window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KANTOI: Sindiket jual nombor ekor haram guna Toyota Vios ditumpas oleh PDRM

Faisal · Apr 15, 2021 11:00 AM

KANTOI: Sindiket jual nombor ekor haram guna Toyota Vios ditumpas oleh PDRM 01

Antara individu yang ditahan oleh polis atas kegiatan perjudian nombor ekor tanpa lesen di dalam kereta.

Menjadikan kereta sebagai tempat operasi nombor ekor tanpa lesen adalah salah satu taktik terkini yang dilakukan untuk mengaburkan mata pihak berkuasa.

Disebabkan itu, 19 individu yang berusia 22 hingga 58 tahun telah diberkas di dalam 12 serbuan yang berasingan di sekitar Butterworth dan Mak Mandin. Malah, 4 pelanggan yang sedang berurusan juga berjaya ditahan.

Menurut pihak berkuasa, kegiatan judi ekor tanpa lesen ini bukan setakat berselindung di sebalik premis perniagaan, malah ada yang menjadikan kereta sebagai tempat operasi.

KANTOI: Sindiket jual nombor ekor haram guna Toyota Vios ditumpas oleh PDRM 02

Kedai telefon adalah antara premis perniagaan yang diserbu oleh pihak polis.

Menariknya, sebahagian tangkapan sebenarnya pernah ditahan dalam operasi yang diadakan sebelum ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Soal siasat terhadap penjaga premis dan kaki tulis mendapati bahawa mereka digajikan oleh sindiket judi ekor tanpa lesen itu sendiri. Malah, mereka turut menerima komisyen atas hasil keuntungan setiap bulan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, operasi serbuan itu telah merampas:

  • 14 unit telefon bimbit
  • 5 unit pencetak mudah alih
  • 79 helai kertas cetakan berangka
  • Kalkulator
  • Meja
  • Kerusi
  • Decoder CCTV
  • Kereta Toyota Vios
  • Kunci
  • Wang tunai sebanyak RM 13,581

KANTOI: Sindiket jual nombor ekor haram guna Toyota Vios ditumpas oleh PDRM 01

Kredit: NSTP.

Untuk maklumat anda, pihak polis mengambil serius akan hal ini sehingga ke tahap memotong bekalan elektrik ke atas permis perniagaan yang menjalankan kegiatan tanpa lesen sebegini.

Buat masa ini, segala tangkapan direman untuk disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sumber: Harian Metro Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Tags

View More Tags

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda