window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal

Haris · Feb 26, 2021 11:00 AM

Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal 01

Volvo Cars dan Geely Auto (tidak boleh dikelirukan dengan Geely Holdings yang memiliki Volvo Cars Group) pernah bercadang untuk bergabung sepenuhnya namun laporan terbaru menunjukkan bahawa cadangan tersebut kini tidak akan direalisasikan.

Walaubagaimanapun, kedua-dua jenama mengumumkan bahawa akan kekal bekerjasama secara perkongsian dalam pembangunan trenkuasa, kenderaan elektrik, pemanduan swapandu dan pelbagai lagi.

Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Håkan Samuelsson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, bersetuju bahawa perkongsian adalah langkah terbaik bagi kedua-dua syarikat untuk pertumbuhan syarikat dan menyambut baik peluang untuk kerjasama yang lebih mendalam dengan Geely Auto.

Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal 01

Sementara itu, An Conghui, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto turut bersetuju dengan sentimen tersebut. "Geely Auto berharap dapat bekerjasama dengan lebih dekat bersama Volvo Cars, mencapai sinergi yang signifikan untuk jenama masing-masing," ujar beliau.

Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal 02

Geely Auto merupakan syarikat subsidiari Geely Holding dalam bidang automotif. Geely Holding turut mempunyai pegangan dalam Volvo Cars dan syarikat automotif nombor 1 Malaysia iaitu Proton.

Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal 03

Volvo dan Geely turut bekerjasama dalam pembangunan enjin melalui penubuhan syarikat CEVT (China Euro Vehicle Technology). CEVT bertanggungjawab dalam pembangunan enjin 3 silinder 1.5 liter Turbo TGDi yang kini terdapat pada model seperti Proton X50 Flagship dan Volvo XC40 Recharge T5 Hibrid plug-in yang baru sahaja dilancarkan.

Baca: Mengapa enjin 3 silinder digelar enjin masa hadapan?

Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal 04

Selain dari itu, 2 sub jenama iaitu Polestar (dihasilkan di Sweden) dan Lynk & Co (dari China) turut diwujudkan dalam memacu kemajuan dalam sektor kenderaan elektrik. Kesemuanya mendapat manfaat daripada perkongsian platform dan teknologi.

Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal 05

Polestar 2 boleh dibeli di Malaysia

Langkah tersebut dilihat sebagai situasi menang-menang kepada kedua-dua jenama. Gabungan syarikat tidak selalunya diterjemahkan kepada keuntungan namun kerjasama perkongsian seperti yang selalu terjadi dalam sektor automotif membantu melestarikan jenama yang di ambang kejatuhan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda