window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely

Mersita · Sep 4, 2021 04:00 PM

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 01

Ramai antara kita yang sering ‘mengintai’ SUV Geely. Selain daripada dua model SUV mereka yang dijual di sini sebagai Proton X50 dan Proton X70, antara yang sering dibualkan juga ialah Xingyue, Xingyue L, dan juga Haoyue; dimana para peminatnya sering berharap agar model-model ini akan tiba menjengah ke pasaran kita suatu hari nanti. Tapi, tahukah anda yang Geely juga ada 5 SUV lain di pasaran global sekarang?

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 02

Geely Haoyue

Kalau anda nak tahu, Geely telah mengasingkan barisan kenderaan mereka kepada beberapa siri – siri Yue/Rui (Yue untuk SUV dan Rui untuk sedan), siri Emgrand, dan juga siri Vision.

Siri Yue/Rui sebahagian besarnya disasarkan kepada segmen premium mewah, manakala Emgrand diposisikan di bawahnya sebagai siri yang lebih mampu-milik. Siri Vision pula ialah yang paling mampu-milik, ataupun digelar siri ‘entry level’, dan kebanyakannya dijual di wilayah-wilayah kurang pembangunan di China.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 01

Emgrand Dihao S

Dah jelas? Jom kita mulakan senarai SUV Geely ini dan jom lihat SUV mana satu paling mantap.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 02

Geely Binyue/Coolray, aka Proton X50

Memandangkan pasaran bagi SUV segmen B meletup-letup panas di seluruh dunia ketika ini, tak hairanlah jika model Geely paling popular setakat ini ialah Geely Binyue.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 03

Dilancarkan pada 2018, Binyue atau dikenali sebagai Coolray di pasaran antarabangsa ini ialah SUV pertama yang dibina berdasarkan platform BMA Geely lebih kecil, iaitu platform yang dibangunkan untuk kereta kompak syarikat itu. Pasaran antarabangsa pertama yang menjual Binyue ialah Rusia dan Filipina.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 04

Seperti yang anda sudah sedia maklum, Binyue dijual di sini sebagai Proton X50. SUV segmen B ini mula dijual di sini pada Oktober 2020 dan ia cukup popular sehinggakan anda perlu masuk senarai menunggu 6 bulan untuk membawanya pulang.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 05

Geely Boyue, aka Proton X70

SUV segmen C ini dikenali dengan banyak nama di serata dunia: Geely Azkarra, Geely Atlas, Emgrand X7 Sport, dan pastinya Proton X70 di Malaysia.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 06

Dilancarkan pada 2016, Boyue merupakan SUV pesaing antarabangsa milik Geely dan mereka cepat-cepat mengusahakan pelancaran kereta ini di pelbagai pasaran luar negara. Menjelang 2018, Geely melaporkan yang mereka telah berjaya menjual 700,000 unit Boyue di seluruh dunia.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 07

Geely Boyue generasi seterusnya sudah boleh disahkan untuk dibina di atas platform CMA, tapi kami tak jangka yang Boyue CMA ini akan dilancarkan dalam masa terdekat atau sebelum 2022. Oleh itu, berdasarkan anggaran kami, X70 generasi kedua mungkin akan dilancarkan di Malaysia pada sekitar tahun 2025.

Baca juga: Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada?

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 08

Geely Haoyue, aka Okavango

Haoyue merupakan SUV paling besar dalam barisan model Geely, dan ia juga satu-satunya SUV 7 tempat duduk yang ditawarkan syarikat itu.

Baca juga: Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely?

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 09

Dengan ukuran panjang 4,835 mm dan lebar 1,900 mm, ia 65 mm lebih panjang daripada SUV kedua terbesar Geely iaitu Xingyue L.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 10

Walaupun Haoyue didebut secara rasmi pada 2020, SUV ini tidak menggunakan platform CMA Geely yang popular itu. Sebaliknya, ia menggunakan platform CV Geely – serupa dengan Geely Jiaji iaitu satu-satunya MPV Geely.

Baca juga: Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 11

Haoyue buat masa ini dijual di pasaran pemanduan sebelah kiri (LHD) antarabangsa seperti Filipina dan Rusia dengan nama Okavango. Spekulasi cukup kuat mengatakan yang Haoyue akan dilancarkan di Malaysia sebagai Proton X90.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 12

Geely Xingyue, aka Tugella

Xingyue ialah SUV coupe tunggal pertama Geely yang sedang dijual di pasaran. Ia juga kenderaan Geely pertama yang dibina di atas platform CMA. Model ini dikatakan melalui proses pembangunan di Gothenburg, Sweden iaitu di China Euro Vehicle Technology Centre.

Ketika pelancarannya, Xingyue dikenali sebagai kereta Geely paling canggih dan paling premium dengan kelengkapan berteknologi tinggi seperti set penuh ADAS dan juga pengecaman wajah.

Sistem pengecaman wajah ini membantu melaraskan pelbagai tetapan dalam kabin, contohnya posisi cermin sisi serta tetapan penghawa dingin dengan sesuai mengikut pemandu itu sendiri.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 13

Geely Xingyue S

Model paling baru dilancarkan oleh Geely ialah Xingyue S; dan ia didatangkan dengan beberapa tambahan kosmetik contohnya perincian berwarna hijau limau pada corong udara dan panel pintunya, cermin sisi dan atap berwarna hitam berkilat, dan juga corong ekzos quad.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 14

Sama seperti Boyue dan Haoyue, Geely menyasarkan Xingyue di pasaran antarabangsa yang lebih meluas. Buat masa sekarang, coupe SUV itu dijual di Rusia sahaja sebagai Geely Tugella.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 15

Geely Xingyue L

Berbeza dengan coupe SUV tadi, Xingyue L ialah SUV paling besar dibina di atas platform CMA. Ingat yang Haoyue tidak dibina dengan platform CMA.

Baca juga: SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China!

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 16

Walaupun dua model ini berbeza antara satu sama lain selain daripada enjin 2.0TD yang menjana 238 PS dan 350 Nm, Geely membuat keputusan untuk memberi SUV besar ini nama Xingyue L bagi menekankan aspek yang model ini dibina di atas platform sama seperti coupe SUV itu.

Xingyue L dipromosikan sebagai SUV flagship mewah kerana ia dilengkapi dengan unit infotainment berskrin sentuh 100 cm terbaik dalam kelasnya sebagai sebahagian daripada kelengkapan premiumnya.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 17

Geely Emgrand Dihao GS & S

Kini kita beralih pula kepada satu-satunya SUV yang dilancarkan sebahagian daripada siri Emgrand. Emgrand Dihao GS/S diposisikan di bawah SUV siri Yue yang lebih popular. Jika dikira pada aspek harganya, varian paling atas iaitu Dihao S sekurang-kurangnya RMB 20,000 (RM 13,000) lebih murah daripada Binyue varian tertinggi.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 18

Emgrand Dihao GS

Jika anda lihat pada senarai tawaran rasmi, Dihao GS dan Dihao S dipasarkan sebagai dua SUV berbeza tapi secara asasnya, GS dan S adalah model yang sama. Dihao S sebenarnya ialah GS versi facelift ‘kaw-kaw’.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 19

Geely Emgrand Dihao S

Sebab mengapa senarai tawaran rasmi merangkumi varian GS dan S sekaligus ialah kerana Geely menjual kedua-dua SUV ini bersama-sama. Harus diingatkan yang pasaran China cukup besar sehinggakan pengilang kereta boleh menjual kereta generasi lama bersama dengan model generasi terbaru.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 20

Geely Emgrand Dihao GS

Enjin digunakan dalam SUV Dihao ialah enjin petrol berpengecas turbo 1.4T (141 PS/235 Nm) dan enjin ‘direct-injection’ berpengecas turbo TGDI 1.5 (177 PS/255 Nm) – enjin sama dalam Binyue.

Baca juga: Geely Emgrand S kini rasmi di pasaran China, enjin 1.4T dengan 141 PS/235Nm tork, harga dari RM 55k!

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 21

Berdasarkan saiz, SUV-SUV Dihao lebih panjang daripada Binyue dalam julat sekurang-kurangnya 100 mm, tapi ketinggiannya lebih rendah daripada Binyue dengan perbezaan sehingga 36 mm.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 22

Geely Yuanjing X3

Yuanjing X3 adalah sebahagian daripada siri Vision spec rendah ditawarkan Geely. Dilancarkan pada tahun 2017, X3 ialah SUV paling kecil yang ditawarkan Geely dan sebahagian besarnya dijual di kawasan kurang pembangunan di China.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 23

Sebagai konteks, harga X3 bermula dari sekitar RMB 50,000 (lebih kurang RM 33,000) dan paling tinggi sekitar RMB 68,000 (RM 44,000). Disamping itu, harga Binyue bermula dari sekitar RMB 76,000 (RM 50,000).

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 24

Dengan ukuran panjang, lebar, tinggi 4,005 x 1,760 x 1,575 mm – X3 mempunyai ukuran 325 x 40 x 34 mm lebih pendek dan kecil berbanding Binyue.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 25

Sama seperti SUV Dihao, X3 didatangkan dengan enjin berpengecas turbo 1.4T (141 PS/ 235 Nm) – juga sama seperti Binyue.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 26

Geely Yuanjing X6

Sebuah lagi model SUV dalam siri Vision ialah Yuanjing X6. Model ini bermula sebagai Geely GLEagle GX7 sebelum ia menjalani facelift pada tahun 2016 dan dijenamakan semula sebagai Yuanjing X6.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 27

Sama seperti X3 yang lebih kecil, X6 ini juga dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo 1.4T (141 PS/ 235 Nm) walaupun X6 lebih besar dengan ukuran 4,546 x 1,834 x 1,715 mm (panjang, lebar, tinggi) manakala jarak rodanya berukuran 2,661 mm.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 28

Harga bagi X6 bermula dari sekitar RMB 67,000 (lebih kurang RM 44,000) dan paling mahal RMB 94,000 (RM 61,000).

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 29

Geely Icon

Geely Icon (digayakan sebagai ICON) ialah model ‘standalone’ yang dibina di atas platform BMA yang sama seperti Binyue. Kami anggap Icon sebagai Binyue versi lebih moden dan berteknologi tinggi kerana Icon menyaingi Binyue dengan perincian-perincian hebat seperti pemegang pintu yang boleh masuk ke dalam dilengkapi penderia nyahkunci automatik.

Ukuran kedua-dua kereta ini hampir sama, seperti yang digambarkan dalam carta di bawah.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 30

Walaupun ia dikuasakan dengan enjin ‘direct injection’ berpengecas turbo TGDI 1.5 sama seperti Binyue, Icon juga didatangkan dengan pilihan bateri 48V yang menjadikannya hibrid sederhana.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 31

Icon baru saja diperkenalkan di peringkat dunia pada tahun lepas, oleh itu masih belum jelas samada Geely berniat untuk melancarkan SUV futuristik ini di pasaran-pasaran antarabangsa.

Selain daripada Proton X50 dan X70, ini senarai lengkap SUV keluaran Geely 32

Kesimpulan

Seluruh barisan SUV Geely terdiri daripada 9 model semuanya, atau 10 jika anda anggap Dihao S dan gen lamanya iaitu GS sebagai model berasingan. Tapi, hanya 5 daripada model-model ini (Boyue, Binyue, Xingyue, Xingyue L, Haoyue) direka dengan sasaran untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Warga Malaysia semakin ghairah dengan kemungkinan Haoyue untuk dihasilkan semula sebagai model Proton di sini. Tapi, ada lagi tak model SUV lain dalam senarai ini yang anda mahu ditransformasikan sebagai Proton? Pilihan kami sudah tentu Geely Icon dan Geely Xingyue! Jom komen di FB WapCar – BM.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda