window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga

Faisal · Oct 12, 2020 03:50 PM

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 01

Setiap keluarga yang semakin membesar sememangnya memerlukan kenderaan untuk membawa keseluruhan ahli yang semakin bertambah. Sebagai ibu bapa, mereka lebih prihatin akan keperluan dan keselesaan setiap ahli keluarga.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 02

Di Malaysia, antara kenderaan yang memulakan kehangatan kereta keluarga ialah Toyota Estima. Toyota Estima yang kita kenali sejak ia dihangatkan pada awal era 2000-an sebenarnya bermula daripada Toyota Previa yang diperkenalkan pada tahun 1990.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Generasi pertama (XR 10. XR 20; 1990-1999)

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 01

Pada asalnya, Toyota Estima dibangunkan untuk pasaran minivan di Amerika dimana ia diperkenalkan sebagai Toyota Previa. Pasaran Australia pula menggunakan nama Toyota Tarago. Menariknya, Toyota Previa merupakan MPV pertama di dunia yang didatangkan dengan konfigurasi enjin di tengah (mid-engine).

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 02

Konfigurasi ini dipilih oleh jurutera Toyota untuk keseimbangan berat badan. Selain itu, mereka berupaya merendahkan pusat graviti untuk pengendalian yang lebih stabil. Konfigurasi ini juga berupaya memberikan papan lantai yang cukup rata untuk kabin yang praktikal dan selesa. Pada masa yang sama, jurutera dapat mereka bentuk posisi kerusi yang ideal untuk ergonomik yang baik. 

Dari segi suspensi, Toyota Estima menerima susunan MacPherson di hadapan dan double wishbone di belakang untuk keseimbangan pengendalian dan keselesaan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 03

Untuk pengetahuan anda, Toyota menggelarkan konfigurasi ini sebagai Supplemental Accessory Drive System (SADS). Susunan enjin dalam konfigurasi ini sebenarnya menyukarkan penukaran palam pencucuh (spark plug) dimana ia berada di bahagian hadapan pada belah kiri. Mekanik hanya boleh mendapat akses dengan menanggalkan kerusi dan karpet di bahagian hadapan.

Aksesori enjin seperti alternator, pam stereng kuasa, pemampat pendingin hawa (air-con compressor) dan kipas radiator boleh diakses dari bonet hadapan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 04

Pada permulaan, ia didatangkan dengan enjin 2.4L 2TZ-FE yang menghasilkan 135 PS. Untuk pengetahuan anda, ruang enjin yang sempit melalui konfigurasi SADS telah menghalang Toyota untuk menggunakan enjin yang berkapasiti lebih besar. Tahun berikutnya, enjin supercharger dengan 160 PS diperkenalkan untuk mengatasi persaingan. Pilihan transmisi pula adalah automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 05

Menariknya, tombol gear bagi transmisi automatik direka untuk berada di belakang stereng untuk kemudahan laluan di antara penumpang hadapan dan belakang. Secara standard, kuasa dihantar ke roda belakang, namun pengguna boleh memilih pacuan 4 roda untuk cengkaman yang lebih baik pada musim salji.  

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 06

Dari segi praktikal, barisan kedua didatangkan dengan pintu gelangsar di belah penumpang untuk kemudahan keluar masuk tanpa memerlukan ruang yang besar. Pintu but juga direka untuk mempunyai bukaan yang cukup rendah supaya barang mudah dipunggah masuk dan keluar dari kenderaan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 07

Mengenai kebolehan sesebuah MPV, ia didatangkan dengan susunan kerusi 2/3/3 dan 2/2/3 dimana barisan kedua mempunyai 2 kerusi kapten. Pada masa yang sama, kerusi di barisan ketiga boleh dilipat sepenuhnya untuk memaksimumkan ruang but. Selain itu, Toyota Estima didatangkan dengan peti sejuk, bumbung suria, dan kawalan pelayaran (cruise control).

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 08

Di pasaran Jepun, terdapat versi Estima Lucida dan Estima Emina. Versi ini direka khusus dengan saiz yang lebih kecil untuk mendapat pelepasan pengecualian cukai di Jepun. Kedua-dua versi ini didatangkan dengan enjin 2.2L diesel.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 09

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 10

Dari segi keselamatan, Toyota Estima generasi pertama ini didatangkan dengan 2 beg udara, brek cakera (disc) di hadapan dan belakang serta sistem brek anti-kunci (ABS) sebagai pilihan tambahan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 11

Namun begitu, Toyota Estima yang asalnya direka khusus untuk pasaran Amerika tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Hal ini berikutan kerana persaingan yang sengit. Dengan reka bentuk yang agak berkontroversi, prestasi dan penjimatan api yang tidak seberapa, dan harga yang lebih tinggi menjadi faktor akan kenapa angka jualannya tidak memberangsangkan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 12

Walaupun enjin supercharger yang lebih berkuasa dan menjimatkan minyak diperkenalkan, usaha ini tidak berapa berkesan kerana pesaing sudah mengungguli segmen tersebut.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 13

Toyota Sienna tahun 2000

Dengan penarafan keselamatan yang agak mengecewakan juga, Toyota Previa di Amerika telah digantikan dengan Toyota Sienna yang dibina berdasarkan pengajaran yang diperoleh daripada pengeluaran Toyota Previa.

Generasi kedua (XR30, XR40; 2000-2005)

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 14

Dengan sambutan yang tidak berapa menggalakkan, Toyota Estima generasi kedua didatangkan dengan reka bentuk yang cukup menarik. Jurutera Toyota menggunakan falsafah kereta sedan dalam pembinaan Toyota Estima kali ini. Dengan itu, ia memberikan pemanduan seperti kereta sedan tetapi dengan ruang yang praktikal seperti MPV.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 15

Falsafah ini menggunakan susunan enjin dan pacuan roda di hadapan. Untuk maklumat anda, ia menggunakan platform Toyota Camry ketika itu.

Di samping itu, Estima Lucida dan Emina tidak dihasilkan untuk generasi ini kerana Toyota Estima dibangunkan terus dengan ukuran yang bertepatan dengan sistem pengecualian cukai di negara Jepun.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 16

Berbanding generasi sebelumnya, Toyota Estima generasi kedua didatangkan dengan pintu gelangsar elektronik di kedua-dua belah supaya penumpang lebih mudah untuk keluar dan masuk dari kenderaan. Mengenai penambahan praktikal, kerusi barisan kedua untuk susunan 2/3/3 memiliki perbagai konfigurasi lipatan dan pelarasan untuk memberikan ruang kabin yang ideal untuk pelbagai penggunaan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 17

Pada masa yang sama, ia boleh dilipat sepenuhnya seperti kerusi barisan ketiga untuk memberikan ruang meletak barang yang luas sekiranya kerusi tidak digunakan. Selain itu, setiap tempat duduk penumpang didatangkan dengan corong penyaman udara dan lampu individu untuk keselesaan yang berpanjangan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 18

Di samping itu, paparan kluster instrumen yang menghadap pemandu telah diubahsuai untuk berada di tengah papan pemuka supaya visual keseluruhan menjadi yang lebih jelas. Bercakap mengenai kluster instrumen, ia memiliki jenis Optitron dimana ia dinyalakan mengikut suis enjin dan lampu hadapan untuk paparan yang lebih menarik dan jelas. Mengikuti aspek visual ialah penggunaan teknologi lampu Xenon di hadapan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 19

Untuk pasaran Jepun, Toyota Estima hadir dengan pilihan enjin 3.0L V6 yang menghasilkan 220 PS serta enjin hibrid dengan 2 motor elektrik. Teknologi Hybrid Synergy Drive pada varian hibrid didatangkan khusus dengan pacuan 4 roda. Ia memiliki enjin 2.4L dengan gabungan motor elektrik 17 PS di hadapan dan 24 PS di belakang. Untuk pengetahuan anda, Toyota Estima Hybrid merupakan MPV hibrid pertama di dunia. 

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 20

Kali ini, Toyota Estima didatangkan standard dengan enjin 2.4L VVT-i yang menghasilkan 156 PS dan 225 Nm tork. Dengan berpacuan roda hadapan sebagai standard, ia tidak memiliki drive shaft ke belakang. Oleh itu, ruang kaki menjadi lebih luas kerana bonggol tengah untuk memuatkan drive shaft tidak diperlukan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 21

Untuk pasaran Eropah pula, Toyota Estima didatangkan dengan pilihan enjin 2.0L turbodiesel yang menghasilkan 120 PS. Dengan kehangatan MPV kecil dan kenderaan jenis SUV seperti RAV4,  pengeluaran Toyota Estima untuk pasaran Eropah diberhentikan pada akhir hayat generasi ini.

Generasi ketiga (XR50; 2006-2019)

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 22

Toyota Estima generasi ini dibina berdasarkan pemahaman yang berkesan pada generasi kedua. Oleh itu, Toyota tidak mahu menukar resepi dengan terlalu ketara. Generasi ini menampakkan elemen reka bentuk yang lebih moden tanpa menghilangkan identiti sebuah Toyota Estima.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 23

Ciri baharu pada Toyota Estima generasi ini ialah sistem lampu hadapan adaptif. Sistem ini menyuluhkan cahaya berdasarkan sudut cerun dan pusingan stereng untuk visual yang lebih jelas pada waktu malam. Selain itu, ia turut didatangkan dengan pilihan sistem bantuan parkir (Parking Assist).

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 24

Dari segi enjin, ia didatangkan dengan pilihan enjin 3.5L V6 (2GR-FE) yang menghasilkan 280 PS dan 340 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Secara standard, ia didatangkan dengan enjin 2.4L yang kini menghasilkan 170 PS. Enjin ini pula dipadangkan dengan transmisi CVT 7-kelajuan Super CVT-i dengan mod manual.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 25

Pada masa yang sama, Estima Hybrid menerima peningkatan dimana ia didatangkan dengan Hybrid Synergy Drive II. Enjin hibrid ini menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 190 PS. Untuk Estima Hybrid generasi ini, Toyota telah mengubah kedudukan bateri untuk berada di bawah kerusi hadapan supaya ruang kabin boleh dimaksimumkan.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 26

Bercakap mengenai kabin, kerusi di barisan kedua untuk susunan 2/2/3 didatangkan dengan tempat merehatkan kaki (footrest). Dari segi kemudahan pengguna, kerusi di barisan hadapan dan ketiga menerima kawalan pelarasan elektronik.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 27

Sebagai pilihan tambahan, pengguna boleh memilih ciri kerusi yang boleh dikeluarkan dari kereta untuk kemudahan menaiki dan menuruni kenderaan. Ciri ini didatangkan dengan pilihan kerusi hadapan atau kerusi barisan kedua.

Model Facelift

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 28

Toyota Estima generasi ketiga menerima kemaskini pada tahun 2016. Ia didatangkan dengan beberapa pembaharuan melalui reka bentuk dan kelengkapan untuk kekal berdaya saing. Antaranya ialah ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS). Ciri ini meliputi sistem brek kecemasan automatik (AEB), kawalan pelayaran adaptif (ACC), bantuan pengekalan dalam lorong (LKA), dan amaran titik buta (BSM).

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 29

Ia turut menerima reka bentuk roda stereng yang baharu, eksterior yang lebih bertepatan dengan reka bentuk Toyota yang terkini serta lampu siang LED.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 30

Untuk pengetahuan anda, Toyota Estima facelift merupakan Toyota pertama yang didatangkan dengan cermin anti-ultraviolet (anti-UV) untuk kabin yang lebih sejuk. Malah pelaksanaan ini berupaya menghindari penumpang daripada penyakit kanser kulit yang sering berpunca daripada sinaran ultraviolet oleh matahari yang terik.

Dengan pasaran kini yang lebih tertumpu kepada kenderaan SUV dan MPV besar seperti Toyota Alphard/Vellfire, pengeluaran Toyota Estima secara global berakhir pada tahun 2019. Toyota Estima sememangnya cukup menarik dan tidak memberikan sebarang isu.

Sejarah Toyota Estima: MPV yang memulakan kehangatan kereta keluarga 31

Walaupun ia cukup diminati ramai di Malaysia, pasaran global yang kurang memberikan sambutan telah memaksa syarikat Toyota untuk memberhentikan pengeluaran Toyota Estima buat selamanya. Ternyata pasaran lebih berkuasa dalam menentukan masa depan sesebuah kenderaan yang cukup hangat dan mesra pengguna seperti Toyota Estima.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda