window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback?

Zamil Syaheer · Feb 16, 2021 02:00 PM

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 01

Hari Sabtu yang lepas, kami telah memuat naik artikel tentang bagaimana Toyota Yaris 2021 mungkin dikalahkan oleh Honda City Hatchback 2021 dari segi faktor stailo di Thailand. Kali ini, Toyota Motor Thailand melancarkan varian Yaris Play untuk melawan semula City Hatchback.

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 02

Kiri ke kanan: Yaris Ativ and Yaris

Sama seperti Toyota Yaris Ativ (Vios di Malaysia) yang juga mendapat varian Play, Yaris Play mendapat sentuhan Gloss Black di bahagian atas gril depan serta sayap belakang.

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 03

Sama seperti Ativ - ada pilihan warna kelabu, hitam, putih, dan perak.

Tetapi, ada satu perbezaan yang ketara – anda boleh memilih opsyen untuk bumbung berwarna hitam, memberikan kontra yang cantik dengan warna badan Ice Pink Metallic.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 01

Selain itu, Yaris Play masih lagi menggunakan reka bentuk rim 15 inci dwi-tona ‘brushed alloy’ dan Dark Mulberry.

Tema dwi-tona pun ada di bahagian interior

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 02

Kombinasi warna dwi-tona yang sama dengan Yaris Ativ juga diterapkan dalam Yaris Play, dengan tempat duduk kulit berwarna hitam dan putih dan jahitan Dark Mulberry.

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 03

Cantik juga trim Dark Mulberry!

Sebagai kontra kepada warna hitam dan putih, terdapat juga trim berwarna Dark Mulberry dan perak.

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 04

Beralih ke bahagian but pula, Yaris Play juga dilengkapi dengan tempat penyimpanan barang (trunk organiser) sesuai dengan golongan muda yang ingin menyimpan barang seperti baju, kasut dah sebagainya.

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 05

Toyota juga telah meletak penapis PM 2.5 yang mempunyai gred sama dalam industri perubatan di sistem penghawa dingin.

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 06

Yaris Play juga mendapat sistem ‘Play Connect Car Telematics’ yang boleh mengesan lokasi kereta anda, diagnostik kereta, ciri geofencing, dan sebagainya.

Amacam, lagi stailo dari City Hatchback?

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 07

Seperti Yaris Ativ, varian Play masih lagi mengekalkan enjin 1.2 liter 4 silinder aspirasi natural yang menghasilkan 98 PS dan 109 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT automatik. Ya, ianya lebih kecil berbanding enjin 1.5 di Malaysia kerana ia harus mematuhi peraturan EcoCar Thailand untuk cukai yang lebih rendah.

Toyota Yaris Play 2021 – cubaan nak tapau Honda City Hatchback? 08

Hanya 1,500 unit sahaja bakal dijual.

Kalau anda tak tahu, Toyota Yaris adalah hatchback segmen B paling laris di Thailand pada 2020. Macam biasa, takhta ini ingin dirampas oleh Honda City Hatchback pada tahun 2021. Jika diberi pilihan, mana satukah anda akan beli?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda