![Nissan Ariya crossover SUV 100% elektrik baharu diperkenalkan 01]()
Nissan baru sahaja memperkenalkan keluaran terbarunya iaitu Nissan Ariya semalam, satu lagi langkah elektrifikasi kenderaan oleh jenama kereta terkenal dunia ini. Pelancaran kereta elektrik (EV) terbaru tersebut dijalankan melalui acara virtual yang dikendalikan di Nissan Pavilion, Yokohama.
![Nissan Ariya crossover SUV 100% elektrik baharu diperkenalkan 02]()
Nissan boleh dikatakan salah satu perintis dalam penghasilan kereta elektrik (EV) dengan pelancaran Nissan Leaf 10 tahun yang lalu. Nissan Ariya – crossover SUV elektrik pertama Nissan – adalah gabungan antara kepraktisan dan teknologi mesra alam. Ia menawarkan pacuan yang berkuasa dan lancar, senyap serta ruang kabin yang selesa dan mewah.
![Nissan Ariya crossover SUV 100% elektrik baharu diperkenalkan 03]()
Nissan Ariya memacu pelan Nissan untuk mengeluarkan 12 lagi model baru dalam masa 18 bulan yang akan datang. Nissan menjangkakan yang model EV dengan elektrifikasi e-POWER boleh terjual lebih daripada 1 juta unit setahun sebelum fiskal akhir 2023.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Sepanjang tempoh ini, syarikat tersebut juga berhasrat untuk memperkenalkan teknologi pemanduan berautonomi di dalam lebih dari 20 model di 20 pasaran, dengan China sebagai sasaran pasaran utama.
![Nissan Ariya crossover SUV 100% elektrik baharu diperkenalkan 01]()
Teknologi dan logo baru
Nissan Ariya akan diberi logo terbaru Nissan yang juga baru diperkenalkan semalam. CEO Nissan, Makoto Uchida, berkata Nissan Ariya membuka lembaran baru dalam sejarah Nissan dimana mereka memulakan transformasi dalam perniagaan, produk dan budaya mereka.
![Nissan Ariya crossover SUV 100% elektrik baharu diperkenalkan 02]()
Nissan Ariya serba baharu ini akan didatangkan dalam varian pacuan dua-roda dan empat-roda, dengan kapasiti bateri 63 kWh yang sesuai untuk pengguna EV pertama dan 87 kWh untuk pemanduan lebih jauh.
Ruang kabin juga agak minimalis tanpa sebarang punat atau tombol pada papan pemukanya. Fungsi kawalan cuaca juga diintegrasikan di dalam papan pemuka kayu di tengah-tengah dalam bentuk suis haptik seperti suis mekanikal yang bergetar bila disentuh. Pengalih gear juga direka untuk muat dengan sempurna dalam genggaman tangan untuk pemanduan yang lebih selesa.
![Nissan Ariya crossover SUV 100% elektrik baharu diperkenalkan 03]()
Model e-4ORCE pacuan semua-roda dengan kapasiti bateri 87 kWh adalah model Nissan Intelligent Mobility tertinggi, termasuk ProPILOT 2.0 yang menawarkan kebolehan pemanduan satu-lorong tanpa tangan. Ariya dibina di atas platform EV serba baharu yang dibangunkan oleh Alliance, membolehkan penggunaan ruang yang maksima untuk tren kuasa, sistem kawalan cuaca dan keluasan ruang kabin.
![Nissan Ariya crossover SUV 100% elektrik baharu diperkenalkan 04]()
Adakah ia akan sampai di Malaysia? Kita tunggu dan lihat, kerana Nissan Ariya adalah batu penjuru dalam pelan 4-tahun syarikat tersebut untuk kembali stabil dari segi keuntungan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen