Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat?

  • Toyota Camry dinaiktaraf dengan enjin baru 2.5 liter Dynamic Force
  • Honda Accord menawarkan enjin lebih kecil 1.5 liter turbo, cukai jalan lebih rendah
  • Tempat duduk Camry lebih bagus, tapi pemanduan Accord lebih selesa

5 tahun lalu, pasaran sedan segmen D di Malaysia dipenuhi dengan lebih 10 pesaing yang hebat-hebat belaka. Namun kini, hanya separuh daripadanya masih bertahan.

Antaranya, Honda Accord dan Toyota Camry kekal utuh sebagai model paling laris di pasaran. Toyota Camry pula baru-baru ini diberi naiktaraf pertengahan kitaran hidupnya.

Baca juga: Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium?

Bagi perbandingan kali ini, kami akan ambil Honda Accord spesifikasi tertinggi iaitu 1.5 TC-P untuk digandingkan dengan Toyota Camry 2.5V.

Baca juga: Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k!

Trenkuasa – Camry spesfikasi Malaysia akhirnya dapat Dynamic Force

Walaupun ini facelift bagi pertengahan kitaran produksinya, Toyota Camry 2022 kini diberi trenkuasa yang dinaiktaraf sepenuhnya iaitu dalam bentuk enjin Dynamic Force Toyota.

Di dalam Camry baru, enjin Dynamic Force ini berkapasiti 2.5 liter dan menjana 209 PS dan 253 Nm.

Kotak gear automatik 6 kelajuannya pula digantikan dengan unit baru 8 kelajuan – serupa dengan konfigurasi trenkuasa yang dilihat pada Lexus ES dan Toyota RAV4.

Accord menawarkan enjin lebih kecil, 1.5 liter berpengecas turbo

Dengan enjin Dynamic Force baru di bawah hudnya, janaan total Camry seganding dengan Accord turbo. Enjin turbo 1.5 liter pada Accord menjana 201 PS dan 260 Nm, dipadankan dengan kotak gear CVT.

Baca juga: Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu

Walaupun enjin Camry dikalahkan oleh Accord turbo, Camry melawan semula dengan pecutan julat pertengahan lebih hebat dan ‘pickup’ lebih mantap berbanding enjin kecil Accord. Pada kelajuan sebegini, enjin turbo Accord boleh semput manakala Camry dengan lancarnya maju ke hadapan.

Oleh itu, bagi pembeli sedan segmen D yang tak kisah tentang kos cukai jalan, Camry perlu dibiaya RM 867 setiap tahun manakala Accord hanya perlukan RM 90 untuk stiker biru tersebut.

Baca juga: “Kenapa Accord & Camry tiada lagi varian 2.0L di Malaysia?” – Ini sebabnya

Bentuk luaran – Cantik itu subjektif, tapi Camry memang nampak mewah

Perubahan yang dapat dilihat pada rupa bentuk Camry tidaklah begitu drastik seperti naiktaraf trenkuasanya.

Perubahan paling ketara ialah rim aloi 18 inci dwi-tona baru, bampar depan dengan dibentuk semula, dan filem gelap pada lampu breknya.

Namun, naiktaraf yang paling digemari bukanlah pada rupa bentuk barunya, namun pada perincian ‘keyless entry’ di pintu penumpang depan.

Ketiadaan perincian ini pada Camry sebelum facelift cukup menyedihkan, namun kali ini kami gembira dengan keputusan Toyota untuk menambah perincian memudahkan ini.

Honda Accord pula menawarkan rekaan ‘fastback’ yang lebih ranggi jika dibandingkan dengan bentuk berkotak Camry yang lebih tradisional.

Sama seperti Camry, Accord juga diberi rim aloi 18 inci namun dengan rekaan yang lebih bersegi.

Ruang dalaman – Banyak naiktaraf memudahkan di dalam Camry

Naiktaraf Camry diteruskan di ruang kabinnya – sistem infotainment stail terapung yang baru, menggantikan unit yang sebelumnya. Lebih menarik, ia juga dilengkapi dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, menjadikannya lebih setaraf dengan Accord.

Perincian yang lebih membezakannya dengan Accord ialah penambahan sistem penghawa dingin tiga zon automatik. Ya, tiga zon, dan kini penumpang di belakang boleh mengawal sistem penghawa dingin Camry menerusi sistem kawalan sentral yang menyerupai Lexus LS.

Namun, kekurangan pada sistem infotainment Camry ialah ia tidak begitu lancar dan ini agak mengejutkan bagi Camry. Pemain muzik menerusi Spotify sedikit lambat (lagging) apabila Google Maps dibuka bersama, mengganggu kelancaran kawalan di dalam kabin yang sepatutnya sudah cukup memuaskan.

Isu ini tiada pada Accord, kerana sistem infotainmennya cukup lancar dan tidak diganggu dengan sebarang isu ketidakserasian.

Walaupun ia cuma kurang satu speaker berbanding Accord, sistem bunyi JBL di dalam Camry lebih hebat sedikit daripada Accord.

Keselamatan – Camry dan Accord sama tara

Memandangkan kedua-duanya model flagship bagi jenama masing-masing, kelengkapan keselamatan cukup lengkap pada Camry dan juga Accord.

All-Speed DRCC amat membantu ketika pemandu tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Komputer mengawal brek dan pecutan, namun pemandunya masih perlu bertanggungjawab atas pengendalian kenderaan

Kedua-dua pesaing dalam segmen D ini menawarkan brek kecemasan berautonomi (AEB), amaran pelanggaran hadapan (FCW), kawalan peluncuran adaptif (ACC), dan bantuan kekal di lorong (LKA).

Camry dan Accord juga dilengkapi amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), namun Camry menambah ciri brek auto pada suite RCTA-nya yang boleh membantu mengelakkan pelanggaran dari arah belakang ketika kereta diundur.

LaneWatch ialah satu penyelesaian pintar bagi mengelakkan kemalangan titik buta

Walau Camry dilengkapi pemantau titik buta, Accord ada menawarkan kamera LaneWatch yang lebih memudahkan – ia memberi strim video langsung pada skrin infotainment kereta bagi mengurangkan risiko disebabkan titik buta kereta.

Baca juga: Honda Accord dari 10 generasi sejak 45 tahun lalu – mana satu terbaik?

Dalam situasi pemanduan dunia sebenar, sebagai sebahagian daripada kelengkapan ADAS Honda Sensing, kawalan peluncuran adaptif dan pengekoran kelajuan rendah pada Accord menawarkan brek dan pecutan yang jauh lebih lancar jika dibandingkan dengan TSS pada Camry.

Pemanduan dan pengendalian – Tiada tandingan bagi TNGA, tapi…

Memang benar, Toyota Camry dan platform TNGA-nya memang memberikan pemanduan mantap.

Ketika diuji oleh rakan penulis kami, mereka perasan yang Camry menawarkan pengendalian yang amat meyakinkan dengan kebolehan untuk menangani selekoh jauh lebih bagus daripada kebanyakan sedan segmen D. Camry juga mempunyai tempat duduk yang jauh lebih selesa berbanding Accord.

Baca juga: Sejarah Toyota Camry – evolusi kereta eksekutif yang sejati

Walaupun adanya semua perincian ini, ‘layan selekoh’ bukanlah ciri yang dicari pemilik Camry secara amnya. Sebaliknya, kualiti inilah yang membuatkan Accord betul-betul menyerlah.

Kalau anda nak tahu, suspensi belakang Camry terasa sedikit ‘sibuk’ atau kurang enak, terutama sekali apabila dibandingkan dengan Accord. Walaupun pemanduannya tidak sejitu Camry, Accord ternyata lebih konsisten dari segi keselesaan suspensi.

Di antara Camry dan Accord, kami akan pilih Accord kerana pemanduan jarak jauhnya lebih menenangkan, dan penumpang akan rasa lebih selesa.

Baca juga: Skor ASEAN NCAP hampir penuh, Honda Accord kereta paling selamat untuk 2019-2020

Harga – Accord masih ada kelebihan

Memandangkan Toyota Camry 2022 diimport dari luar (CBU), harga jualannya di Malaysia bermula dari RM 199,109 – mahal sedikit daripada model sebelum facelift.

Jika harga jadi masalah, mungkin Honda Accord yang dipasang tempatan (CKD) boleh jadi pilihan lebih baik untuk anda memandangkan harganya cuma RM 187,390.

Kedua-dua harga ini adalah harga OTR, tanpa insurans.

Baca juga: Nilai jualan semula: Toyota Camry vs Honda Accord – Yang manakah lebih baik?

Kesimpulan

Walau sebelum ia dinaiktaraf, Toyota Camry ialah sedan segmen D paling laris pada 2021. Dengan enjin Dynamic Force baru dan set kelengkapan yang diperbaharui, Toyota Camry 2022 dinaiktaraf pastinya akan meneruskan momentum sebagai sedan segmen D pilihan ramai di Malaysia.

Apa-apa pun, masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki pada Camry. Sistem infotainmennya yang kurang lancar dan suspensi belakang yang kurang enak menjadi gangguan pada pakej keseluruhannya yang sudah cukup mantap.

Jika Camry dinaiktaraf ini tidak kena dengan selera anda, mungkin anda patut pertimbangkan lagi Honda Accord. Dengan enjin turbonya serta transmisi CVT yang lancar, Accord cukup ideal bagi mereka yang gemarkan pacuan turbo dan lebih menjimatkan.

Perkara yang paling kami suka pada Accord ialah keselesaan pemanduannya yang sempurna. Setelah dipertimbangkan pelbagai faktor dan sudut, Accord masih lagi jadi pilihan terbaik kami.

Baca juga: Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Camry

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 Toyota Camry Facelift Review in Malaysia, Here Today, Gone Tomorrow?

2020 Honda Accord 1.5 TC-P vs. Toyota Camry 2.5V Comparison Review, Which is The Better Boss Car?

2019 Toyota Camry 2.5V Review, Why Settle for A BMW 318i?!

2023 All New Toyota Camry 2.5L Dynamic Force Engine

2020 Honda Accord 1.5 TC-P is the BEST CAR on WapCar Ratings, What Makes it So Great?!

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Honda Accord 1.5 TC-P vs. Toyota Camry 2.5V Comparison Review, Which is The Better Boss Car?

All-new 2020 Honda Accord 1.5 Turbo Closer Look, Most Powerful D-Segment!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Toyota Camry
Cek Lebih