window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu?

Zamil Syaheer Β· Oct 23, 2020 08:00 PM

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 01

Ini dia, pertarungan klasik di antara Honda Accord dan Toyota Camry, dua veteran dalam sedan segmen D. Honda Accord 2020 dilancarkan awal tahun ini dengan varian tertinggi berharga RM 195,900 (termasuk SST). Toyota Camry pula berharga RM 196,888 (termasuk SST).

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 02

Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita bandingkan kedua sedan Jepun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berapa besar saiz dua kereta ni sekarang?

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 01

Dari segi saiz eksterior, Honda Accord ini jauh lebih besar, panjang serta lebar dari segala dimensi berbanding Toyota Camry. Tetapi, Camry ini sedikit berat.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 02

Reka bentuk sesebuah kereta adalah subjektif. Secara peribadinya, saya menyukai rupa Camry berbanding Accord. Ini kerana garisan dan lengkung di serata Camry tampak elegan serta prestij, terutama sekali kemasan bampar depan.

Accord pula tampak sporty tetapi terasa biasa sahaja, ditambah pula dengan rekaan lampu belakang ala stapler.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 01

Rungutan terbesar tentang Camry ini ialah fungsi kemasukan tanpa kunci ini hanya ada pada pintu sebelah pemandu sahaja. Honda Accord ada fungsi ini di kedua pintu depan.

Interior mana yang lebih selesa dan cantik?

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 01

Melangkah masuk ke dalam Camry, tekan push-start dan stereng nya dengan fungsi pelarasan elektrik akan melaras secara automatik ke posisi pemanduan anda.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 02

Nampak butang dekat batang lampu isyarat tu? Itu untuk LaneWatch.

Di dalam Honda Accord pula, tempat duduk pemandu bergerak ke belakang apabila enjin dimatikan dan kembali semula ke posisi pemanduan apabila dihidupkan.

Dari segi sokongan tempat sandar pula, Camry terasa lebih empuk dan lebih selesa, manakala Accord lebih keras.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 03

Orang berumur senang sikit nak baca.

Kualiti bahan pada kedua kereta agak konsisten dan rasa seperti kereta beharga RM 200k. Namun perlu kami nyatakan bahawa Camry terasa lebih ‘old school’ dengan fon yang besar untuk butang dan meter kluster analog.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 04

Papan pemuka Accord nampak lebih bersih secara keseluruhan dan skrin infotainmen berada di posisi yang sama dengan meter kluster separa digital.

Ini membuatkannya senang untuk dilihat mahupun digunakan. LCD pada meter kluster juga menunjukan informasi secara ringkas untuk mengurangkan gangguan ketika memandu.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 05

Android Auto & Apple CarPlay standard didalam Honda Accord tapi bukan pada Toyota Camry. Pada zaman sekarang, kami rasakan ia suatu yang merugikan sekiranya sebuah kereta tiada fungsi ini.

Namun begitu, Camry mempunyai sistem audio JBL yang terbaik dalam kelasnya; 10 pembesar suara pada Accord tak dapat nak lawan.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 06

Beralih ke tempat duduk belakang pula, disini Accord menang daripada Camry kerana ruang di belakang sangat luas. Hanya Lexus ES (dan sedan eksekutif yang lebih panjang) mampu menandingi ruang lutut di Accord.

Tempat duduknya juga diukir dengan baik dengan pangkal tempat duduk panjang untuk sokongan paha.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 07

Walaupun dimensi eksterior Camry lebih besar, anda akan nampak perbezaannya sebaik saja anda masuk ke bahagian belakang. Ianya bukanlah sempit, tapi ia tidak seluas Accord. Bonggol di tengah agak tinggi dan ruang kaki tidak begitu luas.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 08

Ruang but Accord - 570 liter (atas)
Ruang but Camry - 493 liter (bawah)

Sama seperti tempat duduk depan, tempat duduk belakang Camry lebih selesa dan empuk, manakala Accord lebih keras. Sejujurnya, saya lebih suka keempukan Camry, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh.

Mana satu lagi 'best' untuk dipandu?

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 09

Setelah memandu kedua-dua sedan sepanjang empat hari, Camry berasa lebih organik untuk memandu. Sterengnya lebih berat dan bertindak balas secara semula jadi terhadap input. Masuk ke selekoh saja, anda dapat merasakan pengalihan berat (weight transfer) Camry ini yang sangat halus.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 10

Stereng pada Accord lebih ringan dan mempunyai nisbah pemboleh ubah yang semakin cepat apabila anda memusing dengan lebih. Ini membantu pada kelajuan rendah, walaupun pada awalnya anda akan terasa sedikit janggal.

Pengilang lain (seperti Volkswagen) dengan stereng nisbah berubah mempunyai kadar perubahan yang lebih halus.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 11

Olengan sisi badan (body roll) minima dan anda tidak merasakan banyak perubahan berat badan di Accord. Oleh itu, ia mengambil selekoh dengan stabil dan tenang, membuatkan penumpang di bahagian belakang terasa seperti sedang menaiki kapal layar. Tetapi, Accord bukanlah untuk peminat pemanduan.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 12

Dari segi trenkuasa pula, Camry sebenarnya dicemuh oleh ramai pihak kerana menggunakan enjin dan transmisi yang berusia lebih sedekad. Meskipun begitu, trenkuasa ini masih mampu menjalankan tugasnya dengan baik. Yang paling penting, korang tidak perlu risau tentang ketahanannya.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 13

Accord dengan enjin bercas turbo dan transmisi CVT memang lebih laju, tetapi ia bukanlah sampai anda tersentak di tempat sandar kerusi. Ianya lebih kepada tarikan yang berterusan, sesuai dengan karakter ‘cruiser’.

Mana satu yang lebih selesa di bahagian belakang?

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 14

Tapak tempat duduk dengan panjang yang secukup rasa.

Suspensi Accord diselaraskan dengan baik agar sesuai dengan tingkah laku ‘cruiser’. Ia menyerap segala liku dan lekokan di jalan tanpa banyak gangguan pada kabin.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 15

Camry taklah sempit, tetapi ruang kaki kecil dan tapak tempat duduk lebih pendek.

Tapi jika nak dibandingkan dengan Camry, Accord tidak mempunyai kelancaran dan ketenangan semasa melalui jalan berliku. Ini adalah kehebatan platform TNGA oleh Toyota.

Oleh itu, Camry masih mendahului Accord pada bahagian suspensi dan dinamik pemanduan.

Beralih ke insulasi kabin pula, ujian kami menunjukkan Accord ialah kereta yang lebih bising disini. Pada kelajuan 110 km/j, meter paras bunyi mencatatkan bacaan sekitar 69 dB di Accord, manakala Camry pula lebih senyap dengan bacaan di sekitar 67 dB.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 16

Penabat bunyi di bahagian roda Accord.

Ini agak mengejutkan kami kerana Accord terasa lebih senyap (secara subjektif). Maksudnya, ciri Active Noise Cancellation berfungsi dimana ia membatalkan frekuensi sensitif pada telinga kita sehingga menjadikan kabin terasa lebih tenang.

Bagaimana pula dengan sistem bantuan pemandu ADAS?

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 17

Toyota Camry dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS), tetapi ianya versi 1.0 (sekarang dah 2.0) jadi fungsi kawalan pelayaran adaptif tidak boleh beroperasi ketika keadaan trafik berhenti dan jalan seperti Corolla Altis. Ianya berfungsi dengan baik untuk keadaan trafik di jalanraya kita kerana sistem ini tidak mengganggu dan mengatasi input anda.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 18

Pada Accord pula, Honda Sensing ada fungsi Low Speed Follow untuk membantu anda ketika kesesakkan lalu lintas.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 19

Ia juga dilengkapi dengan kamera LaneWatch menggantikan Blind Spot Monitor, tetapi ia hanya ada pada bahagian penumpang.

Mana lagi jimat minyak?

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 20

Dalam ujian kami, Toyota Camry memberi bacaan sebanyak 10.5 liter/100 km dalam keadaan pemanduan 50:50 diantara bandar dan lebuh raya. Honda Accord mencatatkan bacaan 8.8 liter/100 km pada perjalanan 60:40 diantara bandar dan lebuh raya.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 21

Ini bacaan untuk Accord.

Walaupun keadaan pemanduan untuk kedua kereta ini berbeza, kami yakin bahawa Accord lebih menjimatkan minyak.

Jadi mana satu yang lebih baik?

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 22

Jawapan kami: ia bergantung kepada anda. Kalau anda lebih sukakan pengalaman pemanduan yang mantap tapi masih mahu sedan yang selesa seperti kapal layar, pilihlah Toyota Camry.

Honda Accord 1.5 TC-P 2020 vs Toyota Camry 2.5V - sedan segmen D mana paling padu? 23

Honda Accord sebenarnya lebih selesa untuk penumpang di bahagian belakang kerana ianya sungguh luas. Ianya juga lebih senang untuk dipandu berbanding Camry kerana sterengnya lebih ringan serta mempunyai trenkuasa yang lebih berprestasi.

Apa pendapat anda? Tinggalkan komen di bawah!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda