window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Carsome senyap-senyap hadiahkan Proton Saga 'Carsome Certified' kepada mangsa banjir

Haris ยท Jan 14, 2022 10:00 AM

Carsome senyap-senyap hadiahkan Proton Saga 'Carsome Certified' kepada mangsa banjir 01

Seorang wanita mangsa banjir berendam air mata apabila sebuah Perodua Bezza miliknya yang baru digunakan selama 3 bulan telah kehilangan akibat apabila dibawa arus banjir di Kampung Sungai Lui Batu 19, Hulu Langat, Disember tahun lalu.

Namun Nuarjan Sulaiman, 36, tentu ceria apabila Carsome syarikat pengendali pasaran kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara tampil memberi kejutan dengan menyumbang sebuah Proton Saga terpakai kepadanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ibu tiga cahaya mata itu mengakui terperanjat sebaik pihak terbabit menghubunginya untuk menggantikan Perodua Bezza miliknya yang gagal diselamatkan dalam insiden banjir pada 18 Disember tahun lalu.

Carsome senyap-senyap hadiahkan Proton Saga 'Carsome Certified' kepada mangsa banjir 01

Insiden yang berlaku kepada Nuarjan sebelum ini

“Mula-mula macam tak percaya ada insan yang sudi nak beri kereta. Bila dah dapat, rasa sangat gembira dan kereta ini akan memudahkan pergerakan kami sekeluarga.

“Saya berterima kasih kepada Carsome dan rakyat Malaysia yang turut mendoakan rezeki kami. Anak-anak belum tahu, jadi ini juga kejutan buat mereka,” katanya.

Nasib Nuarjan menjadi perhatian warga maya kerana kisah disebaliknya. Kereta baharu Perodua Bezza tersebut baru digunakan tiga bulan, hasil simpanan bersama suami selama 8 tahun termasuk simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kenderaan tersebut hilang sekelip mata akibat banjir.

Carsome senyap-senyap hadiahkan Proton Saga 'Carsome Certified' kepada mangsa banjir 02

Lebih memilukan, kereta berkenaan ditemui 100 meter dari lokasi asal dalam keadaan rosak teruk serta bahagian bonet belakang dan cermin sisi tercabut.

Sebelum ini wanita terbabit hanya menaiki motosikal suami atau meminjam kereta orang lain jika mahu ke mana-mana. - Selangorkini

Baca: Proton Saga FLX / FL kini serendah RM 15k, sedan bajet terbaik?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda