window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo

Mersita Β· Dec 22, 2020 11:59 AM

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 01

Hampir setengah tahun selepas debut globalnya di Australia, Mazda akhirnya melancarkan Mazda BT-50 2021 serba baru di Thailand. Seperti yang pernah kami laporkan dahulu, BT-50 serba baru boleh dikatakan lebih kurang seperti Isuzu D-Max serba baru yang digayakan dengan reka bentuk Kodo Mazda.

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 02

BT-50 freestyle cab, tiada kemungkinan untuk tiba di Malaysia

BT-50 serba baru ini dipasarkan sebagai sebuah pikap urban, bukannya seperti D-Max yang lebih utilitarian. Reka bentuk Kodo yang berkelas dan elegan sebati harmoni dengan estetika rekaan praktikal sebagai sebuah trak pikap. Di Thailand, BT-50 serba baru boleh didapati dalam dua stail badan – ‘double cab’ dan ‘freestyle cab’.

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya kerana ia nampak cantik dipandu di bandar, tak bermaksud yang ia mampu menempuh bentuk mukabumi yang mencabar. Mazda mengatakan yang BT-50 serba baru ini mempunyai kedalaman peluncuran (‘wading depth’) sehingga 800 mm. Apabila ia tiba di Malaysia pada Q1 2021 nanti, ini pasti akan menjadi satu tarikan menarik bagi mereka yang dah jenuh dengan banjir!

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 01

Dari segi tren kuasa pula, BT-50 spesifikasi Thailand dikuasakan dengan enjin yang sama dengan D-Max serba baru dan D-Max Malaysia generasi sekarang iaitu enjin 3.0 liter BluePower Ddi (190 PS/450 Nm) dan enjin 1.9 liter BluePower Ddi turbodiesel (150 PS/350 Nm).

Enjin-enjin ini dipadankan dengan kotak gear samada manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan.

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 02

BT-50 serba baru didatangkan dengan tetapan ‘double wishbone’ di hadapan dan ‘leaf springs’ di belakang. Tetapan sama juga dilihat pada D-Max serba baru.

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 03

Memandangkan BT-50 serba baru ini lebih mewah dan urban, pikap ini mempunyai aura yang amat premium di ruang dalamannya. Rekaan papan pemukanya nampak sangat berbeza dengan D-Max untuk memberikannya identiti Kodo yang tersendiri.

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 04

Sistem infotainmen WXGA beresolusi tinggi yang dipasang di tengah-tengah papan pemukanya boleh didapati di Thailand sebagai unit paparan 7 inci atau 9 inci. Sistem ini dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta fungsi kawalan suara, bergantung kepada gred.

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 05

Sebagai sebuah trak pikap urban, BT-50 spesifikasi Thai cukup lengkap dengan fungsi-fungsi keselamatan yang penting. Trak pikap ini dilengkapi dengan:

  • Advanced Blind Spot Monitoring (ABSM) dengan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)
  • Hill Descent Control (HDC)
  • Hill Launch Assist (HLA)
  • Sensor parkir hadapan dan belakang
  • 6 beg udara
  • Kerusi hadapan ‘anti-whiplash’
  • Amaran tali pinggang keledar

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 06

Mazda Thailand belum lagi mengumumkan senarai harga Mazda BT-50 2021 serba baru ini, tapi ia dijangka akan lebih mahal daripada Isuzu D-Max. Harga D-Max adalah dalam lingkungan THB 510,000 (RM 68,740) hingga THB 1.157 juta (RM 155,950).

Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo 07

Di Malaysia pula, Mazda BT-50 serba baru dijangka akan menjadi pelancaran model baru pertama bagi Bermaz pada tahun 2021. Namun, BT-50 bukanlah satu-satunya trak pikap yang akan dilancarkan tahun hadapan. Oleh itu, jom baca artikel kami di sini untuk lihat apa lagi trak pikap yang akan dilancarkan pada 2021 nanti!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda BT-50 Double Cab 1.9 High

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda