window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu!

Zamil Syaheer · Jul 4, 2021 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baru-baru ini, Honda Malaysia sendiri telah memuat naik imej serta video acah City Hatchback di laman sosial mereka. Ini bermakna ia bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. 

1. Mengapa Honda Jazz dihentikan?

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 01

Honda Jazz generasi GR nampak macam kartun kan?

Kenapa Honda Jazz generasi keempat yang baru tidak ditawarkan di sini? Jawapannya, ini kerana ia dilihat terlalu radikal untuk diterima oleh pengguna di Malaysia.

Interiornya yang sangat minimalis, stereng yang futuristik, dan reka bentuk luaran yang boleh dikatakan comel serta kartun tidak sesuai dengan pengguna di sini.

Juga baca: 3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 02

Walaupun Jazz serba baru tidak sesuai untuk citarasa rakyat Malaysia, formula ini berjaya untuk menarik minat pembeli di Eropah, China, dan Jepun - tiga pasaran yang kini menjual Jazz serba baru.

2. Pilihan trenkuasa?

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 03

Thailand mendapat enjin 1.0 liter turbo baru (122 PS, 173 Nm)

City Hatchback untuk pasaran Thailand seperti imej diatas menggunakan enjin 1.0 liter 3-silinder petrol turbo, menghasilkan 122 PS dan 173 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT.

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 04

Malaysia juga mendapat enjin 1.5 liter DOHC baru (121 PS, 145 Nm)

Walau bagaimanapun, jangan berharap enjin  turbo ini akan ditawarkan di Malaysia. Sebagai gantinya, City Hatchback dijangka bakal menggunakan enjin yang sama dengan City Sedan - enjin 1.5 liter 4-silinder petrol aspirasi natural, Ia menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, dipadankan ke transmisi automatik jenis CVT.

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 01

Enjin City RS.

Selain enjin aspirasi natural, anda boleh jangkakan Honda Malaysia untuk memperkenalkan enjin i-MMD hibrid yang sama dengan City RS.

Juga baca: Rebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

3. Bagaimana pula dengan bab keselamatan?

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 02

Memandangkan City Hatchback berkongsi sebahagian besar strukturnya dengan sedan City, keputusan ujian kemalangan sepatutnya lebih kurang sama.

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 03

Ketika ASEAN NCAP menguji City sedan, ia mendapat skor penuh 5 bintang. Oleh itu, City Hatchback juga harus mendapat penilaian yang sama.

4. Bagaimana pula dengan ciri kerusi ULTRA?

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 04

Jangan risau, walaupun City Hatchback adalah model baru, ia akan mengekalkan ciri yang menjadi ‘trademark’ pada Jazz – kerusi ULTRA.

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 05

Oleh itu, usah risau jika anda ingin mengangkat pelbagai jenis barang dengan City Hatchback.

5. Harga dia mahal ke?

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 06

Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi harga City Hatchback, tetapi kita boleh bandingkan harga Toyota Yaris dan membuat perbandingan.

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 01

Toyota Yaris 2021 ‘facelift’ yang diperkenalkan baru-baru ini berharga dari RM 70,940 hingga RM 84,808, jadi selamat untuk mengatakan bahawa Honda City Hatchback yang akan datang akan dijual di taman permainan ini.

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 02

Harga Honda City GN bermula pada RM 74,191 sehingga RM 86,561 – lebih kurang harga Toyota Vios ‘facelift’, iaitu RM 74,623 sehingga RM 87,584.

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 03

Harga semua termasuk pengecualian cukai SST dan sah sehingga 31-Disember 2021.

6. Patutkah saya membeli City Hatchback daripada Yaris?

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 04

Kedua-dua hatchback mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Juga baca: Honda City hatchback vs Toyota Yaris - Saingan terhebat tahun 2021!

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 05

Toyota Yaris terkenal dengan kabin yang begitu senyap, pelbagai teknologi yang mengagumkan, dan ciri keselamatan yang menyeluruh. Tetapi kuasa dan suasana kabin terasa biasa saja.

Juga baca: 3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz?

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 06

Bagi City Hatchback, memandangkan bahagian interiornya sama seperti City sedan, tahap praktikaliti dan kemudahan penggunaannya adalah yang terbaik, terutamanya ciri kerusi ULTRA. Namun begitu, tahap kesenyapan City Hatchback masih lagi menjadi tanda tanya berbanding Yaris.

Juga baca: Honda Jazz kini tular dengan praktikaliti tempat duduk ULTRA Seat!

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 07

Untuk yang suka teknologi, kedua-dua kereta ini mempunyai sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

7. Bila City Hatchback akan dilancarkan?

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 08

Honda City Hatchback membuat debut global di Thailand pada bulan November 2020. Akibat faktor kelewatan disebabkan PKP 3.0, serta masayang diperlukan untuk pemasangan tempatan dan sumber tempatan, pelancaran asal yang lebih awal telah ditunda.

Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu! 09

Tetapi dengan imej acah ini, adakah ia bakal dilancarkan pada bulan November ini? Kita tunggu dan lihat.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda