window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris 2021 Facelift diacah - pelancaran Disember, ada Toyota Safety Suite

Mersita · Oct 31, 2020 04:00 PM

Toyota Yaris 2021 Facelift diacah - pelancaran Disember, ada Toyota Safety Suite 01

Beberapa minggu lepas, kami ada laporkan yang Toyota Vios 2020 facelift akan tiba pada bulan Disember dan akan mengiringinya ialah varian Gazoo Racing (GR). Kini, Toyota sedang mengacah satu lagi model yang ditunggu ramai iaitu Toyota Yaris 2021 facelift.

Toyota Yaris 2021 Facelift diacah - pelancaran Disember, ada Toyota Safety Suite 02

Kiri ke kanan: Acah oleh Toyota Malaysia dan Toyota Yaris spesifikasi Thailand

Ia hanyalah acah yang biasa-biasa saja dengan satu gambar yang menunjukkan lampu hadapan LED Yaris yang dimuatnaik pada laman sesawang Toyota Malaysia dan media sosialnya.

Rekaannya menyerupai Yaris spesifikasi Thailand, tapi kita boleh jangkakan beberapa perubahan pada reka bentuk sekeliling kereta tersebut untuk menetapi pasaran kita bila ia dikeluarkan nanti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Yaris 2021 Facelift diacah - pelancaran Disember, ada Toyota Safety Suite 01

Yaris spesifikasi Thailand. Jangkakan perbezaan kecil apabila ia dilancarkan di Malaysia nanti

Spesifikasi Toyota Yaris 2021

Toyota Yaris 2021 Facelift diacah - pelancaran Disember, ada Toyota Safety Suite 02

Kereta spesifikasi Thailand

Tapi, perubahan mungkin tidak begitu ketara pada prestasinya - satu perkara biasa bagi model facelift. Aspek paling menonjol ialah penambahan suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS) bagi Yaris baharu nanti.

Toyota Yaris 2021 Facelift diacah - pelancaran Disember, ada Toyota Safety Suite 03

Walaupun ia bukan suite penuh seperti dalam kereta-keretanya yang lain seperti Toyota Camry, ia didatangkan dengan autonomous emergency braking (AEB) yang digelar Toyota sebagai pre-collision system (PCS), disertai lane departure alert (LDA).

Kelengkapan keselamatan lain termasuklah kamera 360 darjah, pengesan titik buta dengan rear cross-traffic alert (RCTA), dan juga ‘dashcam’ hadapan.

Toyota Yaris 2021 Facelift diacah - pelancaran Disember, ada Toyota Safety Suite 04

Ruang dalaman Yaris spesifikasi Thailand

Tambahan pula, sistem infotainmennya tampak seperti diberi naik-taraf yang menarik – dimana Mirrorlink digantikan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bilakah pelancaran Toyota Yaris facelift?

Toyota Yaris 2021 Facelift diacah - pelancaran Disember, ada Toyota Safety Suite 05

Kereta spesifikasi Thai

Lebih kurang sama seperti Toyota Vios, sumber-sumber kami mengesahkan yang stok Yaris yang ada sekarang semakin berkurang, dan pembeli yang telah lulus pinjaman akan diberi naik-taraf secara automatik kepada versi facelift ini.

Oleh itu, kita boleh jangkakan kehadiran Toyota Yaris 2021 untuk tiba di bilik-bilik pameran Toyota menjelang Disember 2020.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda