window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki?

Haris · Oct 29, 2022 08:00 PM

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 01

Pertama kali dilancarkan pada tahun 2018, Proton X70 telah menerima 2 kemas kini utama dalam kitaran hayatnya. Facelift pertama pada tahun 2020 apabila versi CKD dilancarkan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan baharu manakala facelift kedua pada tahun 2022 apabila ia menerima enjin 3-silinder 1.5 liter pengecas turbo dalam semua varian kecuali varian teratas.

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 02

Walaupun model ini sangat popular, segelintir aduan tentang kekurangan alat ganti dan kerosakan kotak gear telah menjejaskan reputasi baik Proton X70. Adakah ini suatu kebimbangan terbesar atau adakah sentimen ini hanya cakap kosong yang akan menyebelahi anda dari segi nilai? Di sini kita bincangkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian Proton X70 CKD 2020 

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 01

Model Proton X70 awal telah dilancarkan pada Disember 2018, ditawarkan dalam empat varian CBU, berharga seperti berikut: 

  • Standard 2WD: RM 99,800
  • Executive 2WD RM 109,800
  • Executive AWD RM 115,800
  • Premium 2WD RM 123,800

Ketika ini, Proton X70 memperkenalkan enjin 4-silinder 1.8 liter pengecas turbo yang menghasilkan 184 PS dan tork 285 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 02

Sebagai tambahan kepada senarai ciri yang mengagumkan, Proton X70 CBU juga menampilkan set ciri bantuan ADAS dalam varian Premium paling atas yang termasuk Forward Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW) dan Blind Spot Monitoring (BSM). 

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 03

Varian Executive AWD digugurkan bagi varian model Proton X70 CKD 2020

Proton X70 CKD yang dilancarkan pada 2020, menawarkan penurunan harga sekitar RM 1k hingga RM 5k, manakala varian Premium 2WD baharu menggantikan varian Executive AWD sebelumnya yang mendapat permintaan yang kurang memberangsangkan di Malaysia. Harga adalah seperti berikut:

  • Standard: RM 94,800
  • Executive: RM 106,800
  • Premium: RM 119,800
  • Premium X: RM 122,800

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 04

Tumpuan utama Proton X70 CKD 2020 ialah transmisi automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan jenis basah, dikendalikan oleh tombol gear anjakan wayar (shift-by-wire) baharu yang menggantikan transmisi automatik 6-kelajuan Proton X70 CBU.

Baca: Proton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja!

Proton X70 CKD gear lever

Selain itu, Proton X70 CKD menerima enjin 1.8 liter pengecas turbo TGDi petrol versi 'Generasi ke-3' yang dikemas kini dengan kuasa kuda 184 PS (sama seperti sebelum ini), tetapi menambah 15 Nm tork, menjadikan jumlah tork kini 300 Nm, hasil daripada komponen dalaman enjin yang dinaik taraf.

Proton X70 CKD engine bay

Enjin baharu itu turut mendapat penutup plastik baharu yang mengandungi transkrip ‘Proton GPower’

Proton X70 kemudiannya mendapat kemas kini kedua pada tahun 2022. Perubahan terbesar datang dari bahagian bawah hud, di mana Proton X70 2022 menerima enjin 3-silinder 1.5 liter pengecas turbo petrol daripada X50 dalam semua varian kecuali varian1.8 TGDi Premium teratas.

Baca: Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD!

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 07

Proton X70 facelift 2022 juga menyaksikan kembalinya varian Executive AWD, berharga RM 113k yang sebelum ini digugurkan daripada varian Proton X70 CKD 2020.

Harga Proton X70 terpakai

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 08

Harga untuk unit terpakai Proton X70 CBU tahun 2018 – 2020 bermula sekitar RM 75k dan meningkat kepada RM 95k bergantung pada varian dan keadaan.

Model Proton X70 CKD 2020 terpakai pula bermula sedikit lebih tinggi pada harga lebih RM 84k, dengan contoh terbaik daripada Carsome hanya melepasi paras RM100k.

Kesemua ini adakah alternatif yang lebih baik daripada SUV buatan Jepun - misalnya, pada harga RM 75k RM 90k anda boleh mendapatkan Proton X70 2018 - 2020 terpakai yang lebih terkini berbanding Honda CR-V 2016/17 (generasi sebelum generasi semasa).

Bakal pembeli juga bakal mendapat kereta yang agak baharu dengan harga 20 - 30 peratus lebih murah, sebahagian besarnya masih menerima liputan waranti daripada pengilang.

Proton X70 CKD new logo

Berikut ialah senarai pendek kos operasi asas antara varian Proton X70 Standard dan Premium:

Kos asas 2020 Proton X70 CKD
Varian Standard Premium
Road tax (RM) 280
Saiz Tayar 225/65R17 225/55R19
Harga/tayar (RM) 420 - 600 750 - 920
Bateri (DIN 74) 450 - 600

Memandangkan semua Proton X70 terpakai berumur kurang daripada 5 tahun (ketika artikel ditulis), sejarah perkhidmatan pengeluar yang lengkap hampir patut diwajibkan jika anda mahu membelinya.

Masalah Proton X70 yang biasa

Proton X70 CKD body roll

Untuk Proton X70 terpakai, anda perlu berfikir sebaik-baiknya untuk memilih transmisi, atau lebih tepat lagi, penyelenggaraan yang disertakan bersamanya - adakah anda lebih suka kesederhanaan automatik 6-kelajuan atau kecekapan DCT 7-kelajuan?

Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa kos penyelenggaraan berkala Proton X70 adalah munasabah. Bil yang paling mahal dalam 100k km pertama perbatuan berada pada 60k km, dengan perkhidmatan utama berharga kira-kira RM 1,100.

Baca: Proton X70 dah terjual 73,000 unit sejak pelancaran, nak cantas HR-V jadi SUV terlaris Malaysia?

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 11

Berikut ialah jadual ringkas jadual penyelenggaraan asas untuk Proton X70:

Kos penyelenggaraan Proton X70 CKD
Servis / Sela  Alat ganti Kos (RM)
Minyak enjin / 10k km Minyak enjin, penapis dan palam pencuci 250
Penapis udara / 20k km Penapis udara enjin 60
Penapis kabin / 20k km Penapis kabin N95 100
Penapis minyak / 20k km Penapis minyak gantian 25
Servis brek / 60k km Minyak brek 50
Servis transmisi / 60k km Minyak ATF dan penapis 350
Penyejuk / 60k km Bendalir penyejuk 100
Palam pencucuh / 20k km Palam pencucuh 110

Umum mengetahui bahawa terdapat banyak aduan daripada pemilik tentang kebolehpercayaan kotak gear dan kekurangan alat ganti yang melanda SUV Proton.

Untuk bersikap telus, kekurangan bekalan komnponen adalah isu yang sangat nyata dan semasa namun kita juga tidak boleh mengabaikan beribu-ribu pemilik yang mempunyai pengalaman pemilikan yang bagus dengan Proton X70 ini.

Baca: Pusat pemasangan enjin Proton baharu kini hanya buat nadi 1.5 TGDi milik X50 & X70, pelbagai varian menanti!

2020 Proton X70 engine bay

Berikut ialah beberapa masalah biasa yang harus diketahui oleh pemilik sebelum membeli Proton X70 terpakai:

Masalah biasa Proton X70
Komponen Simptom Kos
(RM)
Kipas penyejuk utama Operasi bising, AC tidak sejuk, kereta panas  750
Pautan enjin Gegaran di bahagian enjin  1,500
Penyerap hentak depan Bunyi, pemanduan keras 650
Pemegang pintu Patah 300
Transmisi (X70 CBU) Penukaran gear tersengguk, transmisi gear ke-4/5 tak lancar 3,000 (Ori)

Terdapat sejumlah kes yang cukup untuk membuktikan kerosakan pramatang penukar tork automatik 6-kelajuan yang menelan belanja kira-kira RM 3k untuk dibaiki di pusat servis.

Walaubagaimanapun, kami tidak menyertakan kerosakan transmisi DCT untuk model Proton X70 CKD.

Memandangkan semua transmisi X70 dengan DCT berumur kurang daripada 2 tahun dan masih dilindungi oleh waranti perbatuan 5 tahun/tanpa had Proton, terdapat kekurangan data yang boleh disahkan secara bebas untuk menentukan punca sebenar kerosakan dan kos pembaikan yang terlibat.

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 13

Segelintir pemilik mengadu tentang tindak balas tersentak-sentak semasa bergerak dalam trafik lalu lintas dan apabila beralih antara gear pertama / kedua. Justeru itu, berhati-hati dengan simptom ini semasa memandu uji Proton X70 CKD.

Pemilik dinasihatkan supaya melakukan transmission adaptation/relearning, di mana dalam kebanyakan kes, ini menyelesaikan isu tersebut serta terus melakukan servis transmisi segera untuk memastikan prestasi yang boleh dipercayai dan lancar.

Baca: Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50!

Konklusi

Proton X70 terpakai kini serendah RM 75k, masih SUV besar yang paling berbaloi dimiliki? 14

Proton X70 adalah sebuah SUV yang cantik, berprestasi cemerlang, selesa dengan jenama yang dipercayai namun ia tidak mampu memilih pemiliknya - di mana segelintir daripada mereka kedengaran kurang sabar dalam menangani kerenahnya. 

Pemilik baru lebih beruntuk kerana berpeluang untuk melihat secara dalam talian Proton X70 terpakai di Carsome. Kesemua kereta dengan Carsome Certified disertakan dengan Carsome Promise, yang memastikan bahawa kereta tersebut telah lulus pemeriksaan 175 poin yang ketat, termasuk waranti setahun, termasuk jaminan wang dikembalikan dalam lima hari dan harga tetap tanpa kos tersembunyi.

Ia mengambil sedikit masa sebelum pemilik seperti ini mengikuti trend lain kerana sentiasa dikejar bayang namun ia tetap memberi penalti dalam bentuk harga terpakai yang jatuh gedebuk, sekaligus memberikan pembeli lain peluang untuk merasainya.

Jika mampu, apa salahnya untuk anda mencuba SUV serba bagus ini? Juga, cuci mata anda dengan Proton X70 terpakai di pautan ini.

Baca: Rebiu: Ia mungkin kehilangan satu silinder, tetapi Proton X70 1.5 2022 baru masih terasa luar biasa

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda