window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k

Haris Β· Jun 5, 2021 03:00 PM

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 01

Mazda CX-5 mungkin sekali model massa paling signifikan untuk Mazda. Sebagai buktinya, ia merupakan model pertama yang ditawarkan dengan gabungan rekaan Kodo dan teknologi Skyactiv, 2 rukun yang membentuk Mazda hingga ke hari ini.

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 02

Modifikasi minima, cantik maksima. Pemilik: Lee Khan

Tidak dinafikan, Mazda CX-5 juga merupakan antara model yang melonjakkan nama Mazda menjadi lebih dikenali kerana popular di kalangan rakyat Malaysia. Bercakap mengenai rekaannya, mungkin ramai yang setuju bahawa Mazda CX-5 generasi pertama (KE) ini masih menarik di mata. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 01

Kesinambungan Mazda CX-5 turut dibawa kepada model generasi kedua sekarang yang semakin terkenal di atas jalan raya. Reputasi Mazda CX-5 secara keseluruhannya telah memperlihatkan harga jualan semula yang masih baik dan ini turut mempengaruhi model generasi pertama. Terasa nak beli?

Latarbelakang Mazda CX-5 di Malaysia

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 02

Antara brosur terawal

Mazda CX-5 generasi KE dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012 sebagai unit CBU. Model CKD pula menyusul pada tahun 2013 dengan beberapa perubahan - tiada bumbung suria, tiada sistem audio keliling BOSE 11 pembesar suara (diganti dengan sistem standard 6 pembesar suara) dan pertambahan varian.

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 03

Enjin 2.0 liter NA SkyActiv-G suntikan langsung, adalah satu-satunya trenkuasa yang ditawarkan. Ia mampu menghasilkan sebanyan 157 PS kuasa kuda dan 200 Nm tork untuk model FWD manakala model AWD ditala sekadar 156 PS dan 198 Nm. Kedua-dua dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-Drive oleh Mazda.

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 04

Mazda CX-5 GL, model paling asas diperkenalkan pada tahun 2015

Ada sebab untuk perbezaan kuasa antara AWD vs FWD; Mazda mendakwa ia mengukur kuasa kuda pada roda dan bukan pada enjin. Standard pengeluar kereta lain adalah mengukur angka kuasa pada enjin. Tentunya, angka kuasa yang rendah pada keempat-empat roda lebih baik berbanding angka kuasa pada 2 tayar hadapan sahaja, kan?

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 05

kabin dalaman Mazda CX-5 2.5L

Pada tahun 2014, model Mazda CX-5 2.5L Skyactiv-G yang diimport dari Jepun turut diperkenalkan di pasaran Malaysia. Disebabkan ia model CBU, ia mempunyai ciri-ciri model CBU seperti yang disebutkan pada awal perenggan. Model 2.2L diesel Skyactiv-D FWD turut diperkenalkan pada tahun 2016.

Akhir sekali, Mazda CX-5 generasi kedua (KF) telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2017 dengan kesemuanya merupakan unit CKD.

Masalah Mazda CX-5 generasi 1

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 06

Foto: Darren Tan

Untuk masalah pemilik Mazda CX-5 generasi pertama (KE) ini, kami merujuk terus kepada beberapa pemilik Mazda CX-5 model spesifik ini. Secara tuntasnya, ia adalah sebuah model yang jarang bermasalah dan meragam, selain ramai pemilik yang masih berbangga dengan rekaan dan ketahanan SUV ini.

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 07

Foto: Scovir Muhaimeen

Antara masalah biasa yang dihadapi adalah masalah lower arm. Masalah ini juga boleh merebak menjadi masalah bushing tetapi agak jarang berlaku. Penukaran lower arm adalah sekitar RM 600 - RM 1,000 sebelah manakala bushing boleh mencecah sehingga RM 2,000. Kos ini merujuk kepada anggaran oleh WH Oneplus Auto di Bangi.

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 08

Seorang pemilik turut mendakwa bahawa beliau memiliki isu cermin sisi tak dapat dilipat secara automatik dan kadangkala ia berubah-ubah kiri atau kanan. Kos baikpulih cermin sisi ini adalah sekitar RM 300 - RM 500 untuk 1 cermin sisi.

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 09

Foto oleh WH Oneplus Auto

Kebanyakan pemilik Mazda CX-5 generasi KE ini turut menyatakan bahawa model yang digunakan oleh mereka masih bertahan walaupun sudah melepasi jarak perbatuan 100,000 km. Walaubagaimanapun kepada pemilik baharu, jangkakan beberapa masalah komponen yang haus dan longgar seperti tensioner dan V-belt sekiranya sudah tiba jarak perbatuan ini.

Model atau enjin pilihan?

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 10

Foto: Sim Andy & Ayis Amy

Melihat kepada tawaran Mazda CX-5 di Malaysia, ia memang banyak pilihan yang ditawarkan. Ia merangkumi pilihan pacuan roda FWD dan AWD di samping sesaran enjin dari 2.0L dan 2.5L untuk petrol manakala hanya 2.2 liter untuk diesel. Bagi mereka yang mempunyai sentimen kualiti, model CBU dan CKD juga ada.

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 11

Mazda CX-5 2.0 CBU milik Aiman Khazai

Oleh yang demikian, kami merujuk kepada pemilik Mazda sendiri dan model yang lebih popular adalah model Mazda CX-5 2.0 FWD. Ia mempunyai kadar penggunaan minyak yang lebih rendah namun pengalaman pemanduan peribadi cukup mengatakan model 2.5L petrol dan 2.2L diesel mempunyai sensasi pemanduan yang lebih baik.

Perlu diingatkan, model CBU ada sistem audio BOSE yang mungkin suatu bonus jika anda terjumpa mana-mana pemilik yang membela SUV ini dengan baik.

Kesimpulan

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 12

Pemilik: Ady Low

Mazda CX-5 generasi KE juga mempunyai nilai jualan yang agak tinggi berbanding model Mazda yang lain. Hal ini mungkin hadir berdasarkan sambutan dan maklum balas yang baik oleh pemilik-pemilik Mazda yang juga meningkatkan nilai jualan semula model ini.

Panduan: Mazda CX-5 generasi KE terpakai - masih tahan, sederhana popular? Sekitar RM 70k 13

Foto amatur tapi tetap nampak menawan

Akhir sekali, rekaan Kodo pada Mazda CX-5 generasi KE juga masih cantik dan lawa jika dilihat sehingga ke hari ini. Nuansa rekaan Mazda ini adalah suatu halwa mata untuk pemilik juga. Suatu nikmat juga kalau setiap hari tengok menuju ke arah kereta sendiri yang cantik, kan?

Peminat Mazda? Baca sini:

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya?

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an!

Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi CX-50?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda