window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lapan beradik belikan Proton X50 Executive untuk ayah dan ibu. Terbaik!

Mersita · Nov 18, 2020 02:00 PM

Lapan beradik belikan Proton X50 Executive untuk ayah dan ibu. Terbaik! 01

Gambar dari FB Fakhrurazi Mohamad

Berbelanja untuk ibu dan bapa tak pernah merugikan, malah ia menjadi satu kewajipan bagi kita sebagai anak. Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kisah lapan beradik berpakat membeli sebuah Proton X50 Executive bagi menggantikan kereta terpakai yang digunakan ayah mereka sejak 9 tahun lalu.

Ahmad Fakhrurazi Mohamad, 30, memberitahu Sinar Harian yang selama ini, ayahnya hanya pernah memiliki kereta terpakai. Kereta pertama ayahnya ialah sebuah Toyota Corolla, dan seterusnya Proton Saga, bertukar pula ke Proton Wira, dan kini ayahnya mempunyai Proton Persona terpakai yang diberi oleh salah seorang anaknya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lapan beradik belikan Proton X50 Executive untuk ayah dan ibu. Terbaik! 01

Gambar contoh Proton Persona

Tambahan pula, ayah dan ibunya memang berjimat-cermat dalam perbelanjaan harian dan rezeki yang diperolehi selama ini semuanya untuk membesarkan anak-anak dan digunakan untuk menghantar mereka pergi belajar.

Kereta Proton Persona lama yang dimiliki ayahnya sekarang sudah berkali-kali masuk bengkel dan mereka rasakan tiba masanya untuk mereka membalas jasa dan menggembirakan hati orang tua mereka.

Oleh kerana mereka lapan beradik sudahpun mempunyai kerjaya masing-masing, mereka sepakat untuk membelikan si ayah kereta baru yang sememangnya sangat popular dan digemari masa kini iaitu Proton X50. Upgrade habis!

Lapan beradik belikan Proton X50 Executive untuk ayah dan ibu. Terbaik! 02

Ahmad Fakhrurazi juga ada memberitahu yang kereta idaman ayah mereka sebenarnya ialah Toyota Camry. Tapi, beliau sempat membawa ayahnya untuk memandu-uji SUV Proton terbaru itu sebelum membuat permohonan pinjaman bagi sebuah Proton X50 Executive. Mereka juga membawa ayah dan ibu mereka untuk memilih sendiri warna kegemaran mereka di pusat jualan kereta tersebut.

Lapan beradik belikan Proton X50 Executive untuk ayah dan ibu. Terbaik! 03

Alhamdulillah, pinjaman sudahpun diluluskan dan mereka hanya perlu menunggu 2 – 3 bulan saja lagi untuk memberi kejutan kepada ayah dan ibu mereka. Tak sabar nak tengok wajah gembira ayah dan ibunya nanti apabila memandu sendiri SUV berkemasan mewah dari Proton itu.

Lapan beradik belikan Proton X50 Executive untuk ayah dan ibu. Terbaik! 04

“Semoga dengan sedikit hadiah daripada kami ia bermanfaat buat abah dan mak. Jasa abah dan mak membesarkan kami lapan beradik selama ini tak mampu dibayar dengan wang ringgit,” katanya.

Lapan beradik belikan Proton X50 Executive untuk ayah dan ibu. Terbaik! 05

Dari amatan penulis, memang ramai pakcik dan makcik yang sukakan Proton X50 sejak ia dilancarkan. Ramai juga rakan penulis yang memasang niat untuk membeli sebuah X50 untuk dihadiahkan kepada ayah dan ibu mereka.

Perasaan memandu kereta berketinggian SUV sememangnya satu pengalaman yang membuatkan ramai warga veteran rasa menyeronokkan dan ‘selamat’.

Lapan beradik belikan Proton X50 Executive untuk ayah dan ibu. Terbaik! 06

Proton X50 pilihan yang sesuai untuk keluarga kerana ia dilengkapi dengan salur penghawa dingin belakang, port pengecas USB yang banyak, kelengkapan ADAS yang merangkumi pelbagai fungsi keselamatan penting, serta ruang dalaman yang cukup luas dengan kemasan mewah.

Jika anda nak tahu gaji minimum untuk lulus pinjaman Proton X50, bayaran bulanan serta kos penjagaannya, anda boleh baca artikel kami yang ini.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda