window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengeluaran kilang Proton Tanjung Malim terjejas 50% akibat gangguan bekalan cip!

Haris · Jun 28, 2021 10:00 AM

Pengeluaran kilang Proton Tanjung Malim terjejas 50% akibat gangguan bekalan cip! 01

Jumlah pengeluaran di kilang utama Proton di Tanjung Malim, telah menurun lebih dari 50% pada bulan Mei 2021. Kilang ini adalah tempat di mana Proton Iriz, Persona, X50, dan X70 dipasang.

Pengeluaran kilang Proton Tanjung Malim terjejas 50% akibat gangguan bekalan cip! 02

Menurut data industri yang diperolehi oleh WapCar.my, jumlah pengeluaran di kilang Tanjung Malim hanya sekadar 4,115 unit pada Mei 2021, turun 52% berbanding 8,534 unit untuk bulan April 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bulan April 2021 menyaksikan angka tertinggi yang dicatatkan dalam beberapa tahun kebelakangan, kebanyakannya disebabkan oleh jumlah pesanan tinggi tertunggak untuk model Proton X50 yang sangat popular.

Pengeluaran kilang Proton Tanjung Malim terjejas 50% akibat gangguan bekalan cip! 01

Namun begitu ketika Proton telah meningkatkan pengeluaran, sekali lagi ia dilanda oleh kekurangan bekalan cip dan komplikasi dalam rantaian bekalan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat.

Angka pengeluaran Proton Tg Malim, 2021
Model (unit) Mar Apr Mei
Iriz 718 772 229
Persona 1599 2168 633
X50 3393 3262 1821
X70 2395 2332 1432
Jumlah 8105 8534 4115

Proton bakal melancarkan Proton Iriz dan Persona yang dikemaskini, serta varian Proton X70 SE baharu akhir tahun ini. Nampaknya perancangan awal mengenai pelancaran tersebut akan tertunda.

Pengeluaran kilang Proton Tanjung Malim terjejas 50% akibat gangguan bekalan cip! 02

"Kami juga dalam fasa memuktamadkan rancangan pelancaran model kami untuk akhir tahun ini. PKP akan mendorong beberapa tarikh ini tertunda tetapi Proton tetap komited untuk memenuhi sasaran pelancaran kami dan mewujudkan kegembiraan untuk pelanggan kami pada tahun 2021,” tambah Roslan Abdullah, CEO Proton Edar awal bulan ini.

Pengeluaran kilang Proton Tanjung Malim terjejas 50% akibat gangguan bekalan cip! 03

Sejak bulan Jun, Proton telah menghentikan pengeluaran sementara di kilang Tanjung Malim dan Shah Alam. Kilang Shah Alam memasang model Proton Saga dan Proton Exora.

Selain PKP, kekurangan bekalan cip juga tidak akan reda sehingga tahun 2022. Gangguan bekalan ini adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan untuk peranti elektronik kerana lebih ramai orang bekerja dari rumah dan tinggal lebih lama di dalam rumah (yang mendorong permintaan peranti hiburan meningkat).

Pengeluaran kilang Proton Tanjung Malim terjejas 50% akibat gangguan bekalan cip! 04

Situasi menjadi lebih rumit apabila pengeluar telah mengurangkan pesanan disebabkan pandemik Covid-19 tetapi apabila kegiatan ekonomi disambung, pengeluar kereta terpaksa bersaing dengan pengeluar peranti, konsol permainan dan PC untuk bekalan cip.

Proton bukan satu-satunya pengeluar tempatan yang menghadapi kekurangan bekalan cip. Perodua juga menyaksikan penurunan pengeluaran kilang Rawang, tetapi dalam peratusan yang lebih kecil.

Pengeluaran kilang Proton Tanjung Malim terjejas 50% akibat gangguan bekalan cip! 05

Perodua menghasilkan 18,283 unit pada bulan Mei, turun 10% daripada 20,278 unit yang dihasilkan pada bulan April.

Di peringkat global, Toyota Motor Group termasuk Daihatsu, kurang terjejas oleh kekurangan bekalan global. Wapcar.my telah menjelaskan kejayaan Toyota pada artikel ini.

Bacaan Lanjut:

Pelancaran kereta seterusnya di Malaysia menjelang akhir tahun 2021, dari Iriz crossover ke GR 86!

Spyshot: Proton X70 Special Edition kini sah! Warna Ocean Blue, model naik taraf aksesori sahaja?

PKP 3.0 takkan seteruk ini jika Malaysia berfikiran seperti Toyota. Apa kaitannya?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda