidak lama lagi. Sementara itu, anda boleh lihat perbandingaan Mitsubishi Triton dengan Toyota Hilux dan Isuzu D-Max di bawah.
Juga baca: Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max - perbandingan trak pikap 3 penjuru!
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Mitsubishi Triton MT Premium
Upgrade
Add your car
2022 Proton X50 TGDI Flagship 1.5
2022 Proton X70 TGDI Premium 1.8
Komen