window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini!

Haris Β· Jun 24, 2022 10:15 AM

Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini! 01

Sehari selepas Perodua membuka tempahan untuk Perodua Alza 2022 D27A serba baharu, Toyota juga nampaknya akan mengikuti jejak tersebut dengan pengenalan model Toyota Veloz 2022 yang sama baharu, model kembar kepada Alza.

Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini! 02

Toyota Veloz spesifikasi Indonesia

Ditawarkan dengan perancangan yang sama seperti model Perodua Aruz dan Toyota Rush, Toyota Veloz baharu 2022 dikeluarkan oleh Perodua di kilangnya di Rawang berdasarkan kontrak antara kedua pihak. Veloz untuk Malaysia akhirnya akan menggantikan Toyota Avanza yang sudah sekian lama berkhidmat.

Baca: UMW Toyota Motor sahkan 2 model baru dilancarkan tak lama lagi (Veloz?), jualan Mac 2022 naik 32%

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini! 01

Toyota Veloz spesifikasi Indonesia

Jika Perodua Alza 2022 tersedia dalam 3 varian, Toyota Veloz hanya tersedia sebagai satu varian, dengan harga dianggarkan daripada RM 95k (harga atas jalan, tanpa insurans). Harga ini adalah termasuk SST. Harga yang dikecualikan SST akan dikongsikan kepada pembeli dan akan diumumkan nanti.

Kuasa diperolehi daripada enjin petrol 1.5 liter 4 silinder aspirasi semula jadi yang menghasilkan 106 PS dan 137 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik Dwi-mod CVT (D-CVT).

Tidak seperti susun atur pacuan roda belakang model generasi sebelumnya, model pengganti baharu ini menggunakan pacuan roda hadapan.

Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini! 02

Ini bukanlah suatu kelemahan, malah, Toyota Veloz 2022 akan menjadmi pengendalian yang lebih baik kerana dibangunkan di atas platform Daihatsu DNGA-B. 

Di bahagian dalam, Toyota Veloz 2022 ialah model Toyota pertama di Malaysia yang menawarkan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar melalui paparan infotainment 9-incinya. Ia juga merupakan model Toyota bawah RM100k pertama yang menawarkan Adaptive Cruise Control (ACC) sebagai sebahagian daripada suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS).

Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini! 03

Keistimewaan lain yang ditawarkan pada Toyota Veloz 2022 termasuk lampu depan LED, lampu nyalaan siang LED (DRL), brek letak kereta elektrik (EPB) dengan Tahan Brek Automatik (ABH), gugusan instrumen digital 7-inci dan pad pengecasan nirwayar Qi.

Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini! 04

Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini! 05

Pilihan warna untuk Toyota Veloz 2022 termasuk Blue Metallic dua tona dengan bumbung hitam, Silver Metallic dua tona dengan bumbung hitam menakala selebihnya satu tona iaitu Red Metallic, Metallic Bluish Black, dan White.

Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini! 06

UMW Toyota Motor menyokong Toyota Veloz 2022 dengan waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun. Semak dengan pengedar tempatan anda untuk membuat tempahan.

Baca: Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda