window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia naikkan cukai kereta hibrid, ‘paksa’ pengguna berubah ke kereta elektrik?

Haris · Mar 16, 2021 07:00 PM

Indonesia naikkan cukai kereta hibrid, ‘paksa’ pengguna berubah ke kereta elektrik? 01

Dalam usaha untuk menganjak paradigma pengguna terhadap kenderaan elektrik, kerajaan Indonesia telah menaikkan cukai kenderaan hibrid berbanding cukai kenderaan elektrik yang kekal pada tahap 0%.

Kenaikan cukai tersebut dapat dilihat seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kenaikan cukai pada kenderaan hibrid di Indonesia
Jenis Tarif lama Tarif baharu
Plug In hybrid 0% 5%
Full hybrid / Mild hybrid 2% -12% 6% - 12%

Indonesia naikkan cukai kereta hibrid, ‘paksa’ pengguna berubah ke kereta elektrik? 01

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati memberitahu parlimen pada hari Isnin lepas dalam kenyataan beliau iaitu "Pelabur kenderaan elektrik di Indonesia berpendapat bahawa kedudukan industri tidak cukup kompetitif kerana kadar cukai kenderaan elektrik tidak dibezakan dengan kenderaan hibrid."

Indonesia naikkan cukai kereta hibrid, ‘paksa’ pengguna berubah ke kereta elektrik? 02

Bukan sekadar itu, kadar yang lebih tinggi akan dikenakan selepas 2 tahun setelah sektor kereta elektrik berkuasa bateri (BEV) membuahkan hasil atau ketika pengeluaran komersial kereta elektrik bermula melalui pelaburan 5 trilion rupiah (RM 1.43 bilion) ke negara tersebut.

Indonesia naikkan cukai kereta hibrid, ‘paksa’ pengguna berubah ke kereta elektrik? 03

Selepas tempoh 2 tahun tersebut, model hibrid plug-in akan dikenakan cukai pada kadar 8%, sementara hibrid lain akan dikenakan tarif 10% -14%, menurut draf undang-undang.

Penggubal undang-undang dari pelbagai pihak di Indonesia turut menyatakan pendapat masing-masing mengenai cadangan itu, mengatakan bahawa ia masih terlalu awal untuk menaikkan cukai kepada kenderaan hibrid.

Indonesia naikkan cukai kereta hibrid, ‘paksa’ pengguna berubah ke kereta elektrik? 04

Kenderaan hibrid dilihat sebagai ‘kenderaan peralihan’ bagi pengguna yang bercadang untuk bertukar daripada kenderaan petrol ke kenderaan elektrik. Hal ini kerana negara dunia ketiga dan negara membangun kurang infrastruktur yang mencukupi untuk pelaksanaan kereta elektrik di samping capaian terhadap minyak petrol dan diesel yang mudah.

Indonesia naikkan cukai kereta hibrid, ‘paksa’ pengguna berubah ke kereta elektrik? 05

Ketika ini, jualan pasaran di Indonesia pada tahun 2020 menyaksikan hanya 120 unit kereta elektrik di jual berbanding jualan kenderaan hibrid yang 10 kali ganda lebih banyak.

Ini masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah kumulatif pasaran runcit Indonesia yang memperlihatkan sebanyak 578,762 unit kenderaan terjual pada tahun 2020.

Bacaan Lanjut:

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik?

Sebuah lagi jenama automotif China bakal menyusul, Kedah jadi hub pemasangan kenderaan elektrik?

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis?

Adakah cukai jalan di Malaysia lebih rendah untuk kereta elektrik?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MINI 3 Door Electric

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda