window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-30 dikemaskini. Enjin 2.5 liter turbo, 253 PS, 434 Nm. Paling berkuasa dalam kelasnya!

Haris Β· Sep 22, 2020 11:00 AM

Mazda CX-30 dikemaskini. Enjin 2.5 liter turbo, 253 PS, 434 Nm. Paling berkuasa dalam kelasnya! 01

Mazda Amerika Utara telah mengumumkan bahawa Mazda CX-30 2021 akan menerima enjin 2.5 liter berkuasa turbo SkyActiv-G untuk pasaran US. Enjin itu turut digunakan pada kereta Mazda yang lain seperti Mazda 3, Mazda 6, Mazda CX-9 dan Mazda CX-5.

Mazda CX-30 dikemaskini. Enjin 2.5 liter turbo, 253 PS, 434 Nm. Paling berkuasa dalam kelasnya! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kuasa kuda maksimum dicatatkan pada 253 PS manakala tork maksimum dicatatkan pada 434 Nm (dengan penggunaan minyak 93 oktana premium). Dengan minyak 87 oktana, enjin turbo 2.5 liter ini menghasilkan 230 PS kuasa kuda dan 420 Nm tork. Angka ini jauh lebih banyak daripada 164 PS / 23 Nm yang dihasilkan oleh enjin 2.0 liter NA SkyActiv-G.

Mazda CX-30 2.5 Turbo juga dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda i-Activ dengan bantuan cengkaman off road.

Mazda CX-30 dikemaskini. Enjin 2.5 liter turbo, 253 PS, 434 Nm. Paling berkuasa dalam kelasnya! 01

Ciri keselamatan i-Activsense yang baru termasuk Smart City Brake Support Reverse dengan Rear Cross-Traffic Braking. Fungsi ini akan melakukan brek ketika kenderaan mengundur pada kelajuan antara 2 hingga 4 km/j jika terdapat halangan.

Ciri sokongan baru, Traffic Jam Assist, menggunakan fungsi Mazda Radar Cruise Control dalam situasi tertentu dengan memberikan input stereng agar pemandu kekal berada dalam lorong dengan kelajuan di bawah 40 km/j.

Mazda CX-30 dikemaskini. Enjin 2.5 liter turbo, 253 PS, 434 Nm. Paling berkuasa dalam kelasnya! 02

Skrin paparan 360° dengan kejelasan definisi tinggi juga turut dilengkapi. Ciri-ciri baru ini menyertai teknologi premium lain yang membantu CX-30 2.5 Turbo lebih menonjol dari pesaingnya, seperti Active Driving Display, Traffic Sign Recognition dan Adaptive Front-lighting System.

Mazda memfokuskan falsafah manusia sebagai pusat untuk membantu menawarkan perasaan yang lebih alami ketika memandu. Alat kawalan stereng, lokasi 12 pembesar audio Bose, bahagian paparan tengah 8.8 inci dan sokongan tempat duduk kesemuanya membantu mencapai kedudukan yang ideal, semuanya dibangunkan berasaskan dari falsafah ini.

Mazda CX-30 dikemaskini. Enjin 2.5 liter turbo, 253 PS, 434 Nm. Paling berkuasa dalam kelasnya! 03

Peningkatan terperinci pada bahagian luar CX-30 Turbo menonjolkan prestasi dan kemampuan baru dengan roda aloi aluminium hitam 18 inci, ekor ekzos yang lebih besar, cermin pintu gelap berkilat dan lencana "TURBO" pada bukaan but belakang.

Mazda CX-30 dikemaskini. Enjin 2.5 liter turbo, 253 PS, 434 Nm. Paling berkuasa dalam kelasnya! 04

Mazda CX-30 2.5 Turbo ini dijangka akan dijual pada akhir tahun 2020 di Amerika Utara. Perincian tentang harga dan varian hanya akan diumumkan tidak lama lagi. Sayangnya, Mazda CX-30 turbo 2.5 ini tidak mungkin masuk pasaran Malaysia.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mazda CX-30 2.0G 2WD Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda