window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris raja hatchback di Thailand dengan 19,178 unit terjual!

Mersita · Dec 6, 2020 06:00 PM

Toyota Yaris raja hatchback di Thailand dengan 19,178 unit terjual! 01

Pasaran hatchback di Thailand ternyata hangat dengan persaingan antara keluaran-keluaran terbaru tahun ini di negara itu. Walaupun pasaran hatchback di sana tidak sehangat pasaran sedan, Toyota Yaris tampil sebagai juara hatchback paling laris di Thailand!

Laporan jualan Januari – Oktober 2020 yang dilaporkan oleh Headlight Mag menunjukkan jumlah jualan keseluruhan Toyota Yaris yang mencapai 19,178 unit dalam masa 10 bulan membuktikan yang hatchback segmen B itu amat digemari di sana.

Toyota Yaris raja hatchback di Thailand dengan 19,178 unit terjual! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Merangkul 30.9 peratus dari bahagian pasaran hatchback, kedudukan teratas Yaris diikuti oleh Honda Jazz (20.1 peratus) di tempat kedua dan Suzuki Swift (12.8 peratus) di tempat ketiga.

Keluaran baru bagi pasaran hatchback kurang rancak berbanding sedan di negara itu tahun ini dengan hanya Mazda 2 facelift dan Mitsubishi Mirage facelift yang diberi perubahan kecil.

Toyota Yaris raja hatchback di Thailand dengan 19,178 unit terjual! 01

Tapi, media automotif Thailand itu menyatakan yang dengan kemunculan Honda City Hatchback pada Januari 2021, ia pasti akan menaiki takhta nombor 1 dalam pasaran segmen ini kelak. Ia dijangka akan bersaing sengit dengan Nissan Note tahun hadapan.

Buat masa sekarang, Toyota Yaris pada tahun ini berjaya menarik minat ramai dengan penggantian enjin 3NR dan model faceliftnya yang dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan Toyota Safety Sense yang dipertingkatkan bagi Yaris dan Yaris ATIV. Sistem pra-perlanggaran dan sistem amaran pelepasan lorong membantu mengekalkan momentum jualan pada tahun ini.

Toyota Yaris raja hatchback di Thailand dengan 19,178 unit terjual! 02

Oleh itu, jumlah jualan keseluruhan bagi hatchback sub-kompak segmen B di Thailand bagi bulan Januari – Oktober 2020 ialah 62,032 unit dan ia terbahagi seperti berikut:

Jumlah jualan hatchback sub-kompak segmen B di Thailand dari Januari - Oktober 2020 mengikut model
Ranking Model Jumlah jualan / Bahagian Pasaran %
1 Toyota Yaris 19,178 unit / 30.9 %
2 Honda Jazz 12,456 unit / 20.1 %
3 Suzuki Swift 7,957 unit / 12.8 %
4 Mazda 2 Hatchback 5,511 unit/ 8.9 %
5 Nissan Note 3,936 unit / 6.3 %
6 MG 3 3,856 unit / 6.2 %
7 Mitsubishi Mirage 3,423 unit / 5.5 %
8 Suzuki Celerio 3,229 unit / 5.2 %
9 Nissan March 2,486 unit / 4.0 %
10 Honda Brio 0 unit / 0%

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda