window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E!

Haris · Aug 8, 2022 09:00 AM

Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E! 01

Geely dengan rasminya telah membuat penampilan pertama Geely Boyue L melalui penstriman langsung beberapa hari lepas sebagai SUV eksekutif terbaharu mereka. Model Geely Boyue L sebelum ini dikenali dengan nama FX11 dan dibangunkan berasaskan platform CMA.

Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E! 02

Perkara pertama yang menarik mata anda tentulah reka bentuknya yang menarik. Hampir keseluruhan fasia hadapan Geely Boyue L didominasi oleh gril hadapan yang diapit sepasang lampu LED dengan 178 elemen pencahayaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bergerak ke profil sisi, Geely Boyue L mendapat garis badan kenderaan yang mengalir menonjol dari hadapan ke belakang SUV segmen C ini. Gerbang roda yang disudahi dalam warna hitam kelihatan lebih bersudut daripada model yang digantikannya.

Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E! 01

Bahagian hadapan yang menarik ini turut dipadankan dengan bahagian belakang yang sama menarik perhatian - dengan lampu ekor LED yang kelihatan seperti diilhamkan oleh Tie Fighters daripada Star Wars (boleh Google jika anda bukan peminat Star Wars). Varian khusus juga boleh dipilih dengan bumbung hitam dwi-tona, memberikan Geely Boyue L kelihatan lebih sporty.

Baca: Proton X70 generasi baru? Geely FX11 berasaskan platform CMA didedahkan, tidak akan dipanggil Boyue?

Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E! 02

Dengan daya tarikan yang hebat datang rangkaian kuasa yang hebat. Geely Boyue L akan ditawarkan dengan beberapa rangkaian kuasa termasuk satu enjin baharu,

Untuk varian konvensional, ia menawarkan enjin 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 181 PS dan 290 Nm dan 2.0 liter turbocaj dengan 218 PS dan 325 Nm. Enjin terakhir ini dibangunkan bersama Volvo dan merupakan sebahagian daripada keluarga enjin Drive-E.

Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E! 03

Disebabkan kita juga di alaf baharu, Geely Boyue L turut menampilkan enjin 1.5 liter pengecas turbo petrol-electric hybrid (HEV), serta versi plug-in hybrid (PHEV). Menurut Geely, versi PHEV mampu menawarkan jarak sehingga 1,300 km, manakala penggunaan minyak dianggarkan sekitar 4.2 liter/100 km.

Kesemua pilihan enjin dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan.

Dimensi
Model Boyue L X70
Panjang (mm) 4,670 4,519
Lebar (mm) 1,900 1,831
Tinggi (mm) 1,705 1,694
Jarak Roda (mm) 2,777 2,670

Berbanding dengan Geely Boyue semasa (dijual di sini sebagai Proton X70), Geely Boyue L ternyata lebih besar dengan 4,670 mm panjang, 1,900 mm lebar, dan 1,705 mm tinggi. Ia juga mencatatkan jarak roda sepanjang 2,777 mm.

Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E! 04

Di bahagian dalam, Geely mendakwa bahawa Geely Boyue L mendapat paparan infotainmen menegak 13.2-inci yang besar, manakala pemandu akan memandang kluster instrumen digital 10.25-inci. Sistem infotainmen berjalan pada sistem operasi Geely Milky Way, bukannya versi OS Air yang lebih terkini.

Baca: Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70?

Boleh jadi Proton X70 generasi baharu untuk Malaysia?

Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E! 05

Memandangkan Proton X70 pada asasnya adalah Geely Boyue versi pemanduan kanan, adalah selamat untuk mengatakan bahawa Geely Boyue L boleh dilihat menjadi Proton X70 generasi seterusnya.

Walaupun begitu, jika benar Boyue L akan menjadi X70 generasi seterusnya, harga akan datang mungkin tidak semampu milik seperti model semasa. Hal ini adalah disebabkan oleh rangkaian kuasa yang lebih maju.

Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E! 06

Walau bagaimanapun, Proton X70 generasi baharu mungkin tidak akan hadir pada kadar yang cepat kerana pemasangan tempatan Proton X70 hanya bermula di kilang Tanjung Malim pada akhir 2019. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada Februari 2020.

Oleh itu, Proton X70 generasi semasa ini dijangka bertahan sehingga 2025, mungkin menyaksikan Proton melangkau model ini dan terus ke model facelift.

Sementara itu, jabatan kejuruteraan Proton kini sibuk dengan dua model baharu - sedan berasaskan Geely Emgrand menjadi Proton S50 (nama belum disahkan), serta SUV berasaskan Geely Haoyue, untuk menjadi Proton X90.

Baca: Geely Yuanjing, sedan termurah Geely - boleh jadi pengganti Proton Saga pada RM 33k?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda