window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Commerce catat rekod terbaik pada 2022 - pembeli Proton Saga teramai, sasar jadi peminjam utama 2023

Mersita · Jan 31, 2023 06:00 PM

Proton Commerce catat rekod terbaik pada 2022 - pembeli Proton Saga teramai, sasar jadi peminjam utama 2023 01

2022 merupakan tahun yang berjaya bagi pengeluar kereta nasional Proton serta anak syarikatnya. Peningkatan penjualan untuk tahun keempat berturut-turut mendorong jumlah jualan kepada 141,432 unit, jumlah tertinggi bagi syarikat sejak tahun 2013, dan membolehkannya mengekalkan tempat kedua dalam jadual jualan automotif nasional. Begitu juga dengan cabang pinjaman kewangan PROTON, Proton Commerce Sdn. Bhd. (Proton Commerce) yang berjaya memanfaatkan pertumbuhan dalam jualan mencatatkan rekod baru bagi pengeluaran pinjaman.

Proton Commerce yang ditubuhkan pada 27 Oktober 2003 adalah usaha sama antara Proton Edar dan CIMB dengan tujuan menyediakan pinjaman kewangan untuk pembeli Proton. Prestasi syarikat telah mencerminkan pertumbuhan PROTON dalam trajektori jualan dan tahun lepas, Proton Commerce mencatatkan keputusan terbaik dalam sejarah mereka.

Pengeluaran pinjaman meningkat 54%, Proton Commerce jadi pembiaya utama untuk Proton Saga

Proton Commerce catat rekod terbaik pada 2022 - pembeli Proton Saga teramai, sasar jadi peminjam utama 2023 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk tahun 2022, Proton Commerce mengeluarkan sebanyak 22,467 pinjaman kepada pembeli Proton. Angka itu dicapai selepas lapan daripada dua belas bulan mencatat lebih daripada 2,000 pinjaman dengan bulan September mencapai angka tertinggi sepanjang masa iaitu sebanyak 2,872. Secara keseluruhan, pertumbuhan volum adalah sebanyak 54% berbanding tahun 2021. Pada masa yang sama, perkembangan jumlah pengeluaran dicerminkan dengan peningkatan dalam kadar kelulusan pinjaman di mana bulan Mei dan Jun mencapai kadar kelulusan tertinggi sepanjang masa sebanyak 59%.

Satu lagi pencapaian syarikat tahun lepas yang boleh diraikan ialah pencapaiannya untuk menjadi pembiaya utama bagi Proton Saga, model paling popular Proton. Bermula dari suku keempat tahun 2021, Proton Commerce telah menjadi peneraju pasaran untuk model itu selama lima suku berturut-turut dan pada bulan November, 32% daripada jumlah unit Proton Saga dibiayai olehnya, satu lagi tanda tinggi baharu.

Proton Commerce catat rekod terbaik pada 2022 - pembeli Proton Saga teramai, sasar jadi peminjam utama 2023 01

“PROTON menghadapi permulaan yang sukar bagi tahun 2022 dan ini memberi kesan kepada Proton Commerce. Walau bagaimanapun, kami sempat memulihkan keadaan dan menebus semula peluang yang terlepas untuk muncul dengan rekod pengeluaran baharu. Untuk tahun 2023, kami menyasarkan untuk meningkatkan volum dan kadar kelulusan yang lebih tinggi lagi dengan mengambil kesempatan terhadap populariti berterusan model Proton serta pengenalan model baharu. Semoga ini akan mendorong kami untuk pembiaya PROTON yang utama,” kata Mooi Fi Phang, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce.

Juga baca: Tempoh menunggu terkini buat model 2023 Proton - tak perlu tunggu sampai setahun!

Proton Commerce catat rekod terbaik pada 2022 - pembeli Proton Saga teramai, sasar jadi peminjam utama 2023 02

Pada tahun 2023, Proton Commerce telah mengumumkan manfaat baharu untuk pelanggannya. Berkuat kuasa dengan serta-merta, kesahihan Letter Of Undertaking (LOU) yang dikeluarkan akan dilanjutkan daripada 90 hari kepada 180 hari yang akan memudahkan pembeli model Proton yang menghadapi masa menunggu yang lama untuk varian pilihan mereka.

“Selain memanjangkan kesahihan LOU kami, Proton Commerce juga akan mengekalkan kadar faedah yang ditawarkan pada masa kelulusan dan kerana kami menawarkan pembiayaan kadar tetap, pelanggan kami tidak perlu bimbang tentang peningkatan bayaran bulanan. Ini akan memberi manfaat kepada pembeli Proton yang menunggu untuk kereta dan juga bantu mengawal belanjawan peribadi mereka,” tambah Mooi Fi Phang.

Juga baca: Malaysia Autoshow 2023 kembali - bakal pamer Perodua Axia D74A baharu, Proton X90?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda