window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Type R memecahkan rekod pusingan Suzuka!

Mersita · Jul 14, 2020 12:30 PM

Honda Civic Type R memecahkan rekod pusingan Suzuka! 01

Kali terakhir kita dengar pasal Honda Civic Type R (FK8) Limited Edition yang ‘hardcore’ adalah apabila Honda mengeluarkan video acah 15 saat yang menunjukkan kereta tersebut meluncur di Suzuka Circuit yang ikonik. Selepas video itu dikeluarkan, dah lama tak nampak batang hidung kereta ni.

Honda Civic Type R memecahkan rekod pusingan Suzuka! 02

Kini penantian anda dah berakhir! FK8 Limited Edition baru sahaja memecahkan rekod trek pacuan-tayar-hadapan (front-wheel-drive) di Suzuka dengan rekod masa terpantas 2 minit 23.993 saat! Masa yang direkodkan lebih cepat berbanding pemegang rekod sebelumnya, Renault Megane R.S. Trophy-R, yang berjaya melengkapkan pusingan selama 2 minit 25 saat.

Honda Civic Type R memecahkan rekod pusingan Suzuka! 03

FK8 Limited Edition yang memecah rekod ini dipandu oleh pelumba Super GT Series, Takuya Izawa. Kereta tersebut adalah kereta produksi spesifikasi Eropah tanpa sebarang ubahsuai dan diuji pada bulan Febuari 2020. Anda boleh lihat rakaman pecahan rekod tersebut di bawah. Laju, bhai!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia juga mengumumkan FK8 Limited Edition spesifikasi AS yang berlainan dengan FK8 Limited Edition spesifikasi Eropah. Janaan kuasa maksima daripada enjin spesifikasi AS iaitu KC20C 2.0L dengan 4 silinder akan mengekalkan 310 PS dengan tork 400 Nm serta dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Spesifikasi Eropah mempunyai janaan kuasa yang lebih tinggi iaitu 320 PS.

Honda Civic Type R memecahkan rekod pusingan Suzuka! 01

Sekurang-kurangnya, pemilik di AS akan membuat rekod pusingan baru ditemani udara dingin. FK8 Limited Edition spesifikasi AS akan mengekalkan penghawa dingin, kelengkapan keselamatan Honda Sensing, serta sistem audio.

Honda Civic Type R memecahkan rekod pusingan Suzuka! 02

Hanya 600 unit FK8 Limited Edition spesifikasi AS akan dibina dengan setiap satu didatangkan dengan plat siri bernombor masing-masing serta dicat secara eksklusif dengan warna Phoenix Yellow Pearl dengan perincian hitam pada atap dan cerminnya. Harganya belum lagi diumumkan, walaupun Honda memberitahu yang ia akan dilancarkan di AS hujung tahun ini.

Dengan rekod kelajuan baru ini, adakah FK8 Limited Edition sedang merancang untuk menjadi raja trek di Nurburgring pula dan mengalahkan Megane R.S. Trophy-R lagi sekali? Hanya tunggu dan lihat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda