window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Accord adalah sedan segmen D yang paling laris di Malaysia

Faisal ยท Aug 28, 2020 11:03 AM

Honda Accord adalah sedan segmen D yang paling laris di Malaysia 01

Honda telah mengekalkan kedudukan mereka sebagai nombor satu dalam kategori sedan segmen D sejak awal tahun 2020 dengan bahagian pasaran sebanyak 40 peratus melalui Honda Accord.

Honda Accord adalah sedan segmen D yang paling laris di Malaysia 02

Sejak pelancaran sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac yang lalu, Honda telah menerima lebih daripada 920 tempahan untuk model ini dimana 30 peratus daripada jumlah tersebut adalah berwarna Platinum White Pearl. Varian tertinggi iaitu (TC-P) pula merangkumi 78 peratus daripada jumlah tempahan tersebut. Menurut analisis daripada Honda Malaysia, hampir 500 unit telah diserahkan kepada pemilik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Accord adalah sedan segmen D yang paling laris di Malaysia 01

Pengurus besar Honda Malaysia mengatakan bahawa pencapaian mereka untuk pasaran segmen D kali ini dibantu oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memacu momentum pasaran dan insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh kerajaan. Pada masa yang sama, ia juga dibantu oleh harga yang mendapat pengecualian cukai jualan (SST) untuk membangunkan semula ekonomi negara.

Honda Accord adalah sedan segmen D yang paling laris di Malaysia 02

Angka penjualan yang memberangsangkan juga dibantu oleh kebolehan sedan itu tersendiri. Ia mempunyai enjin 1.5 liter VTEC Turbo yang menghasilkan 201 PS dan 260 Nm tork.

Honda Accord adalah sedan segmen D yang paling laris di Malaysia 03

Ia juga dilengkapi oleh sistem keselamatan Honda Sensing dengan sistem bantuan parkir. Selain itu, Honda Accord mempunyai sistem LaneWatch yang memudahkan pemandu untuk melihat titik buta di bahagian kiri kenderaan.

Ikuti liputan kami mengenai pelancaran Honda Accord di Malaysia pada Februari yang lalu untuk maklumat lanjut.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda